Bufet Ramadan PNB Perdana On The Park – Lokasi Ideal Untuk Berbuka Puasa
BUFET RAMADAN PNB PERDANA ON THE PARK BERTEMAKAN NOSTALGIA RAMADAN 2018
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Alhamdulillah Ramadan dah pun separuh kita jalani dan akan memasuki 10 malam terakhir. Semoga Allah beri kita kesempatan untuk dapat melalui Ramadan ini sekali lagi dengan penuh kejayaan yang sebenar.
Bercakap pasal bulan Ramadan kan, ramai dikalangan kita yang gunakan peluang ketika berbuka puasa bersama untuk lebih mengeratkan lagi hubungan dengan insan-insan yang tersayang. Ada yang pilih untuk berbuka puasa bersama kat rumah namun tak kurang juga yang memilih untuk berbuka bersama di luar.
LOKASI IDEAL & BERKONSEPKAN SYARIAN
Untuk korang yang masih tercari cari lokasi berbuka puasa yang ideal, Bufet Ramadan PNB Perdana On The park merupakan salah satu lokasi yang boleh korang pilih. Terletak berhampiran dengan KLCC, pasti amat memudahkan korang untuk berbuka puasa setelah menghabiskan masa berbelanja atau berjalan-jalan kat KLCC dan kawasan sekitar.
Dengan tema Nostalgia Ramadan, Bufet Ramadan PNB Perdana menyajikan pilihan aneka juadah berkonsepkan masakan tradisional Melayu dan antarabangsa yang pastinya akan membuat korang berselera menikmati hidangan berbuka puasa.
Kalau korang nak tau, PNB Perdana On The Park adalah sebuah hotel yang berkonsepkan syariah yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi, korang yang nak datang berbuka puasa kat sini tak perlu lagi merasa was-was dan ragu-ragu dengan semua makanan yang korang makan kat sini.
Makan-makan jugak, kewajipan jangan lupa. Untuk pengetahuan korang jugak, kemudahan untuk menunaikan solat (Surau) disediakan di tingkat 5. Jadi, tak ada alasan untuk tak melaksanakan kewajipan sebagai hambaNya kan. Korang boleh tunaikan solat Maghrib dan terawih kat sini. Pastu kalau korang nak sambung makan, bolehla sambung semula.
BUFET RAMADAN PNB PERDANA DI DUA RESTORAN
Bufet Ramadan PNB Perdana 2018 akan disediakan di dua restoran yang berbeza iaitu di The 39 Restoran yang akan menampilkan menu masakan yang lazat bertemakan dekorasi kontemporari dan di Restoran 10 Binjai yang akan menampilkan dekorasi klasik.
The 39 Restoran
Bagi korang yang memilih untuk menikmati hidangan berbuka puasa di The 39 Restoran, korang dapat berbuka puasa sambil menikmati indahnya panorama Bandaraya Kuala Lumpur sambil ditemani dengan alunan muzik yang pastinya mampu membuat kita terbuai dengan keindahan iramanya.
Antara menu yang menunggu kedatangan korang di sini adalah seperti Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Asam Pedas, Sotong Lemak CIli Padi dan Kacang Panjang Goreng Taugeh.
Seperti kebanyakan hotel-hotel lain, Bufet Ramadan PNB Perdana juga turut menyediakan hidangan Kambing Bakar yang dipadankan dengan sos istimewa. Serius korang kambing bakar kat sini memang sedap yang amat. Berkali-kali kak Ti bertambah tau dan ini turut disetujui oleh rakan-rakan kak Ti yang sama-sama datang masa Preview Bufet Ramadan PNB Perdana On The Park ni.
Selain Kambing Bakar, Ayam Bakar, Udang Bakar serta seleksi pilhan seafood untuk sajian grill turut disediakan di sini. Tak dilupakan juga aneka sajian kerabu, sup gear box, buah-buahan, rojak, dan juga pelbagai pemanis mulut turut disediakan di sini.
Restoran 10 Binjai
Bagi korang yang datang ke Restoran 10 Binjai untuk menikmati Bufet Ramadan PNB Perdana On The Park ni, korang akan disajikan dengan rangkaian masakan yang berkonsepkan ala kampung. Bagi korang yang tak dapat balik kampung untuk berbuka bersama bonda tercinta, pasti korang akan terasa seakan menikmati air tangan bonda tercinta kat sini.
Antara menu yang disediakan untuk korang yang memilih untuk berbuka kat Restoran 10 Binjai ialah Nasi Beriani Kismis, Ayam Masak Beriani, Daging Rendang, Ikan Tengiri Masak Taucu, Kupang Sambal Bawang dan Kobis Masak Lemak. Untuk menu seperti Mee Rebus, Keow Teow, Murtabak dan Roti Jala, korang boleh nikmati sajian ni dari ‘live cooking stall’ yang turut disediakan di Restoran 10 Binjai ni.
HARGA BUFET RAMADAN PNB PERDANA ON THE PARK
The 39 Restoran
Harga Early Bird (Pembelian baucer sebelum 17 Mei 2018) —> RM100.00 (Dewasa)
Harga:
RM123.00 (Dewasa)
RM61.50 (Kanak-kanak 4 hingga 12 tahun)
Restoran 10 Binjai
Harga Early Bird (Pembelian baucer sebelum 17 Mei 2018) —> RM80.00 (Dewasa)
Harga:
RM98.00 (Dewasa)
RM49.00 (Kanak-kanak 4 hingga 12 tahun)
TEMPAHAN DAN MAKLUMAT LANJUT
Untuk korang yang nak buat tempahan atau nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan Bufet Ramadan PNB Perdana On The Park 2018 ni korng boleh hubungi nombor yang kak Ti bagi ni:
The 39 Restaurant: 03 7490 3939
Restoran 10 Binjai : 03 7490 3838
Website: www.pnbperdanaonthepark.com
Facebook: www.facebook.com/pages/PNB-Perdana-Hotel-Suites-On-The-Park-Kuala-Lumpur
terbaek.. sedap2 makanan kat sini 🙂