Buffet Ramadhan Grand Blue Wave Berkonsepkan Bazar Malaysia Kini dan Ala Kampung

BUFFET RAMADHAN GRAND BLUE WAVE 2019 HIDANGKAN MENU-MENU VIRAL TERKINI

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Asik makan je kak Ti ni kan?? Pastu ada hati nak kurus… Nak buat macam mana korang.. Rezeki menjelang Ramadhan ni meriah dengan jemputan review buffet Ramadhan. Tak baik tolak rezeki.. Lagipun untuk korang jugak kan.. Jadi nanti senanglah korang nak pilih nak berbuka kat mana.. Hehehe

Buffet Ramadhan Grand Blue Wave Shah Alam

Lokasi kak Ti dan rakan-rakan KBBA9 untuk Ramadhan review kali ni adalah di Grand Blue Wave Shah Alam. Kami telah mencuba beberapa hidangan yang akan dihidangkan kepada tetamu yang akan menikmati Buffet Ramadhan di sini nanti. Untuk pengetahuan korang, Grand Blue Wave Shah Alam ni telah mendapat pengiktirafan sebagai “Halal Friendly Hotel” dari “Crescentrating The World’s Leading Authority on Halal Travel“.

Untuk tahun 2019, konsep Bazar Malaysia Kini  dan Ala Kampung  jadi highlight untuk buffet Ramadhan Grand Blue Wave Shah Alam. Tapi korang jangan risau, pilihan menu antarabangsa pun ada. Buffet Ramadhan Grand Blue Wave 2019 ni menawarkan lebih 100 jenis pilihan menu yang berbeza.

Antara yang sempat kak Ti nilmati

Hidangan Utama dan Konsep Bazar

Untuk hidangan utama di Buffet Ramadhan Grand Blue Wave Shah Alam ini, mereka telah menyediakan pelbagai menu menarik seperti hidangan tempatan dari negeri-negeri di negara kita ini serta pelbagai pilihan nasi seperti Nasi Pakistan. Nasi Kabuli dan pastinya tak ketinggalan Nasi Putih.

Untuk melengkapkan hidangan utama, pelbagai pilihan lauk pauk yang menyelerakan sudah semestinya mampu membangkitkan selera setelah seharian berpuasa. Antara yang pasti menarik perhatian seperti Daging Tetel Asam Pedas, Sambal Tempe Berlada bersama Jering, Ikan Masam Manis, Daging Salai, Ayam Panggang, Sup dan lain lain.

Bagi konsep bazar pula, gerai-gerai individu akan didirikan disekitar lobi hotel dan antara yang boleh di dapati adalah gerai bertemakan Briyani Corner, Indian Corner, Tandoori Station, Chinese Station, Malaysian Warong Favorite, Italian Station, Carving & Grill Station dan juga gerai Cita Rasa Negeri.

 

Menjenguk Gerai di Buffet Ramadhan Grand Blue Wave Shah Alam

Kak Ti, Kambing golek ada ke kat Grand Blue Wave Shah Alam ni? Haaa.. Mestilah ada.. Korang kena menjenguk ke Carving & Grill Station. Kat sini bukan setakat kambing golek je ada, daging bakar, ikan bakar, paha ayam dan juga sausage pun ada. Untuk pilihan pencich pula, boleh piluh samaada nak cicah dengan sos lada hitam, BBQ, air asam atau sambal kicap.

Kalau nak rasa perlbagai juadah dari pelbagai negeri, korang kena menjenguk ke gerai Cita Rasa Negeri. Kat sini korang boleh cuba mee udang Perak, laksa Sarawak, Lontong Johor, Rendang Cili Padi Negeri Sembilan, Laksa Penang, Mee Kari Nyonya Melaka, Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang, Nasi Dagang Terengganu dan macam-macam lagi.

Selain dari itu, satu lagi yang korang boleh nikmati bila berbuka di Grand Blue Wave Shah Alam ni adalah menu-menu viral masa kini seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teow Cheese, Shellout Kampung Style, Kepak Ayam Goreng Pedas Blue Wave bersama Cheese dan Roti John Titiwangsa.

Wajib Cuba Dessert

Kak Ti kalau ke mana-mana buffet kan, yang paling akan buat kak Ti teruja adalah pilihan dessert-dessert yang disedikan di tempat tersebut. Masa kat Grand Blue Wave ni, bila nampak je susunan dessert yang disediakan, hati kak Ti dah berlagu riang. Memang rambang mata korang tau tak.. Dari kuih muih tradisional sampailah ke pilihan pelbagai kek dan juga dessert-dessert antarabangsa. Kueh Raya pun ada.

Antara yang korang boleh rasa kat sini adalah ais kacang dengan pelbagi bahanya, marble cheese cake, chocolate moist cake, carrot cake, chocolate brownies, cocktail buah-buahan, puding honey dew, bubur pulut hitam, tapai pulut, dodol, serawa pisang, bread and butter pudding, sago gula Melaka dan macam-macam lagi

Satu persatu kak ti cuba. Bingka ubi, bingka jagung, tiramisu, macaron dan ada beberapa lagi yang kak Ti cuba semuanya sedap-sedap belaka. Memang puas hati menikmati dessert-dessert yang disediakan kat Buffet Ramadhan Grand Blue Wave ni. Kalaulah tak malu kan.. Nak Je kak Ti mintak ‘tapau’ kuih dengan kek kati situ… Hahahaa..

Kemudahan Menunaikan Solat Secara Berjemaah

Oh ya! Lupa nak bagitau.. Untuk korang yang akan berbuka puasa di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, korang akan pasti terasa tenang menikmati juadah-juadah yang disediakan. Manakan tidak, alunan ayat-ayat suci Al-Quran akan jadi halwa telinga korang sepanjang korang berbuka puasa.

Kalau korang risau tertinggal solat Maghrib dan solat Terawih, jangan risau.. Pihak GBWHSA turut menyediakan kemudahan untuk menunaikan solat dan korang juga boleh terus menunaikan solat terawih secara berjemaah kat situ. Lepas tu, kalau korang masih larat.. Bolehlah sambung moreh pulak kan..

Harga Buffet Ramadhan Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

“Warna-Warni Ramadhan 1440H” bermula dari 6 May 2019 sehingga 4 June 2019 setiap hari dari pukul 7.00 pm sehingga 10.00 pm. Harga bagi Buffet Ramadhan Grand Blue Wave Shah Alam 2019 adalah seperti berikut:

Dewasa: RM138.00+ per pax

Kanak-kanak: RM70.00+ per pax

Sabtu, Ahad & Public Holiday: RM148+ untuk 1 dewasa + 1 kanak-kanak

Harga Istimewa Untuk Tempahan dan Bayaran Awal   Sebelum 1 Ramadhan (6 May 2019) : RM95.00 per pax (Untuk Tempahan berkumpulan  10 orang dan lebih)

Untuk tempahan majlis berbuka di dewan, harga yang ditawarkan adalah RM75.00 per pax dengan tempahan minimum seramai 100 orang. Tawaran ini khas hanya untuk syarikat-syarikat dan organisasi korporat yang berhajat untuk mengadakan majlis berbuka puasa di banquet hall Grand Blue Wave Hotel Shaah Alam.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, korang boleh hubungi Bahagian Jaulan dan Pemasaran Grand Blue Wave Hotel Shah Alam di:

Phone : 03-5511 8811 sambungan 2801, 2804 atau 2806

 e-mail : dosm@bluewavehotels.com

Website : Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

Facebook : Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

Instagram : @grandbluewave_shahalam

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Buffet Ramadhan Grand Blue Wave Berkonsepkan Bazar Malaysia Kini dan Ala Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published.