BUAT SEORANG LELAKI BERNAMA SUAMI – TERIMA KASIH UNTUK 15 TAHUN YANG PENUH KEINDAHAN INI
(Coretan dari anniversary ke 10.. Rasa itu tetap sama malah semakin kuat, maka coretan ini sekali lagi dizahirkan)
.
Khas untukmu suamiku tercinta..Terima kasih untuk 15 tahun yang penuh limpahan kasih sayang darimu….Demi Allah Aku Mencintaimu Kerana Allah… Happy 15th Anniversary sayang…
.
Terima Allah kerana Kau hadirkan dia untukku. Terima kasih mak dan abah kerana telah melahirkan dan mendidik lelaki hebat ini. Terima kasih mak dan bapak kerana kasih sayang dan doa dari kalian Allah anugerahkan dia utk anak mak ni.
.
(Coretan dari anniversary ke 10.. Rasa itu tetap sama malah semakin kuat, maka luahan ini sekali lagi dizahirkan)
DEMI ALLAH AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH
Demi Allah aku mencintaimu kerana Allah
Engkaulah yang paling kucintai
Setelah cintaku pada Allah, rasulku dan kedua orang tuaku
Dalam redhamu ku ingin mencari redha Ilahi
Demi Allah aku mencintaimu kerana Allah
Kuingin melayari bahtera ini bersamamu lebih lama lagi
Jadilah kau nakhoda yang bijaksana
Agar pelayaran ini tetap di atas landasanNya
Demi Allah aku mencintaimu kerana Allah
Aku tau kau bukanlah lelaki yang sempurna
Dan memang bukan kesempurnaan yang kucari
Cukuplah sekadar saling memmberi dan saling melengkapi
Demi Allah aku mencintaimu kerana Allah
Pimpinlah tanganku, ku ingin langkah kita seiringan
Bersama dalam mecari keradhaanNya
Bersama menghindari segala larangannya
Demi Allah aku mencintaimu kerana Allah
Akulah wanita itu yang ditakdirkan Allah mendampingimu
Menjadi ibu kepada buah cinta kita
Jika kau gembira itulah yang paling menggembirakanku
Namun jika kau duka, maka akulah yg lebih merasa sakitnya
Demi Allah aku mencintaimu kerana Allah
Jangan pernah kau ragukan cintaku padamu
Kerana cintaku takkan pernah berubah
Walau apa pun dugaan yang melanda
Kecuali Dia menghendaki sebaliknya
Demi Allah aku mencintaimu kerana Allah
Selagi jantungku masih berdegup
Selagi nadiku masih berdenyut
Kaulah lelaki itu yang akan selalu kucintai
setelah cintaku pada Allah, Rasulku dan kedua orang tuaku.
Tamar010206, 2002-2017 Fifteen years and counting InsyaAllah..
010602 Tarikh keramat saat dikau menjadi kekasiy halalku |
4 SAZSO, Buah cinta kita |
Selamat hari ulangtahun