CHERATING SURIA BEACH RESORT.. CHERATING! MU TUNGGU AKU SAMPAI
Waduh-waduh.. dah nak masuk bulan 8 dah kan. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Ehh.. dah nak masuk hujung tahun ni.. Korang dah ada plan nak bercuti ke mana-mana ke? Mesti dah start mengGoogle sana Google sini pasal tempat-tempat menarik untuk bercuti kan? Alaa.. kak Ti tau.. sebab kak Ti tu pun memang akan buat macam tu bila nak bercuti, hahaha.. Iyalah kan, banyak faktor yang nak kena pertimbangkan.
Untuk kak Ti sekeluarga, salah satu destinasi percutian dalam negara yang jadi favorite terletak kat Pantai Timur. Bukan kak Ti sekeluarga je yang suka datang sini.. tapi memang tempat ni jadi destinasi pilihan untuk pelancong tempatan mahupun pelancong luar. Diorang kata pantai kat sini cantik.. Kalau pelancong luar negara yang suka surfing, kat sinilah salah satu tempat yang diorang suka datang. Korang dah tau ke kat mana tempat yang kak Ti citer ni? Mesti dah dapat teka kan…Alaa.. mana lagi.. kat Cherating la.
Cherating ni memang sinonim dengan pantai. Sebut je Cherating mesti korang akan terus terbayangkan pantai. Tapi memang tak dinafikan pantai kat Cherating ni memang best. Untuk korang yang nak datang ke Cherating ni, tak payah risau.. Tempat penginapan memang banyak sangat kat sini. Korang boleh pilih tempat penginapan macma mana yang korang nak dan salah satu tempat penginapan yang korang boleh pilih, adalah Suria Cherating Beach Resort.
Indahnya senja di Suria Cherating Beach Resort |
Honestly, kak Ti walaupun dah berkali-kali ke Cherating ni tapi masih belum berkesempatan lagi stay kat Suria Cherating Beach Resort ni. Setakat singgah usha-usha resort tu pernah la jugak.. Geram je bila kawan-kawan cerita pasal Suria Beach Resort ni. Diorang kata, Airport Sultan Ahmad Shah dekat je dengan resort ni. Lebih kurang dalam 50km je. So kalau yang datang dengan flight pun takde masalah sebab dari airport tu boleh naik teksi je terus pegi resort. Pastu, lebih kurang 2km dari resort ni, ada Cherating Turtle Sanctuary. Bukak setiap hari kecuali Sabtu, dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang. Kalau bawak anak-anak ke sini, mesti diorang seronok tengok penyu-penyu yang ada. Sambil bercuti sambi belajar. Banyak info pasal penyu yang boleh kira belajar kat sini.
Cherating Turtle Sanctuary |
Belajar tentang penyu |
Kawan-kawan kak Ti ni memang suka buat kak Ti geram & jeles tau. Bukan main seronok lagi diorang masa stay kat resort tu. Diorang kata, pemadangan pagi kat pantai resort memang terbaik. Boleh layan dari Subuh sampai ke tengah hari katanya. Diorang siap cabar kak Ti untuk chek out pasal Suria Cherating Beach Resort deals & reviews kat Traveloka kalau tak caya dengan diorang.. Hmmm.. sesuatu sangat tau kawan-kawan kak Ti ni. Suka menggoda kak Ti… Setiap bilik kat resort ni ada air cond. Selain dari tu kelengkapan lain pun ada jugak. Contohnya macam , hair dryer, bilik mandi yang ada shower, ada fridge dan jugak TV.
Salah satu jenis bilik yang ada kat resort |
Satu lagi jenis bilik yang boleh dipilih |
Kalau stay kat resort ni, memang stay with no worries, keperluan tetamu akan dilayan 24 jam. Servis front desk resort ni 24 jam, so incase korang balik merayap pukul 2 pagi pastu lupa kunci letak mana pun takdelah kena tido luar bilik. Untuk korang yang tak boleh hidup tanpa wif, memang sesuai sangatlah stay kat resort ni sebab resort ni ada sediakan wifi jugak. Senaanglah korang nak update FB atau Insta selang 5 minit kan.. Gittewww..
Korang yang nak buat kenduri kawin kat resort ni pun boleh tau. Diorang ada offer servis untuk buat wedding reseption jugak. Contact je department yang handle pasal wedding, senuanya beres. Lepas tu.. alang-alang dah kat situ, apa lagi.. honymoon je terus kat situ. Mesti gambar-gambar wedding and honeymoon korang gempak.
Nak buat kenduri kawin kat sini? Pilihlah je salah satu oakej yang ada ni.. |
Bukan tu je, kalau nak buat company function, meeting, conference atau kursus untuk group pun diorang boleh aturkan. Lagi satu, kalau korang plan nak buat family day pastu ada sukaneka kan, kat sini memang sesuai sangat sebab segala kemudahan yang korang perlukan untuk aktiviti korang tu ada kat sini.
Kemudahan untuk company meeting |
Nak berseminar pun boleh |
Kata kawan-kawan kak Ti lagi, bercuti kat sini memang korang tak dan nak bosan dan tak akan terperap dalam bilik je. Lagi-lagi kalau korang datang dalam grup, seronok gila aktiviti pantai yang ada kat sini. Korang boleh pilih samaada nak main bola tampar pantau atau pun layan snorkeling. Tapi kalau kak Ti lah kan.. mesti layan dua-dua. Apa susah, kat sini kan ada perkhidmatan massage. Dah penat-penat beraktiviti tu, kena pulak massage.. Ya ampun!! mesti besok tu bangun pagi badan rasa segar balik dah.
Kalau korang tak nak buat aktiviti lasak, kat sini pun ada tempat nak berkaraoke. Bila lagi nak tunjukkan bakat terpendam tu kat family atau kawan-kawan kan. Paling-paling tak pun.. bantai gelak sama-sama bila lagu ke laut jadinya.. Hahahaha.. Bab makan pulak, memang lansung tak yah risau. Kat Cherating tu banyak sangat tempat makan yang best. Kalau korang malas nak keluar, tengok menu, order je kat resort. Kalau rasa-rasa nak beromantik makan sambil ngadap laut kat balkoni bilik, order je lah room service kan.
Adoiii.. tak sabar pulak kak Ti nak bercuti kat Suria Cherating Beach Resort ni. OKlah.. Kak Ti nak pegi tengok kat Traveloka. Nak booking untuk percutian family kak Ti. Mana tahan dengar kawan-kawan punya cerita je kan…
Belum pernah sampai ke sini lagi.. cantiknya tempat dan resort.
cantik tempat tu …
Cherating mmg cantik…
Cantiknya ~ tak sabar nak g cherating nnt :')
Nnti la nak g cherating… menarik gak..
Canfik yer tempat dia.. Memang sesuai untuk aktiviti beriadah.. Hihihi
Cantiknyaaa. Nanti boleh la plan ke cherating pulak..
Suka pi Cherating sebab banyak resort, chalet dan hotel yang best² kat situ.
IQ baru lalu masa balik kampung hujung minggu lepas, memang seronok kalau dapat mandi pantai, tapi kena hati2 dah sekarang, risau/
bestnye bercuti di Cherating…
Dah pernah pergi sani tapi dah 3-4 tahun lepas. Sekarang macam banyak lagi penambahbaikkan sebab dah rebranding kan…boleh la try repeat stay sini lagi.
tak pernah lagi bermalam di cherating.. sekadar lalu lalu je.. tp pantai tu yg menarikk
pernah pegi sekali.. ms honeymoon dlu. teringin nak repeat.. inshaa Allah
Kak tati kena pi tau…kalau nak seronok lg nanti sis google tajuk suria cherating julia johari…kt situ julia ada list kedai mana sis boleh try makan nanti kt sana…besttt kak.