Buffet Ramadhan BBQ Lamb KL Kemensah Janjikan kelainan

BUFFET RAMADHAN BBQ LAMB KL KEMENSAH – NIKMATI PENGALAMAN BERBUKA DALAM SUNGAI

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Setahun menghilang, sekarang menjelang.. Tapi bukan raya tau.. Ramadhan.. Nak raya tunggu dulu..

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan olehNya untuk menikmati Ramadhan dan semoga Ramadhan kita kali ini lebih berkualiti dari yang sebelum-sebelumnya.. InsyaAllah..

Al kisahnya, beberapa hari sebelum Ramadhan hari tu kak Ti dan geng-geng KBBA9 yang turut disertai oleh big boss KBBa9 iaitu Aben (Ben Ashaari), berkesempatan mencuba hidangan Buffet Ramadhan BBQ Lamb KL Kemensah.

Menariknya kat sini kan.. Korang akan berbuka puasa dalam sungai tau. Haaa.. Iya.. Kak Ti tak tipu.. Korang yang datang untuk menikmati Buffet Ramadhan BBQ Lamb Kemensah ni akan berbuka dalam sungai. Tapi tidaklah maksudnya korang kena berendam dalam sungai tu..

Suasana di BBQ Lamb KL Kemensah

Meja dan kerusi akan diletakkan dalam sungai. So sambil berbuka tu.. bolehla main rendam-rendam kaki.. Kalau ada ikan-ikan yang sudi, merasalah kaki korang ber ‘fish spa’.. Itupun kalau ada ikan-ikan yang sudi la.. Masa kak Ti makan kat situ, tak rasa pulak ada ikan-ikan yang gigit. Hmmmm.. Apakah yang ikan-ikan tu cuba sampaikan pada kak ti. Hahahaha..

Basah itu pasti.. Hahaha

Kalau korang tanya kak Ti apakah potensi untuk jadi basah satu badan kat situ.. Kalau ikut pengalaman kak Ti, potensinya amatlah kecik untuk orang dewasa kecuali kalau korang saja-saja buat-buat jatuh sebab nak berendam tapi segan orang lain pandang.

Tapi untuk korang yang ada anak-anak kecik, kak Ti nasihatkan tolonglah jangn lupa bawak baju spare. Kemungkinan untuk diorang jadi basah satu badan tu sangatlah besar. 99.9% InsyaAllah diorang akan kebasahan. Mana tahan tengok saja kan..

Lagi satu yang mungkin akan jadi persoalan pada korang adalah suasana kat situ. Ialah.. Dah nama pun Kemensah, kawasan sungai pulak tu… Malam-malam mestilah gelap kan.. Tapi korang jangan risau.. suasana kat sini terang benderang. Jadi tak perlu risau tersalah ambik makanan orang sebelah.

Macam ni hah.. Kerusi dan meja disediakan dalam sungai..

Sedap Ke Makanan kat BBQ Lamb KL Kemensah ni?

Dah nama pun Buffet Ramadhan BBQ Lamb KL Kemensah kan.. Mestilah makanan yang dihidangkan adalah yang bakar-bakar atau grill kan. Memandangkan malam tu kami datang untuk mencuba set-set berbuka puasa yang ditawarkan, dapatlah kami menikmatinya sebelum korang.. hehehe..

Serius.. Kak Ti dengan geng-geng KBBA9 memang enjoy habis makanan yang dihidangkan untuk kami. Bak kata my dearest partner, semuanya berasa. Even nasi kuning yang kami dapat sekali dalam set tu pun berasa. Ehhh.. Korang tau tak apa maksud kak Ti dengan ‘berasa’ tu… Perkataan mudah faham dia.. Sedappp!!!

Kak Ti rasa, malam tu memang kak Ti makan tak pandang kiri kanan dah. Sedar-sedar nasi kak Ti dah licin kat pinggan. Itu kalau kata tak sedap tu tak taulah.. Lepas makan, korang tak yah gaduh nak bangun pegi basuh tangan.. Tunduk je sikit, haa basuhlah tangan kat sungai tu. Jangan risau, air sungai ni mengalir tak bertakung.

Kalau korang nak terus berwuduk kat situ sebelum ke surau yang disediakan untuk bersolat pun tak ada masalah. Tapi kalau yang perempuan tu, janganlah buat aksi pulak kat situ. Kurang manis jadinya. Berwuduklah kat tempat yang lebih tertutup ya.

Harga dan Menu Buffet Ramadhan Yang Menggiurkan

Untuk korang yang bercadang nak datang berbuka puasa dan menikmati Buffet Ramadhan BBQ Lamb KL Kemensah ni, kak Ti sarankan korang buat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan. Lagi satu bila dah tempah awal ni, takdelah korang kena menunggu lama kat situ.

Untuk memudahkan proses menempah korang, meh tengok apa yang ditawarkan kat Buffet Ramadhan BBQ Lamb KL Kemensah ni..

 

Informasi Lanjut dan Waktu Operasi

Waktu Operasai Bulan Ramadhan:

Tarikh: 6/5/2019 – 2/6/2019

Berbuka dalam sungai: 6.00pm – 10.00pm

Untuk Non Muslim, River dining sepanjang Ramadhan: 4.00pm – 6.00pm

Tempahan dan Pertanyaan lanjut: Whatsapp: +60122114100

Landmark: Kampung Kemensah, Belakang Zoo Negara

Waze: bbq Lamb KL Kemensah

Facebook: BBQ LAMB KL KEMENSAH

Instagram: @bbqlambklkemensah

Facebook Comments Box

1 thought on “Buffet Ramadhan BBQ Lamb KL Kemensah Janjikan kelainan

Leave a Reply

Your email address will not be published.