Berdiet Cara Sehat Dengan Surya S Great Grain
SURYA S GREAT GRAIN SESUAI UNTUK MEREKA YANG NAK BERDIET CARA SEHAT
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
“Raya kan sebulan”.. Mesti korang biasa dengar ayat tu kan. Bukan setakat biasa dengar.. Mesti korang pun biasa cakap macam tu sepanjang Syawal ni kan..
Habis je cuti raya kat kampung, maka bermulalah sesi menghadiri jemputan rumah terbuka dari keluarga dan rakan-rakan. Bukan setakat tu je.. Siap ada pulak sesi open office.
Dah namanya open house atau open office.. Takkan nak pandang je makanan yang sedap-sedap tu kan.. Pastu mulalah risau sendiri. Elok-elok masa bulan puasa tu dah berjaya turunkan berat badan, masuk je musim raya.. Semuanya hancuss..
Tapi kan.. Macam yang kak Ti cerita dalam entry “Surya S Great Grain bukan sekadar minuman biasa“, kak Ti bolehlah senyum lega sikit sebab dah jumpa cara untuk bantu kak Ti berdiet dengan cara sehat dan tak perlu berlapar.
KEPENTINGAN SERAT DALAM DIET
Tau tak kenapa Surya S Great Grain ni sesuai untuk kita-kita yang nak berdiet cara sehat? Macam yang kak Ti bagitau dalam entry sebelum ni, Surya S Great Grain ni bahan-bahan yang terdapat didalamnya ni terdiri daripada 18 jenis bijirin dan 5 jenis makanan sunnah.
Bijirin-bijirin dan juga makanan sunnah yang terkandung dalam produk ni iaitu Beras Merah, Beras Perang, Beras Pulut, Jagung, Kacang Soya, Gandum, Sekoi, Kacang Merah, Kacang Hijau, Benih Coix, Bijj Bunga Teratai, Biji Rami, Bijian Hitam, Kacang Walnut, Kernel Aprikot Kacang dan Benih Chia, Ekstrak Buah Zaitun, Buah Delima, Buah Tin Habbatus Sauda dan juga Madu.
Untuk kita-kita yang nak diet cara sehat ni, pengambilan serat yang tinggi ni penting kerana ia dapat membantu kita mengurangkan rasa lapar. Jadi, tak adalah bila makan tu macam orang kebulur. So, secara tak langsung dengan produk yang mengandungi serat tinggi, kita dapat mengawal pemakanan kita.
Selain dari sayur-sayuran dan buah buahan seperti kentang, bayam, apel, mangga dan lain-lain…. Bijirin juga merupakan kelompok makanan yang mengandungi serat tinggi dan kalau tengok bahan-bahan yang digunakan dalam produk Surya S Great Grain ni, dah taulah kenapa ia sesuai untuk kita-kita yang nak berdiet cara sehat ni kan.
Kalau korang jenis yang boleh disiplin ambil makanan tinggi serat tu, tahniah kak Ti ucapkan. Tapi kalau korang jenis yang macam kak Ti yang tak berapa mampu nak mendisiplinkan diri, marilah kita ber huhuhu sama-sama.
KENAPA SURYA S GREAT GRAIN DAPAT MEMBANTU BERDIET CARA SEHAT
Tapi huhuhu tu sebelum kak Ti diperkenalkan dengan produk Surya S Great Grain. Lepas dah berkenalan dengan Surya S Great Grain ni, kak Ti dah tak risau nak berdiet cara sehat. Kalau sebelum ni kak Ti bermasalah nak cari sarapan yang sehat, sekarang kak Ti just minum Surya S Great Grain dan InsyaAllah boleh kenyang untuk satu tempoh yang lama.
Satu lagi yang best bila berdiet cara sehat dengan Surya S Great Grain ni adalah sebab ia juga mengandungi protein dan vitamin selain dari serat yang kak Ti sebutkan sebelum ni. Walaupun produk ni bukanlah termasuk dalam kategori suplimen, tapi ia dapat bertindak sebagai anti oksidan yang mampu mengimbangi paras glukosa dalam darah kita.
APA RASANYA?
Masa mula-mula bancuh tu kan.. Kak Ti dok bercongak-congak dalam hati.. “Mampu ke aku nak telan minuman ni?”.. Dengan warnanya yang pink (kak Ti memang tak berapa gemar dengan warna pink ni), pastu dengan bau bijirinnya yang agak kuat, wajarlah kak Ti rasa serba salah nak minum kan.
Tapi.. bila kak Ti dah rasa.. “Ehhh.. Sedaplah pulak”. Kak Ti bancuh panas-panas pastu minum masa sarapan. Nak bancuh produk ni pun senang je sebab memang dah didatangkan dalam paket-paket kecik yang tinggal tuang dan bancuh. Mudah kalau nak bawak masa travel. Tak perlu tambah apa-apa. Rasa manis dia just nice je kat tekak kak Ti ni.
Oh ya! Ikut kata kawan-kawan kak Ti, kalau bancuh pastu letak ais pun sedap. Tapi apa-apa pun kena bancuh dengan air panas dulu untuk elakkan berketul-ketul bila bancuh. Ada juga kawan-kawan kak Ti yang kata kalau bancuh campur milo pun sedap juga.. Lepas ni bolehla kak Ti cuba cara kawan-kawan kak ti ni menikmati Surya S Great Grain ni.
MENCARI YANG HALAL ITU FARDU BAGI SETIAP MUSLIM
Sebagai pengguna Muslim, kita wajib hanya mengambil produk yang HALAL. Itu tak ada kompromi ya. Untuk produk Surya S Great Grain ni, korang tak perlu risau. Sebabnya produk ni telah pun mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Jadi bolehla minum tanpa rasa was-was.
Nak dapatkan Surya S Great Grain, korang bolehlah ke butik-butik Himalaya, semua cawangan Watsons dan farmasi tempatan terpilih. Nak lagi mudah, beli je secara online kat Shopee pastu tunggu je abam posmen hantarkan ke rumah.
Kalau korang nak tau info lanjut berkenaan produk ni, korang boleh layari laman-laman sosial pengeluar produk ni iaitu Surya Malaysia di:
Facebook:facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram:instagram.com/surya.malaysia/