Bufet Ramadhan Swiss Garden Hotel 2018 – Nikmat Selera Warisan Di Tengah Kota

BUFET RAMADHAN SWISS GARDEN HOTEL 2018 KEMBALI SAJIKAN HIDANGAN TRADISIONAL

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Apalah nak jadi dengan kak Ti ni.. Asik makan sana, makan sini.. Hmmm.. Well! Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari ye dak.. Alhamdulillah Allah bagi rezeki nikmati hidangan lazat-lazat dan menyelerakan. Lebih kurang 2 minggu lepas, Kak Ti dapat jemputan untuk ke preview Bufet Ramadhan Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur 2018. 

Kalau nak diikutkan, ini kali kedua kak Ti datang ke Swiss Garden Hotel & Residence Kuala Lumpur ni. Kali pertama kak Ti datang masa kak Ti adan Tn SOSAB terima jemputan untuk terima voucher penginapan 3 hari dua malam Swiss Garden Hotel Kuantan atau Lumut. Memang teruja sangat masa datang nak ambik voucher tu sebab kak Ti dah pernah stay kat Swiss Garden Kuantan dan juga Lumut.

 Kak Ti sekeluarga memang enjoy sangat sepanjang kami stay kat dua-dua hotel Swiss Garden tu terutamanya masa stay kat Swiss Garden Kuantan. Ingatkan dapatlah repeat stay kat Swiss Garden Kuantan Lagi. Malangnya masa tak mengizinkan. Nampaknya kami terpaksa merelakan voucher yangkami terima tu tak digunakan.. Huhuhu..

Kalau nak diikutkan, kak Ti dah tak nak dah accept apa-apa invitation untuk Ramadhan preview atas beberapa sebab-sebab pribadi. Tapi kalau dah dasar pencinta makanan, mana mungkin dapat menolak bila dijemput makan.. Kalau korang nak tau memang berbaloi datang ke Bufet Ramadhan Swiss Garden Hotel 2018 ni.

SELERA WARISAN SAJIAN PILIHAN

Untuk korang yang tengah tercari-cari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan, korang bolehlah masukkan Bufet Ramadhan Swiss Garden Hotel ni dalam senarai korang. Diketuai oleh Chef Othman Bakar, yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kulinari, korang pasti seronok tengok apa yang disediakan untuk korang kat Flavors Restaurant Swiss Garden ni.

Dengan Tema Selera Warisan, lebih 150 hidangan yang disediakan secara ‘fresh untuk korang nikmati bila berbuka puasa kat Flavors Restaurant ni. Dari pelbagai pilihan salad ke kerabu, hidangan panas, kuih muih yang pasti akan buat korang terliur sampailah ke pelbagai jenis pilihan air. Tambah best lagi sebab korang boleh nikmati buka puasa korang sambil layan alunan ghazal yang dipersembahan secara live.

Aneka Pembuka selera

KAMBING GOLEK WAJIB CUBA

Kak Ti kan ada satu habit tau bila pergi makan kat hotel especially bila makan bufet Ramadhan. Bende pertama yang akan kak Ti cari mesti kambing golek. Masa datang ke Preview Bufet Ramadhan Swiss Garden Hotel ni pun, itu jugaklah yang kak Ti cari dulu. Tambahan pulak bila dengar dari Abe Yee Min yang kambing golek kat sini is one of the best yang dia pernah rasa. Lagilah kak Ti teruja nak rasa.

Kena pulak meja kitorang duduk tu memang dekat sangat dengan gerai kambing golek.. Apa lagi.. Pucuk dicita ulam mendatang lah kan.. Dan memang benarlah bagai dikata.. Kambing golek kat Bufet Ramadhan Swiss Garden Hotel ni memang sedap sangat korang. Kalau korang datang berbuka puasa kat sini, korang kena rasa kambing golek tu.

PELBAGAI PILIHAN MENU

Pilihan menu kat Bufet Ramadhan Swiss Garden Hotel ni memang pelbagai. Selain dari Kambing Golek, hidangan bernuansa Arab yang dhihidangkan bersama ayam, udang atau kambing pastinya akan berikan satu pengalaman baru untuk korang yang sukakan kelainan dalam sajian buka puasa korang.

Nasi Arab, Sate Ayam, Sate Kambing & Kuah Kacang

Sajian Tradisional

Dah nama pun Selera Warisan mestilah sajian-sajian tradisionl akan dihidangkan kat sini bufet Ramadhan Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur ni. Antra yang wajib korang cuba bila berbuka kat sini, Rendang Tok, Kerabu Udang, Siput Sedut Tumis Berlada, Masak Lemak Pucuk paku, Asam Laksa dan juga bubur lambuk.

Masak Lemak Pucuk Paku, Masak Lemak Pucuk Manis Ubi Keledek, Ikan Masak Berlada Hijau & Siput Sedut Tumin Berlada
Udang Sambal Goreng Petai, Kambing Marsala, Rendang Tok & Ayam Masak Merah

Cerita pasal bubur lambuk ni kan, kat sini korang ada dapat menikmati dua jenis bubur lambuk yang tak disediakan kat tempat lain iaitu bubur lambuk arnab dan juga bubur lambuk rusa. Haaaa.. Betul kan kak Ti cakap.. Special tau bubur ambuk kat sini. Jadi, kalau korang tak cuba bubur lambuk, memang rugi sangat.

Bubur Lambuk Rusa & Bubur Lambuk Arnab

Gerai-Gerai ‘Action Stall’

Selain dari kambing golek, satu lagi yang selalu buat kak Ti teruja bila berbuka puasa kat hotel adalah gerai-gerai yang prepare sajian secara live. Macam meyelerakan gila tengok diorang prepare sajian macam tu. Kalau kat Bufet Ramadhan Swiss Garden Hotel ni, antara yang akan disediakan secara fresh dan live untuk korang adalah ikan bakar, satay, cucur udang, pelbagai jenis mee, kuay teow, sup dan juga laksa.

Aneka Sup

Pemanis Mulut

Sebagai penutup kepada sajian sedap-sedap yang korang dah nikmati, korang bolehla layan kuih muih pulak. Korang boleh pilih samaada nak makan kuih muih tradisional macam Pengat, Kuih-muih Nyonya, Cendol Pulut tapai, Pelbagai jenis Jelly, Puding, Buah Kurma, Kek dan macam-macam lagi. Kalau macam kak Ti yang “hantu” dessert ni, memang boleh dikata kak TI akan rasa semua.. Hahahaha

HARGA BUFET RAMADHAN SWISS GARDEN HOTEL

Sebagai menghormati kedatangan bulan Ramadhan, pihak Swiss Garden menawarkan beberapa pilihan bagi menggalakkan pengunjung menikmati Bufet Ramadhan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

Promosi ‘Early Bird’

RM 82.00 (Dewasa dari RM118.00)

Promosi Ramadhan Stay & Dine

Hotel juga menawarkan pakej Ramadhan Stay & Dine dengan harga dari RM250 hingga RM320 yang merangkumi HARGA BILIK , BUKA PUASA dan juga SAHUR. WOW!! Bestnya..  Sesekali lepak hotel best jugak kan.. Apatah lagi bila ada pakej yang sangat menarik macam ni.

KEMUDAHAN PARKING & SURAU

Untuk korang yang datang untuk menikmati bufet ramadhan kat sini, jangan risau, parking ada disediakan kat basement manakala surau pula ada disediakan kat tingkat 3, residence block.

TEMPAHAN DAN PERTANYAAN

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, korang boleh contact yang kat bawah ni:

Tel: 03 2785 1190

Email: foodandbeverages@shrkl.swissgarden.com

Alamat: 117, Jalan Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Facebook Comments Box

1 thought on “Bufet Ramadhan Swiss Garden Hotel 2018 – Nikmat Selera Warisan Di Tengah Kota

Leave a Reply

Your email address will not be published.