Cheese Banjir Viral Memang Bikin Air Liur Kebanjiran
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Hari Sabtu lepas, lebih kurang pukul 2 petang kak Ti dan beberapa rakan dari KBBA termasuklah Aben (Ben Ashaari) founder KBBA telah menerjah Restoran Cheese Banjir yang terletak kat Desa Pandan.. Untuk apa lagi kalau bukan untuk menikmati hidangan yang kebanyakannya berasaskan cheese. Tapi kan tapi kan.. Rupa rupanya ada hidangan lain selain western food.. Kalauk korang nak tau menu-menu killer dan jugak local delicacies yang ada kat Restoran Cheese Banjir, teruskan baca tau.
First Impression kak Ti masa sampai kat lokasi Restoran Cheese Banjir ni adalah, Wow! Tempat bukan cikai cikai ok.. Jujur kak Ti cakap, kak Ti memang tak expect Restoran Cheese Banjir ni akan sebegitu rupanya. Apa expectation awal kak Ti tu tak yah cite lah ek.. Malu pulak rasanya sebab awal-awal dah underestimate. Mentang-mentanglah Restoran tu dimiliki oleh bangsa sendiri terus letak satu standard.. Hah! Padan muka kak Ti..
Masa kak Ti, Fir & Eika sampai (kak Ti dan eika ke sana dengan tumpang kereta Fir. Terima kasih daun keladi ya Fir.. hehehe), IQ dan Cik Za dah pun ada kat sana. Bila masuk je dalam restoran kan.. Suasana dia santai sangat. Suasana yang sangat sesuai kalau nak get together dengan family atau kawan-kawan. Sekali sekala nak dating berdua dengan suami pun sesuai sangat.
Tak lama lepas semua rakan-rakan dari KBBA sampai, satu persatu hidangan dihidangkan.. Ya Rabbi.. Semuanya sangat menggamit selera dan berjaya membuat air liur kami banjir dalam mulut. Yang pertama dihidangkan adalah Tengiri Aquaman diikuti dengan Lamb Grill The Hulk, Udang Gorgon Butter dan yang terakhir Meatball Naga Berapi. Oh ya! Menariknya kan.. Nama-nama menu kat sini semuanya catchy-catchy.. Sesuai sangat dengan suasananya yang santai dan rilex.
TENGIRI AQUAMAN
Tengiri Aquaman, ia sebenarnya adalah Tengiri asam pedas. Tapi ini bukan asam pedas biasa-biasa tau.. Ini asam pedas yang dari warna dan baunya pun dah boleh buat korang yakin yang rasanya pasti Sedap. Bila dah makan.. Perghh.. rasa dia memang mantoppp korang.. Terasa kesegaran dan kemanisan ikan tengiri yang berenang dalam kuah asam pedas tu.
LAMB GRILL THE HULK
Hidangan seterusnya yang dihidangkan untuk kami adalah Lamb Grill The Hulk. Aduh mak! Patutlah nama restoran ni Cheese Banjir.. Korang tau tak.. memang banjir cheese dalam pinggan. Dihidangkan pulak dengan coleslaw dan black paper mashed potato. Kalau korang on diet and plan nak cheat day, memang berbaloilah kalau cheat day dengan Lamb Grill The Hulk ni..
UDANG GORGON BUTTER
Puas digoda dengan kambing grill yang dibanjiri dengan cheese, kak Ti tertanya-tanya jugak apa agaknya hidangan seterusnya yang disediakan untuk kami.. Sekali tuuu diaa.. Udang goreng butter yang diberi nama Udang Gorgon Butter. Korang bayangkan bukitan udang dihidangkan depan mata.. Yang bestnya udang boleh makan terus dengan kulit dia.. Tak yah renyah-renyah nak kupas kulit udang tu. Bila makan pulak memang terasa kerangupan dan kemanisannya menandakan udang yang digunakan memang segar dan the cheff definitely knows what his doing… Bila makan dengan nasi tu kan, wajib makan floss dia sekali. Sedap yang amatttt ok…
STAR OF THE MONTH – MEATBALL NAGA BERAPI
Lepas 3 hidangan dah dihidangkan kami ingatkan dah tak ada lagilah yang akan di bawa keluar. Tapi rupanya untuk bulan November ni Restoran Cheese Banjir tengah buat promotion Meatball Naga Berapi. Hah! Gerun tak dengan nama dia tu. Lagi gerun.. bila tengok macam mana rupa Meatball Naga Berapi ni. Gerun sebab geram dan tak sabar nak rasa. Tambah bila dimaklumkan yang dalam meatball yang bak gunung tu ada surprise menanti.
Mengikut En Mamu, salah seorang partner kat Restoran Cheese Banjir ni, Hidangan Meatball Naga Berapi sesuai dimakan secara berkumpulan dan kak Ti rasa kan, kalau kak Ti dan kawan-kawan kak Ti punya stail makan, 10 orang yang makan kot baru boleh habis. Pendek kata, walaupun bila korang tengok harganya yang RM250 per hidangan tu macam nak terbeliak biji mata, tapi kalau korang bahagikan dengan 8 atau 10 orang baru berapa RM seorang. Bagi kak Ti, dengan kualiti dan rasanya, memang berbaloi sangat ambek hidangan Meatball Naga Berapi ni. Kalau korang order meatball ni, korang akan dapat free 1 jug air tembikai yang marvelous. Kat situ pun dah boleh jimat kan..
NAK MAKAN PERCUMA DI RESTORAN CHEESE BANJIR? (Terms & Conditions Apply)
Berita gembira untuk korang yang bakal celebrate birthday. Yang birthday dah lepas tu, mintak mahaplah ya.. Ini bukan untuk korang tapimungkin untuk seseorang yang korang care hehehe…. Ok, untuk korang yang nak celebrate birthday, bolehlah datang ke Restoran Cheese Banjir ni. Sebab apa tau, khas untuk birthday boy/girl/women/men, korang boleh makan secara percuma kat sini dengan tunjukkan IC korang bagi membuktikan yang hari korang datang tu memang birthday korang. Korang berpeluang untuk memilih dari beberapa hidangan yang ditawarkan dan setiap hidangan akan dilengkapi dengan jus tembikai yang sangat sedap dan menyegarkan.
TERIMA KASIH DAUN KELADI
Kak ti nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada En Mamu dan rakan kongsi beliau di Restoran Cheese Banjir yang sudi menjemput kami dari KBBA9 untuk merasai dan menikmati sendiri hidangan di Restoran Cheese Banjir yang viral ni. Bukan setakat hidangan je yang terbaik, layanan yang diberikan pun memang terbaik. Lunch semalam kan betul-betul sesuai dengan pantun lama “Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati”. Punyalah senang hati, belum pun keluar dari restoran, dalam kepala dah merangka-rangka nak ajak family & kawan-kawan datang untuk repeat kat Restoran Cheese Banjir ni. Kak Ti bukan apa sebenarnya, benda baik kan.. Eloklah disebar-sebarkan.. Tak gitu…
Part asam pedas n udang tak tahan tgk. Part cheese plak aZni cepat muak.. tp nnt boleh try juga
Asam pedas + udang memang mantop k Azni…
nnt memang wajib repeat lagi
Dah rasa sekali memang mesti nak repeat lagi kann..
wah..sedapnya…best kalau dapat pegi ramai2 kan
Pegi ramai-ramai memang syok sebab portion dia agak besar jugak. boleh share2..
Sedapnya, nanti nak cubalah makan kat sini.
Sos cheese nya memang sedap giler..!! Puashati laa… Sesuai ngan nama Restoran – Cheese Banjir
Terbaik!
huwaaa tgk gambar terus jadi lapo.. sedapnya lah haiii.. hilang diet macam ni..hihihi
Lapar Teruk!!!!
sedap lahai, nak pergi lagi. nak rasa lagi. jom jom
semua nampak menyelerakan..waaaaa…nak makan jugakkk
Tengah lapaq tertengok plak gambaq makanan sedap sedap…adehhh
Perghhh betul2 terliuq ni wajib cuba kot cheese dkt lamb tu menangis tgok huhu semua sedap belaka musnah diet oi 😀
okeh.
memang semua nampak menyelerakan habis.
lapar balik ni.
memang meliurkannn..sedapnyeee