Cabaran Jom Kurus Satu Malaysia Musim ke-10 – Team Charlie KLCC Bersama Kapten Black

CABARAN JOM KURUS 1 MALAYSIA BANTU IMPIAN KURUS JADI NYATA

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Pucuk dicita, ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru kak Ti tadahkan. Itulah perumpaan pepatah Melayu yang boleh kak Ti gunakan untuk menggambarkan betapa terujanya kak Ti bila pihak pengurusan Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia menghubungi  rakan blogger KBBA9 Saidila dan membuka tawaran untuk berkolaborasi dengan team KBBA9 dengan membuka peluang untuk ‘join’ Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia musim 10 (JK1M10).

KEVIN ZAHRI 

Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia (JK1m) telah diasaskan pada tahun 2014 oleh Kevin Zahri, seorang cikgu fitness Malaysia yang kak Ti yakin memang satu nama yang tak asing lagi kepada rakyat malaysia terutamanya mereka-mereka yang ada masalah berat badan berlebihan dan tercari-cari cara untuk mengurangkan berat badan berlebihan tu. Sejak mula ia diperkenalkan di Malaysia yang meliputi 150 kawasan,  seramai 25, 000 orang peserta telah mengambil bahagian dan kini ia telah pun memasuki musim yang ke 10.

Kevin Zahri

Kalau nak ikutkan, kak Ti dah follow Kevin Zahri ni lama dah, sejak tahun 2012 lagi. Kak Ti siap beli ebook 5kg 5 weeks dan dapat free download macam-macam ebook KZ yang lain. Hmmm.. Masalah utamanya, ada amalkan ke tips-tips yang KZ bagi dalam ebook tu? Haruslah tidak kan. kalau tak takdelah kak Ti jadi peserta JK1M 10 ni..

DARI PLYWOOD KE TONG DRUM

Kak Ti ni kan ‘petite size’. Masa zaman remaja dulu, berat kak Ti yang paling hebat pun 40 kg je.. Bonda kesayangan kak Ti memang cukup risau tengok badan kak Ti yang bak plywood tu. Tapi, sejak kak Ti mengandungkan SAZSO no 1, berat badan kak Ti naik mencanak-canak hingga mencapai berat 68kg dan sampailah sekarang, susah bebeno nak hilangkan angka 6 kat depan tu. Tapi ada sekali tu berat kak Ti  51 kg lepas bersalinkan SAZSO no 3.. Ya Allah bahagianya rasa..

Tapi apakan daya, angka 5 kat depan tu dapat merasa dalam setahun je. Bila kak Ti pregnant kali ke 4 dan ke 5, 3 bulan pertama lagi berat kak Ti dah mencanak naik. Lepas tu pulak bila ‘pregnancy’ kak Ti yang ke 4 dan ke 5 tu gagal, kak Ti sedih dan larikan kesedihan tu pada makanan terutamanya masa keguguran kali pertama tu.. Huhuhu.. Sendiri cari pasal la kan..

JK1M TEAM KLCC KAPTEN BLACK

Macam yang kak Ti cakap tadi, kak Ti memang teruja sangat dengan offer untuk ‘join’ JK1M 10 ni. Perkara pertama yang kak Ti kena buat adalah pilih kawasan dan ‘leader’ untuk membimbing dalam ‘weightlost journey’ selama 6 minggu. Selepas membuat beberapa pertimbangan, akhirnya kak Ti memilih kawasan KLCC di bawah bimbingan Kapten Mohd Zahrin bin Che Bahar Nordin atau lebih dikenali dengan nama Kapten Black.

The Captain

Kalau korang nak tau, Kapten Black dulunya juga adalah seorang yang mempunyai masalah berat badan dan masalah berat badan beliau bukan calang-calang tau. Berat beliau pernah mencecah sehingga 115kg pada bulan April 2016. Menyedari akan masalah yang beliau hadapi, beliau telah berusaha untuk lebih sihat dan dengan gigihnya mencuba pelbagai cara. Akhirnya, dengan tekad dan niat untuk berubah, beliau telah mendaftar sebagai peserta JK1M 7 dan telah berjaya menjadi juara JK1M7 kawasan Cyberputra.

Bermula pada JK1M8 beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi Team Leader kawasan KLCC. Di bawah bimbingan beliau, pada musim JK1m yang lepas iaitu JK1m9, team ‘KLCCians’ telah berjaya menjadi juara Ohlimpik iaitu acara wajib dalam JK1M. Hmmm.. So, sekarang korang taulah kan kenapa kak Ti pilih untuk ‘join’ team Kapten Black.

KICK OFF JK1M KLCC CHARLIE TEAM

Hari Sabtu, 27 Januari 2018 merupakan ‘kick off’ Cabaran Jom Kurus Satu Malaysia Musim ke 10 seluruh Malaysia, Singapura serta Brunei dan bertempat di taman KLCC Kak Ti dan 2 orang lagi rakan dari KBBA9 memulakan hari pertama kami di Cabaran JK1M 10. Kami perlu berkumpul kat tempat yang telah ditentukan kat taman tersebut pada pukul 8.00 pagi dan bila kak Ti sampai, dah ramai rupanya yang sampai lebih awal termasuklah 2 orang lagi rakan kak Ti iaitu kak Nina dan Izyan. Kalau nak ikutkan ada 6 orang kesemuanya dari KBBA9 tapi 3 orang lagi tak dapat hadir sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan.

Sesi mengisi borang
Kak Nina & Izyan

Perkara pertama yang perlu kami lakukan pada hari tersebut adalah timbang untuk dapatkan berat badan terkini dan juga ambil gambar 3 posisi. Selesai semua perkara tu, sesi ‘Ice breaking’ dijalankan. Masa sesi ‘ice breaking tu barulah kak Ti tau yang rupa-rupanya hampir separuh dari peserta merupakan peserta dari musim sebelumnya yang join semula untuk musim ni.. Patutlah havoc je dalam group Whatsapp kami tu..

Gambar 3 posisi

Untuk hari pertama, Kapten memang tak nak bagi peserta ‘terkujat’ dengan macam-macam aktiviti atau info-info berat. Makanya pada hari tersebut hanya aktiviti ringan je yang dijalankan. Untuk hari pertama tu. Kapten ‘just’ bagi aktiviti ringan-ringan je.. Al maklumlah, dah nama pun sesi pecah ais kan.. Masa nilah nak berkenal-kenalan dengan peserta lain.

Ni bukan sesi karaoke tau.. Nasib baik tak lupa diri bila pegangn mic tu..

OSMAN & OMAR

Aktiviti atau permainan pertama dinamakan ‘Osman dan Omar’.. hahahaha.. Nama permainan dia tak hagak hagak.. Dalam permainan ni, setiap peserta perlu berpasangan dan seorang perlu menjadi Omar dan seorang lagi jadi Osman. Peraturannya adalah, kedua-dua peserta perlu menghulurkan tangan seakan bersalaman tapi tak bersentuhan dan perserta perlu mendengar nama yang disebutkan oleh Kapten. Nama yang disebut oleh Kapten perlu mengalihkan tangannya secepat mungkin bagi mengelakkan ditangkap oleh peserta satu lagi. Adoi!! Memang gelihati sungguh tengok gelagat masing-masing.

Si Omar cuba menangkap si Osman

BUAYA BIAWAK

Aktiviti kedua pula dinamakan ‘buaya biawak’. Yang ni lagilah melucukan. Untuk permainan ni, semua peserta perlu membuat satu bulatan besar dan membuat gaya tangan masing-masing seperti yang diarahkan. Seorang peserta akan menyebut buaya/biawak yang disertai oleh pergerakan tangan yang telah ditetapkan dan ianya perlu disambut pula oleh peserta disebelah peserta pertama tadi samaada menyebut nama yang sama dan permainan akan ‘move forward’ atau jika peserta seterusnya memilih untuk menyebut nama yang berbeza dari peserta sebelumnya makan ia akan bergerak ‘backward’.

Bersedia
Kak Nina yang sentiasa bersedia
Semakin lama semakin mengecil bulatannya
Kecil-kecil cili padi kak Nina ni tau.. Top 3…

Aktiviti terakhir kami sebelum bersurai pada hari tersebut adalah baling bola sambil sebut nama rakan peserta lain. Seorang peserta akan memegang bola dan beliau perlu membaling bola tersebut kepada peserta lain yang telah beliau sebutkan namanya. Menurut Kapten, permainan ini adalah bagi melatih setiap peserta untuk mengingat nama-nama peserta lain.. Hmmmm.. bagus jugak permainan ni kan.. Secara tak langsung kita terpaksa mengingat nama rakan-rakan kita.  Dan akhirnya, dengan selesainya tiga aktiviti tersebut, maka selesailah sesi pertama untuk “Team Charlie KLCC” yang dipimpin oleh Kapten Black.

Team KLCC CHARLIE yang berjaya menghadirkan diri pada sesi pertama

SEMINAR JOM KURUS 1 MALAYSIA

Keesokan harinya, iaitu pada hari Ahad 28/1/18, Seminar Jom Kurus 1 Malaysia bersama Kevin Zahri dimanan beliau sendiri yang akan berkongsi banyak perkara tentang ‘fitness’ terutamanya tentang cara mengawal pemakanan kita. Seminar dimulakan dengan sesi senaman zumba ‘Bhangra dance’ dan diikuti dengan group photo. Seterusnya, sesi perkongsian kisah kejayaan penurunan berat badan Natrah dan Chachacha yang merupakan ikon JK1m10 dan kemudiannya diikuti dengan perkongsian dari KZ sendiri.

Seminar Jom Kurus Shah Alam

Yang menariknya masa sesi perkongsian dari KZ ni kan, kita tak akan duduk ternganga je dengar KZ bercakap. Perkongsian beliau telah diselang selikan dengan sesi senaman bersama. Perghhh! Memang berpeluh bak ang. Tak sempat nak sangap kat seminar ni tau. Lebih menarik lagi kan, cara penyampaian KZ yang sangat bersahaja dan buat kita rasa yang sebenarnya untuk kurus dan sihat tu taklah sesusah mana dan taklah sampai perlu melupakan ‘nikmat kehidupan’. Tak terasa akhirnya seminar sampai ke penghujungnya dan sesi bergambar bersama KZ pula diadakan. Tabiklah dengan KZ ni.. sempoi je layan permintaan untuk berselfie wefie.

Salah satu sesi senaman dalam seminar Jom Kurus Shah Alam
Tolak bang.. Jangan tak tolak
Terima kasih partner..
Bersama Kevin Zahri

Oklah.. Dah panjang sangat kak Ti membebel ni.. Nanti kak Ti share lagi aktiviti-aktiviti sepanjang Cabaran Jom Kurus ni ek.. Apa yang pasti kak Ti memang syukur sangat dapat jadi sebahagian dari #TeamCharlieKLCC.. Semoga impian kak Ti  nak mencapai berat badan ideal akan tercapai…

Kak Ti & Kapten Black
Semoga Berjaya jugak ‘lost weight’ macam Kapten
Sempoi..
Facebook Comments Box

6 thoughts on “Cabaran Jom Kurus Satu Malaysia Musim ke-10 – Team Charlie KLCC Bersama Kapten Black

Leave a Reply

Your email address will not be published.