Buffet Ramadhan 2018 Geno Hotel Bawa Tema Semarak Ramadhan
BUFFET RAMADHAN 2018 GENO HOTEL MENGETENGAHKAN TEMA SEMARAK RAMADHAN
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Semakin hari semakin terasa nuansa Ramadhan. Apatah lagi bila saban hari ada je hotel-hotel yang dah pun mula mempromosikan buffet ramadhan 2018 di hotel-hotel mereka. Baru -baru ni kak Ti berkesempatan memenuhi jemputan untuk Media Preview Buffet Ramadhan 2018 Geno Hotel yang terletak kat Subang Mas, Subang Jaya. Terima kasih Huda sebab recommendkan nama kak Ti.
Kak Ti nak bagitau ni.. Rugi tau kalau korang tak masukkan Geno Hotel ni dalam senarai tempat untuk sesi Iftar masa Ramadhan nanti. Nak tau kenapa? Meh baca kat bawah ni… Yang pasti kak Ti memang terlupa pasal diet kak Ti masa kat sini.. Tapi takpe sejak kak Ti join program Jom Kurus Satu Malaysia bawah bimbingan Kapten Black, kak Ti dah pandailah jugak nak burn balik kalori-kalori yang masuk ni.. Hmmmm…
Geno Hotel? Jujur kak Ti katakan, masa dapat invitation tu lah first time kak Ti dengar pasal nama Geno Hotel ni. Dan jujur jugak kak Ti katakan, kak Ti memang rasa skeptical tentang hotel ni. Punyalah tak yakin sampai kak Ti Google tau nama hotel ni sebab nak tengok macam mana agaknya rupa hotel ni. Hahaha.. Ehh.. kalau korang pun nak tau macam mana rupa Geno Hotel ni.. Google tau.. Hahaha
Masa kak Ti dapat invitation untuk Medai Preview Buffet Ramadahan 2018 Geno Hotel tu tak taupun yang ada rakan-rakan KBBA9 lain selain dari Cik Min yang akan datang jugak untuk sesi preview ni. Bila sampai je kat Taste Cafe, tempat kat mana sesi preview tu diadakan, terperanjat kak Ti tengok ramai rupanya rakan-rakan KBBA9 lain yang datang. Apa lagi meriahlah jadinya. Dah macam sesi Iftar betul-betul pulak. Ada Si Mama Kembar Tiga, Lynda Che Lah, Kak Azni empunya blog Modernmumthingy, Saidila, Bella dan Yulia.
Semarak Ramadhan Tema Pilihan Buffet Ramadhan 2018 Geno Hotel
Tema Semarak Ramadhan menjadi pilihan pihak Geno Hotel untuk buffet ramadhan 2018 ini dan hidangan juadah tradisional seperti masakan Melayu menjadi pilihan mereka untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang ke hotel ini pada bulan Ramadhan nanti. Mengikut pihak Geno Hotel, untuk Buffe Ramadhan 2018 Geno Hotel ni terdapat lebih kurang 80 hidangan istimewa yang akan dihidangkan nanti dan pastinya kesemua hidangan tersebut sangat meyelerakan.
Selain dari tarikan utama, kambing golek ‘Whole Roasted Lamb’ yang dihidangkan dengan dua jenis sos iaitu sos black paper dan sos rosemary semasa buffet ramadhan 2018 Gen Hotel ini, antara hidangan lain yang pastinya akan membangkitkan selera dan mesti korang cuba adalah telur itik masak lemak cili padi, ekor masak asam pedas, ayam masak kurma, kari ikan, kari kambing, ikan keli goreng berberlada, aneka ikan bakar, sup ekor yang boleh dinikmati bersama nasi atu roti, nasi beriyani, nasi putih yang bukan biasa-biasa dan macam-macam lagi.
Dah makan lauk pauk kampung, mestilah tak lengkap kalau takde ulam-ulaman dan sambal-sambalnya kan. Untuk pengetahuan korang, kat sini ada pelbagai jenis ulam-ulaman kampung dan bandar (salad) beserta dengan sambal dan ‘gravynya’ disediakan untuk para tetamu mereka. Lagi satu, Kalau pegi buffet ramadhan, tak lengkap rasanya kalau takde sate kan.. Korang jangan risau, kat buffet Ramadhan 2018 Geno Hotel ni pun ada sate dan sate dan kuah sate dia memang sedap sangat.
Pelbagai Pilihan Pencuci Mulut Di Buffet Ramadhan 2018 Geno Hotel
Untuk penggemar yang manis-manis macam kak Ti ni.. korang mesti akan enjoy habis kat Geno Hotel ni. Ada pelbagai pilihan kuih muih, kek dan pudding yang boleh korang nikmati dengan penuh rasa gembira. Cantik dipandang, sedap di tekak.. Gitulah perumpamaanya.. Tapi, dalam banyak-banyak kuih yang dihidangkan tu, korang wajib cuba ‘bread butter pudding’ dan ‘apple crumble’ yang disediakan bersama ‘vanilla sauce’ yang sangat ‘yummy’!.. . Semua rasa saling melengkapi, rasa manis, lemak, lembut.. Aduhaii!! Sampai hari ni kak Ti teringat-ingat kesedapan dia tau.
Surau dan Parking Yang Luas Dan Selesa
Salah satu yang menjadi concern utama kak Ti dan Tn SOSAB bila berbuka kat luar ni adalah tempat untuk solat. Kak Ti yakin bukan kami je yang macam tu. Ruang solat yang bersih, luas dan selesa pasti menjadi satu point penting bagi sesebuah tempat. Mujurlah di Geno Hotel ni, untuk kemudahan para tetamunya, pihak Geno Hotel menyediakan ruang solat yang luas dan selesa. Kelengkapan untuk solat seperti telekung dan sejadah turut disediakan. Tapi biasalah kan, bulan Ramadhan nanti mesti ramai orang. Jadi lebih baik dan lebih selesa kalau korang bawak sendiri telekung.
Satu lagi perkara yang biasanya mendatangkan masalah kepada para tetamu adalah ruang parking. Kalau kak Ti lah kan, tempat best tapi ruang parking susah, memang kami PANGKAH tempat tu. Tak mo pegi. Unless masa hari kejadian tu kami naik motor. Itu lain cerita lah kan. Haaa..Ni kak Ti nak bagitau kat korang.. Masalah parking yang kak Ti sebutkan tadi tu InsyaAllah tak akan berlaku kat Geno Hotel ni sebab mereka ada ruang parking yang besar dan selesa untuk para tetamu yang datang ke Hotel ini.
Harga Buffet Ramadhan 2018 Geno Hotel
Tarikh: 17 Mei 2018 – 12 Jun 2018
Dewasa: RM110 bersih (seorang)
Kanak-Kanak (5-10 tahun): RM55 bersih (seorang)
*Kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah: Percuma
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM71.50 bersih (seorang)
Tawaran Pembelian Awal ‘Early Bird’ (15 Mac – 30 April 2018)
Dewasa: RM88 bersih (seorang)
Kanak-Kanak: RM44 bersih (seorang)
Warga Emas: RM57.20 bersih (seorang)
Lokasi Geno Hotel Shah Alam
Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47600 Subang Jaya, Selangor
Untuk Tempahan dan Pertanyaan: +603 5033 6666
Fax: +603 5033 6677
Website: www.genohotel.com
Facebook: mygenohotel
Instagram: mygenohotel
Dessert kat Geno Hotel mmg best, Apple Crumble tu serius sedap!
Air tu nampak menyelerakan 🙂
Wahhh ada masakan kampung tu, memang menyelerakan!
Kejam nya gambar! Terus lapar ni …
Thanks Tati .. Ok Save bookmark! Nanti kita pi sesama eh…
Jomm! Kak Nina..Mesti tan nyesal punyalah…