Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites 2019 – Selera Kampungku Pikat Tetamu

BUFFET RAMADAN TAMU HOTEL & SUITES – BERBUKA PUASA DITEMANI PEMANDANGAN INDAH KUALA LUMPUR

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Wow! Itulah ‘first impression kak Ti sebaik melangkah masuk ke dalam Restoran Suasana @ 27 TAMU Hotel & Suites di Kampung Baru. Mata kak Ti terus tertumpu pada pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang dapat dinikamti dari tingkat 27 tersebut.

Asik menikmati pemandangan, lupa sekejap yang tujuan kak Ti datang tu sebab memenuhi jemputan untuk Preview Buffet Ramadhan TAMU Hotel & suites di Restoran Suasana @27 tu. Hamboiii.. Melampau sungguh kan.. Sebelum jenguk  apa yang dihidangkan untuk tetamu yang bakal berkunjung ke TAMU hotel & suites untuk berbuka puasa nanti, sempatlah kak Ti melayan seposing dua.. Rugi tak ambik kesempatan sementara lighting masih baik. Hehehehe.

Selera Kampungku di Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites

Tahun 2019 merupakan tahun kedua Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites dan untuk tahun ni tema “Selera Kampungku” jadi pilihan. Menurut Executive Sous Chef TAMU Hotel & Suites, Chef Jemangin Said,

“Jangan lepaskan peluang untuk mencuba setiap hidangan yang kami sediakan kerana setiap kami menyediakan hidangan tradisional yang sebenar”

Menurut Chef Jemangin lagi, Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites kali ini mengajak para tetamu yang berkunjung untuk menikmati kembali hidangan-hidangan yang biasa dinikmati di kampung seperti Kambing Panggang, Patin Asam Tempoyak, Bubur Lambuk, Ayam Sambal Petai, Ikan Bakar dan Cencaru Sambal.

Kalau dah namanya hidangan ala kampung mestilah kena ada ulam-ulaman dan sambal barulah lengkap kan. Untuk tu korang jangan risau. Kat Buffet Ramadan TAMU hotel & Suites ni korang boleh nikmati pelbagai pilihan ulam-ulaman yang lengkap dengan pelbagai pilihan sambal.

Bukan sekadar ulam-ulaman je, korang juga boleh nikmati pelbagai pilihan kerabu seperti Kerabu Taugeh, Kerabu Nenas dan lain-lain. Nak makan rojak buah pun ada tau. Adoii!! Memang menggiurkan sungguh tengok pilihan yang ada kat Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites ni.

11 Warung Untuk Hidangan Khas

Sebanyak 11 warun-warung akan diletakkan disekitar restoran dan antara sajian yang dapat korang nikmati adalah seperti Sate Daging dan Sate Ayam, Mee Goreng Mamak dan Kue Teow Goreng, Mi Kari Nyonya, Kari Makanan Laut dengan Bendi, Laksa Penang, Ikan Bakar Portugis, Pajeri Terung, Yong Tau Fu, Nasi Beryani dan juga Daging Salai Gulai Lemak.

Daging Salai Gulai Lemak tu antara yang wajib dicuba bila berbuka kat Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites ni. Sebab apa tau?? Sebabnya.. Daging Salai Gulai Lemak tu merupakan antara hidangan pilihan para tetamu yang datang ke TAMU hotel ni dan hidangan ni memang sentiasa ada setiap hari selain bulan Ramadan.

Selera Tempatan dan Antarabangsa

Berbuka puasa kat Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites ni memang boleh buat rambang mata. Manakan tidak, selain dari yang kak Ti dah sebutkan kat atas tu, sebenarnya ada banyak lagi menu-menu lain yang disediakan kat sini. Antaranya adalah Sup Gear Box dan Sup Cendawan yang boleh dinikmati dengan pelbagi pilihan roti.

Antara menu-menu lain yang turut dihidangkan kat sini adalah seperti Yong Tau Fu, Kebab, Buttered Green Garden, Lyonnaise Potatoes, Lasagna Al Forno, Ayam Peri-Peri, Udang serta Kupang yang segar-segar dan tak lupa hidangan goreng-gorengan yang lengkap dengan sos pencicahnya.

Hidangan Pencuci Mulut Yang Wow!

Masa kak Ti datang ke preview Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites ni kan.. Mula-mula tu kak Ti tertanya-tanya jugak.. Setiap yang kak Ti rasa semuanya sedap-sedap.. Tapi kenapa tak ada hidangan pencuci mulut? Musykil sungguh kak Ti masa tu.

Sekali tu rupanya kak Ti ‘termiss’ satu lagi ruangan yang memang disediakan khas untuk hidangan pencuci mulut. Bila kak Ti masuk je ruangan tu, kak Ti memang teruja sangat.. Rasa mcam nak melompat-lompat pun ada. Ialah.. Macam yang kak Ti selalu sebut dalam entry-entry kak Ti sebelum ni, Kak Ti ni memang penggemar ‘dessert’.

Jadi bila nampak cara susun atur buah-buahan dan hidangan pencucui mulut lain kat situ, kak Ti memang teruja sangat. ‘Seriously’ Kak Ti tak pernah lagi jumpa kat tempat lain yang macam tu. Oklah.. Kak Ti tak nak cerita banyak-banyak apa yang ada kat situ.. Biar gambar pulak yang berbicara.. Cheewaahh!

Harga Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites 2019

Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites ni wajib jadi salah satu lokasi ber Iftar korang untuk tahun 2019 ni. Bermula dari 6 May hingga 4 June 2019, harga yang ditawarkan untuk dewasa adalah RM99.00 dan untuk kanak-kanak pula korang hanya bayar separuh dari harga dewasa iaitu RM49.50.

Harga ‘early bird’ turut ditawarkan pada harga RM77 sahaja untuk korang yang membuat tempahan dari sekarang sehingga 2 May 2019. Kalau korang tempah selepas 2 May, tak dapatlah harga tu ya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok kat bawah ni:

Alamat:

TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur 
120 Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300, Kuala Lumpur
 +603 2603 1999
 +603 2603 1777
 info@tamuhotel.com

Website: 

http://www.tamuhotel.com/

Facebook:

https://web.facebook.com/TamuHotelandSuites/

Instagram:

https://www.instagram.com/tamuhotelandsuites/

 

Kalau nak tengok buffet Ramadan lain yang Kak ti dah cuba sebelum ni, korang baca kat bawah ni ya:

Best Western Hotel Shah Alam , Hotel Royal Kuala Lumpur, Grand Blue Wave Shah Alam

 

 

Facebook Comments Box

1 thought on “Buffet Ramadan TAMU Hotel & Suites 2019 – Selera Kampungku Pikat Tetamu

Leave a Reply

Your email address will not be published.