Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur Sajikan Khazanah Warisan Tanah Melayu

BUFFET RAMADHAN HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR 2019 BERTEMAKAN KHAZANAH WARISAN TANAH MELAYU – PELUANG NIKMATI MASAKAN TRADISIONAL DENGAN RASA SEBENAR

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Semakin hari semakin terasa kehadiran bulan Ramadhan. Al maklumlah.. Memang dah semakin dekat pun kan. Tinggal beberapa minggu je lagi kita semua akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Selain dari keseronokan nak sambut kehadiran bulan Ramadhan, satu lagi yang sering dinanti nantikan adalah sesi iftar. tak kiralah dengan kawan-kawan ataupun dengan family.

Kak ti tau mesti ada antara korang yang awal-awal lagi dah plan nak buka sama-sama dengan kawan-kawan atau family kan. Macam biasalah, bila tiba bulan Ramadhan ni memang banyak sangat hotel-hotel mahupun restoran-restoran akan menawarkan buffet Ramadhan dengan pelbagai pilihan makanan dan juga pilihan harga. Tepuk poket tanya selera.. hehehehe..

Macam yang kak Ti bagitau kat entry kak Ti sebelum ni Enaknya Buffet Ramadhan The View Cafe Best Western i-City Shah Alam 2019 salah satu kelebihan yang kami nikmati sebagai seorang blogger adalah jemputan ke sesi preview buffet Ramadhan. Dengan kata lain kami berpeluang untuk merasa hidangan-hidangan yang ditawarkan untuk kami kongsikan dengan korang. Jadi senanglah korang nak decide korang nak berbuka kat mana kan.

Masakan Melayu di Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur 2019

Sehari selepas sesi di Best Western Shah Alam, Kak Ti dan beberapa rakan-rakan KBBA9 berpeluang pula ke Hotel Royal Kuala Lumpur untuk sesi photoshoot Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur. Untuk tahun 2019 ni Hotel Royal Kuala Lumpur membawakan tema Khazanah Warisan Tanah Melayu. Tengok tema pun mesti dah boleh ‘expect’ apa yang akan disediakan kat Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur tahun ni kan.

Masa tengok tema tu kan.. Dalam hati kak ti terdetik jugak… Ia ke idak chef kat Hotel Royal Kuala Lumpur ni nak sediakan masakan Tanah Melayu. Risau jugak sebab biasanya hotel-hotel ni bila bab masakan tradisional mesti ada je yang tak kena kat tekak. Karang apalah yang nak ditulis kalau tema tak sesuai dengan rasa. Takkan nak tulis benda yang tak tepat pulak kan..

Tema Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur Sesuai Dengan Rasa Hidangannya

Alhamdulillah.. Semua kerisauan kak ti hilang sebaik saja kami semua menikmati hidangan yang disediakan. Sesuai dengan tema yang diketengahkan di Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur 2019 ni, pujian harus diberikan kepada Chef Sudin Bin Ahmad dan crew beliau sebab berjaya menyediakan hidangan warisan Tanah Melayu dengan jayanya. Hidangan dari setiap negeri yang dihidangkan memang menepati citarasa kami semua.

Satu demi satu hidangan kami nikmati dan setiap satunya mulut kami tak berhenti memuji keenakan hidangan yang disajikan untuk kami. Nak tak nak, kak Ti terpaksa bertambah nasi kali ni. Hahaha.. Dalam banyak banyak makanan lazat yang dhidangkan, bagi kak Ti dan juga dipersetujui oleh yang lain, Rendang Tok Chef Sudin antara yang terbaik pernah kami nikmati. Daging yang tak liat dan rempah ratusnya yang serba serbi cukup, membuatkan Rendang Tok tak cukup  licin kami nikmati. Kawan kak Ti Ummi Nani pun setuju tau..

Antara Menu-Menu Di Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur

Pelbagai menu istimewa setiap negeri di Malaysia akan dihidangkan di Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur antaranya adalah Gulai Ikan Tempoyak Pahang, Gulai Pisang Muda Ikan Bilis Kedah, Daging Dendeng Ala Nogori, Ketam Bercili Sabah, Kerutuk Itik Kelantan, Ayam Percik Kelantan, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak Melaka dan lain -lain.

Ehh.. Untuk korang yang tertanya-tanya.. Jangan risau, nasi putih akan turut dihidangkan setiap hari. Selain dari itu, antara menu-menu lain yang akan turut dihidangkan nanti antaranya adalah yang kak Ti share kat bawah ni. Minuman pun ada pelbagai jenis disediakan untuk menghilangkan haus dan dahaga seharian berpuasa.

Pilihan Pelbagai Kerabu

– Kerabu Mangga Muda                 – Kerabu  Pucuk Paku

– Kerabu Nangka                             – Acar Rampai

– Hinava(Umai)                               – Kerabu Utara Tomato Berkerisik

Hidangan Pelengkap

– Pulut Kuning                                             – Ketupat atau Lemang

– Ikan Bilis Goreng berbawang                 – Aneka Jenis Ikan Masin (Sepat, Bulu Ayam, Talang, Pekasam)

– Keropok Ikan, Malinja, Papadom           – Cucur Udang & Gado-gado

Pencuci Mulut

– Kurma & Buah Tin kering                                – Pelbagai jenis kuih muih Melayu (8 jenis)

– Aneka Tapai (Pulut, Ubi & Pulut HItam)     – Sago Gula Melaka

– Puding Gula Hangus                                        – Aneka Agar-Agar

– Aneka French Pastries .                                   – Aneka Kek

Kemudahan Solat Terawih & Kaunter Zakat

Bagi kak Ti, hotel-hotel yang mampu menyediakan kemudahan untuk menunaikan solat terawoh kepada para pelanggannya merupakan satu plus point. Jadi, tak adalah pelanggan terpaksa makan dengan tergesa-gesa sebab nak elakkan dari tertinggal solat terawih bila lambat beredar dari tempat berbuka.

Bila ada kemudahan untuk melaksanakan solat terawih pelanggan dapat berbuka puasa dengan tenang dan betul-betul dapat menikmati dan menghayati setiap hidangan yang disediakan.

Effort Hotel Royal Kuala Lumpur untuk memberikan kemudahan kepada para pelanggannya memang patut diberikan pujian. Bukan setakat kemudahan untuk menunaikan solat terawih, kaunter untuk menunaikan zakat pun turut disediakan. Ini secara tak langsung telah membantu memudahkan pelanggan untuk menunaikan kewajipan mereka.

Harga ‘Early Birds” & Maklumat Tempahan Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur

Untuk korang yang merancang nak ber buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur ni wajib korang masukkan dalam senarai. Lagi best kalau korang buat tempahan awal.. Harga ‘Early Birds’ untuk Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur ni memang sangat berbaloi. Tempah dari 18 March sampai 22 April 2019, dengan harga hanya Rm50nett seorang. Voucher juga turut dijual dengan harga RM60nett seorang.

Nampak tak betapa berbaloinya harga ‘early birds’ Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur. Rugi kalau korang tak buat tempahan awal-awal. Macam tak percaya pulak bolek dapat harga mcam tu kat tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. Pastu rasa pun buka biashe biashe tau.. Oklah.. Untuk korang yang nak buat tempahan, korang tengok info yag kak Ti share kat bawah ni:

Reservation:

603-2148 6888 ext 2855 / 2887

6012-202 4694 (Cik Qistina)

Email:

info@hotelroyalkl.com

Alamat:

Hotel Royal KL (Bersebelahan Lot 10)

Jalan Walter Granier

55100 Kuala Lumpur

Facebook Comments Box

4 thoughts on “Buffet Ramadhan Hotel Royal Kuala Lumpur Sajikan Khazanah Warisan Tanah Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published.