Bio Essence Tanaka White Product Review
IAssalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Perempuan dan kecantikan memang teramat sukar nak dipisahkan. Betul kan.. Jangan kata orang lain kak Ti sendiri pun amat mementingkan kecantikan.. Ehhh.. Tapi jangan silap.. Kecantikan tu berbeza maknanya badi setiap orang tau.. Bak kata ‘orang putih’ “Beauty is in the aye of the beholder”.. Haaa.. Gitu.. Paham ke idak.. Maknanya macm yang kak Ti cakap tadi tu lah.. Setiap orang berbeza caranya dalam mentafsirkan erti kecantikan.
Bagi kak Ti sendiri, kecantikan bermakna kulit yang sehat tanpa jerawat dan tak kusam. Tak perlu make up tebal-tebal pun dah nampak cantik. Aduh! Memang jeles bila tengok perempuan yang ada kulit macam ni. Rasanya ini juga impian setiap insan bergelar perempuan termasuklah kak Ti. Tapi apa kan daya.. Faktor usia dan faktor aktif dengan aktiviti outdoor membuatkan kulit muka kak Ti nampak agak kusam dan timbul tanda-tanda hitam yang agak menganggu mata kak Ti sendiri. Tapi kak Ti sebenarnya bukan nak menulis pasal kecantikan tau.. Kak ti nak share pasal satu produk skincare yang baru kak Ti cuba ni..
Kalau nak diikutkan, kak Ti ni jenis yang susah bertukar produk penjagaan muka. Senang ceritanya jenis yang setia pada sesuatu produk yang sigunakan. Produk penjagaan muka yang kak Ti pakai sebelum ni pun dah bertahun kak Ti gunakan. Tapi disebabkan masalah-masalah yang kak Ti sebutkan kat atas tu, kak Ti mula terfikir untuk bertukar produk penjagaan muka. Berbulan-bulan jugaklah dok survey produk-produk yang ada kat pasaran dan ada beberapa yang masuk dalam senarai short list produk yang kak Ti nak cuba.
Cerita pasal bertukar atau mencuba produk baru ni kan sebenarnya ada cara tau. Tapi sayangnya kak Ti dah beli produk yang Kak Ti pakai sekarang ni barulah kak Ti jumpa sharing pasal tips-tips mencuba produk baru. Lepas dok timbang atas bawah depan belakang, akhirnya kak Ti decide nak cuba produk Bio Essence Tanaka White. Sebab baru proses nak try and adjust, kak Ti beli yang set trial set je dulu. Ialah, kang bantai beli satu set yang saiz biasa pastu tiba-tiba tak sesuai dengan kulit, menangis mak nak ooi.. Harga yang saiz biasa tu pun boleh tahan jugak.
Yang best pasal set trial ni, boleh dikata produk yang ada lengkap. Apa yang ada dalam set trial tu adalah pencuci muka, toner, serum, day cream dan night cream. Semuanya didatangkan dalam saiz yang comel-comel dan diletakkan dalam beg pink yang comel. Masuk hari ni, hampir seminggu dah kak Ti gunakan produk ni dah so far boleh dikatakan kak Ti berpuashati dengan result yang kak Ti dapat. Kalaupun ada yang kurang memuaskan hati kak Ti adalah day cream dan night creamnya yang buatkan kulit muka kak Ti yang memang jenis berminyak ni tambah berminyak. Tapi buat masa ni tak jadi isu besar sangat untuk kak Ti so kak Ti continue jugak pakai.
Kesimpulannya, kemungkinan untuk kak Ti beli produk dalam saiz sebenar bagi produk Bio Essence Tanaka White adalah sangat besar. Apa-apa pun kak Ti akan pakai dulu trial set ni sampai habis dan dari situ barulah kak Ti akan buat keputusan final. Kalau korang nak tau apa keputusan finalnya, tunggu update kak Ti seminggu atau dua minggu lagi ya..
bio essence bagus. dptkan rose essence skrg ni. kulit moist woo
memang best kulit bila pakai bio essence ni. Nampak perubahan pada kulit.Kulit pon dah tak berminyak
Sy pakai yg gold full set.. Da 7 bulan pakai, sgt beza.. Lembut anjal da x kusam,sgt jimat..pencuci muka je dlm 7 bulan baru beli 3 kali,set lain belom abis lagi..sgt jmat.. Perubahan makin nmpak glowing.. Next nk tukar tanaka plak bg putih..
Kak Ti pun memang puas hati dengan produk Bio Essence ni. Hari tu tukar sekejap, tapi akhirnya bertukar pakai Tanak White ni balik….Lepas ni boleh try yang Gold pulak.. Tq singgah
Kalau kulit berminyk dan berjerawt sesuai pakai set yg mn…
Alamak sis.. Maaf sangat2.. Tak pasti pulak set yang mana.. Tapi kak Ti ada tengok cousin kak Ti yang ada masalah jerawat n kulit berminyak pakai yang Gold.
klau kulit jeragat kusam tona x sekata sesuai x
InsyaAllah sesuai sis..