Enaknya Buffet Ramadhan The View Cafe Best Western i-City Shah Alam 2019

BUFFET RAMADHAN THE VIEW CAFE BEST WESTERN I-CITY SHAH ALAM SEDIAKAN PILIHAN  HIDANGAN YANG PELBAGAI DAN MENYELERAKAN – TEMA ALADDIN DAN KHAZANAH MALAYSIA JADI PILIHAN

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Diam tak diam.. Tahun 2019 dah pun nak masuk suku kedua. Rasa macam cepat je masa berlalu kan.. Yang paling seronok kan dalam masa sebulan lebih je lagi kita akan menyambut Ramadhan. Ya Allah moga Engkau panjangkan umur kami dan masih beri kami kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ni.

Ok, bila sebut pasal Ramadhan, yang akan terbayang di mata kebanyakan dari kita mestilah pasar Ramadhan atau nama glamernya sekarang ni PARAM.. Hahaha.. Adoii ada ada je budak-budak zaman sekarang ni. Terbayang juadah-juadah sedap yang di jual kat PARAM tu kan. Haaaa.. Ni kak Ti nak pesan awal-awal.. Jangan nak dok ghalik sangat dengan makanan bulan puasa ni.. Ambik kesempatan jugak untuk tingkatkan amal ibadah sepanjangan Ramadhan.

Satu lagi yang terkenal bila tiba bulan Ramadhan ni tak lain dan tak bukan buffet Ramadhan yang disediakan di hotel-hotel mahupun restoran-restoran. Alhamdulillah.. Rezeki kami sebagai bloggers bagi peluang kat kami untuk menikmati juadah buffet Ramadhan kat hotel-hotel sebelum raamdhan lagi.

Tahun Lepas, Buffet Ramadhan di Geno Hotel Shah Alam adalah antara yang sempat kak Ti pergi. Dan tahun ini, jemputan dari Best Western i-City Shah Alam menjadi pambuka. Harap korang tak menyampah ya bila nanti kak Ti kerap update pasal buffet Ramadhan je.

Buffet Ramadhan The View Cafe Best Western Shah Alam

Kak Ti bila pegi buka puasa kat mana-mana terutamanya yang style buffet, kak Ti suka pegi tempat yang hidangkan bukan sahaja pelbagai pilihan tapi yang paling penting rasa tu kena sedap. Untuk korang yang berada kat area Shah Alam, Buffet Ramadhan kat The View Cafe ni boleh korang masukkan dalam senarai tempat berbuka yang korang nak pegi.

Bukan je pilihan menu dia pelbagai, yang paling penting rasanya sedap-sedap semua. Menunya pulak terdiri dari pelbagai pillihan masakan tempatan dan mengikut maklumat yang disampaikan kepada kami, terdapat lebih 160 jenis masakan akan dihidangkan kepada pengunjung..

Wow!!.. Kami yang hanya dihidangkan lebih kurang 50% dari jumlah tu pun dah rambang mata.. Apatah lagi bila kesemua lebih 160 hidangan tu dihidangkan kat korang.. Jangan ada yang terkorban terawih sebab makan sudahlah ya..

Menu Pilihan di Buffet Ramadhan The View Cafe

Aneka Sup Pembuka Selera

Bagi korang yang memilih untuk berbuka puasa dengan menikamati buffet Ramadhan The View Cafe Best Western Hotel i-City Shah Alam ni, korang boleh mulakan buka puasa korang dengan pilihan pelbagai sup. Ialah kan.. Dah sehari suntuk perut kita kosong eloklah dimulakan dengan yang ringan-ringan dulu. Takdelah perut terkejut.

Antara pilihan sup yang korang oleh nikmati kat sini seperti Sup Kambing Berempah Mamak, Seafood Tomyam, Sup Lobak Putih Udang Kering, Sup Isi Ketamm dan Jagung, Sup Cream of Mushroom, Sup Akar Lotus Berherba, Soto Madura dan macam-macam lagi. Simpan sikit perut untuk makanan lain tau… Sup ni korang boleh makan dengan roti atau bergedil.

Hidangan Utama Yang Pasti Memuaskan

Bila dah selesai dengan menu pembuka, sampai masanya untuk korang nikmati pulak pelbagai pilihan hidangan utama yang disediakan untuk korang kat The View Cafe. Amaran! Jangan tengok lama sangat masa sampai dan belum masauk waktu berbuka puasa. Dikhawatiri kilang air liur korang akan menjadi ekstra aktif bila tengok hidangan-hidangan yang disediakan depan mata.

Antara menu yang mananti korang kat Buffet Ramadhan The View Cafe ni adalah seperti Daging Masak Hitam,Daging Teriyaki Madu, Daging Stroganoff, Rendang Daging Minang, Daging Kambing Masak Varuval, Mongolian Lamb, Kambing Masak Tomato, Lamb Shoulder With Mint Creamy Sauce, Kambing Lada Hitam, Irish Lamb Stew, Ayam Masak Berempah, Rendang Ayam dan lain lain. Wajib cuba Mongolian Lamb tau.. Sedap sangat..

Untuk korang yang suka seafood, jangan risau kat Buffet Ramadhan The View Cafe ni turut menghidangkan pelbagai pilihan seafood untuk korang nikmati. Antara yang boleh korang cuba seperti Udang Sambal Tumis Petai, Ketam Masak Lemak Nenas, Bamboo Clam with Chilli, Ikan Lemak Merah, Sotong Goreng Berempah dan macam-macam lagi..

Makan kalau tak ada sayur tak lengkplah hidangan tu kan.. Korang jangan risau, sayur mayur pun ada kat Buffet Ramadhan The View Cafe ni. Ada Stir Fry French Bean With Streaky Beaf, Labu lemak Udang Kering, Salad dan Ulam-ulaman yang lengkap dengan pelbagai pencicahnya. Memang menambat selera sungguhlah..

Pelbagai Gerai Mengimbau Kenangan

Bukan setakat kat pasar Ramadhan je ada gerai-gerai tau.. Kat Buffet Ramadhan The View Cafe pun turut menyediakan gerai-gerai khas untuk korang yang berbuka puasa kat sini. Ada 13 gerai seperti gerai Mi, Pasta, Rojak Buah, Pasta, ABC, Goreng-Goreng, Bakar-Bakar, Kebab dan Roti John dan lain lain. Yang Paling dicari-cari tiap kali ke Buffet Ramadhan dah tentulah Kambing golek kan.. Haaa.. Itupun ada kat sini tau…

Aneka Pilihan Pencuci Mulut

Dah sedap makan macam-macam.. Mestilah nak rasa yang manis-manis pulak kan.. Korang tak perlu risau.. Pilihan pencuci mulut kat sini tak kalah hebatnya dengan pilihan lauk pauk yang disediakan. Korang pilih samaada nak yang citarasa tempatan ataupun citrasa antarabangsa.

Setiap hari di Buffet Ramadhan The View Cafe Best Western Hotel i-City Shah Alam, 5 jenis kuih muih tradisional akan dihidangkan untuk para pengunjung. Selain daripada tu, korang juga boleh nikmati Chilled Sago With Coconut Milk, Longan Almond Pudding, Lychee pudding, Bread and Butter Pudding, Kek Coklat, 5 jenis French Pastries, Aneka Mousse dan Jelly, Baklava/Kunafa, Pop Corn, Chocolate Fountain dan kalau rezeki korang hari tu, korang juga akan dapat menikmati dodol, wajik dan tapai.Kalau nak yang ringan-ringan, rojak pun ada tau..

Ehhh.. Lupa nak sebut.. Aiskrim pun ada tau. Ada dua jenis aiskrim yang disediakan kat sini iaitu yang dalam bekas besar dan juga yang dalam mangkuk kecik-kecik ataupun aiskrim potong. Buah takde ke kak Ti? Aishh mestilah ada.. Ada 4 jenis buah-buahan potong dan 3 jenis buah sebijik sebijik disediakan untuk korang.

Durian dan Nangka Pun Ada

Ni kak Ti nak bagi tips untuk korang yang akan berbuka puasa kat The View Cafe Best Western Hotel i-City Shah Alam ni.. Masa berbuka puasa tu, jangan minum air dan makan nasi banyak-banyak.. Nanti tak dapatlah korang nak rasa banyak jenis lauk pauk sebab kekenyangan.

Lagi satu, kalau korang dah kenyang sangat.. Mestilah tak syok nak makan durian kan. Soo.. Jangan lupan simpan sikit ruang dalam perut untuk isi durian ataupun nangka yang turut disediakan kat sini. Iyaaa.. Betul.. Durian dan Nangka ada disediakan kat sini.. Amcam.. Best ke best berbuka kat sini.

Tempat Luas, Selesa dan Kemudahan Yang Mencukupi

Buffet Ramadhan The View Cafe Best Western Hotel i-City Shah Alam ni terbahagi kepada dua seksyen. Satu seksyen kat dalam dan satu seksyen lagi kat belah luar. Korang boleh pilih samaada nak duduk kat dalam atau bersantai kat sebelah luar sambil menikmati view dan angin malam yang bertiup lembut. Kalau bawak anak-anak kecil.. Mereka mesti seronok sebab dapat bebas berlari kat luar tu.

Enak menikmati hidangan, jangan lupa kewajipan pada yang Esa. Kalau tak sia sia je menahan lapar dahaga sepanjang hari. Satu lagi yang kak ti suka kat sini adalah surau yang disediakan di level yang sama dengan cafe. Korang cuma perlu keluar dan berjalan ke arah kiri dan korang akan jumpa surau yang terletak tak jauh dari Cafe. Surau jugak lengkap dengan tempat berwuduk dan ruang solatnya pun cukup selesa serta dapat menempatkan sebilangan pengunjung dalam satu satu masa.

Makan-Makan Dapat Hadiah

Makan-makan dapat hadiah? Ehh Apa tu? Haaa.. Ni kak ti nak kabo kat korang semua. Bila korang datang berbuka puasa kat Best Western Hotel i-City Shah Alam ni, korang bukan sahaja akan dapat menikmati hidangan yang pelbagai dan menyelerakan.. Korang juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

Antara hadiah cabutan bertuah yang korang berpeluang menangi adalah Voucher, Diskaun Harga Bilik, Hadiah Penginapan dan macam-macam lagi hadiah yang turut disumbangkan oleh rakan kongsi mereka.

Harga Spesial ‘Early Birds’ dan Booking

The Aladdin & The Malaysian Treasures Ramadhan Buffet berharga RM119Nett untuk dewasa manakala untuk harga kanak-kanak dan warga emas pula adalah RM69Nett. Tapiiiii… Kalau korang beli awal bermula hari ni sampai 30 April 2019, korang boleh beli dengan harga RM99Nett untuk dewasa. Nak lagi best? Beli untuk 9 orang dan korang akan dapat percuma untuk seorang. 

Haaa.. Tunggu apa lagi.. Jangan lepaskan peluang untuk booking awal tau. Rugi kalau korang tak grab harga ‘early bird special’ ni. Untuk tempahan korang boleh contact nombor atau email kat bawah ni ok:

Booking & Reservation:

Telephone: 03-5521 9000

Email: enquiry@bestwestern-icity.my

Group bookings: sales@bestwestern-icity.my 

Senarai Menu

Facebook Comments Box