CERITA CERITI RAYA PART 3.. TAMATLAH SUDAH RAYA DI JB

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Cerita raya sambungan dari PART 1  & PART 2

Panjang sungguh la cerita raya kak Ti ni.. Macam dia sorang je yang beraya kan.. hahaha.. Kak Ti tulis panjang-panjang ni bukan apa.. boleh jadi kenangan untuk kak Ti dan anak-anak. Dan jugak manalah tau kot-kot ada yang nak follow apa yang kak Ti dan keluarga buat masa raya kan. Contohnya macam tradisi bergathering @ berfamily day di hari raya yang bukan sahaja untuk sesama keluarga sendiri tapi melibatkan jugak extended family, mak cik pakcik sepupu sepapat. Ehh.. tak ada kata terlambat tau untuk memulakan sesuatu yang baik. Hah.. tahun ni dah boleh start plan untuk program raya bersama keluarga tahun depan.

Amboii.. panjang pulak mukaddimah kak Ti ni kan.. Ok la.. back to cerita ceriti raya kak Ti sekeluarga. Syawal ke 5, mini gathering/reunion bersama BFF kak Ti. Ini pun macam satu tradisi gak. Memang setiap tahun kami akan buat gathering ni. Dan setiap tahun jugak kat rumah yang sama. Thanks to my dear friend Sheryza yang tak pernah jemu jadi tuan rumah & menerima kehadiran kami. There used to be quit a few of us tapi sekarang yang masih setia berkontek kontekan tinggal 7 orang je.. dari zaman sekolah sampailah sekarang. Alhamdulillah 24 years of friendship and counting. InsyaAllah till Jannah. Shery, Liana, Shai, Lyn Awa & Wani.. Love you ladies Lillah. From the bottom of my heart, thank you for being my friends and accepting me for who I am. I know among all of us, I’m always the awkward one huhuhu….

Macam biasalah.. kami ni kalau berjumpa memang tak gheti sekejap. dari satu topik ke satu topik kami bersembang. Suami masing-masing pun sama naik bersembang.. hahaha. Yang bestnya tahun ni, ada sorang lagi kawan yang join kami, kea. Well, sebenarnya kea salah seorang kawan baik kak Ti dari zaman kolej. Dia jugak owner kepada cafe Spatula & Senduk kat Taman Adda, JB. So whenever ada kesempatan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang ada kat JB, kak Ti selalu ajak diorang jumpa kat cafe Spatula n Senduk tu dan dari situlah kawan kak Ti dari zaman sekolah jadi berkawan baik dengan kawan kak Ti dari zaman kolej. Tapi seriously, cafe Spatula & Senduk ni best sangat.. memang sesuailah kalau nak buat meet up ke, mini gathering ke. Makanan dia.. fantastic.. Betul.. kak ti tak tipu.. Next time kak Ti share more on her cafe tu ya..

Jadi al kesahnya, malam tu, dari rumah shery, kami berkonvoi la pulak beraya ke rumah kea yang kebetulan tak jauh sangat dari rumah shery. Sambung pulak bersembang kat rumah kea sampailah lewat malam barulah masing-masing berganjak balik. Kak Ti stay for a little while more after they all left (takdelah sekejap sangat.. pukul 2.30 jugaklah baru balik dari rumah kea.. hahaha)

Syawal ke 6, dari pagi memang tak kemana-mana tapi petang tu  kak Ti, Shai & shery jumpa Lyn yang baru sampai dari KL sebab dia tak dapat join masa gathering tu kat food court depan Masjid Kampung Melayu. Alaa.. food court yang ada ABC Azmie Wawa & murtabak cheese yang famous tu. Punyalah sedap sampaikan dua hari lepas tu bawak anak-anak pulak datang makan Malamnya pulak ada sesi berBBQ kat rumah parents kak Ti yang disponsor oleh pak cik ka Ti dan jugak 2 ekor arnab yang disponsor oleh sepupu kak Ti & suami dia. Nak ikutkan, dengan berakhirnya sesi beraya kat rumah kawan-kawan kak Ti tu, maka berakhirlah jugak sesi beraya kak Ti kat Jb. Tapi memandangkan kami cuti panjang, maka banyaklah aktiviti yang boleh dibuat. Antranya bawak anak-anak ke Zoo negeri Johor. Yang ni kak Ti cerita kat next entry ya…

Ya ampunnn!! kenapalah gambar ni buat kak Ti nampak bam bam sangat.. Ke ini lah hakikatnya.. huhuhu

Amacam..
Terasa rasa kat tekak ni kesedapannya..
macam ni pun boleh… hahaha

Facebook Comments Box

9 thoughts on “CERITA CERITI RAYA PART 3.. TAMATLAH SUDAH RAYA DI JB

  1. Ya Allah dah part 3… cerita pasal raya… saya part 1 pun tak masuk lagi.. hahahahah raya pun nak abis dah. Seronoknya berkumpul ramai-ramai macam ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.