Bercuti ke Langkawi 2018 Day 1 – 3 Hari 2 Malam di Langkawi

BERCUTI KE LANGKAWI BERSAMA KELUARGA –  DAY 1 SHOPPING DAN LEPAK HOTEL JE

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Berjalan dan shoping.. Itu adalah antara dua hobi yang kak Ti minat. Tapi bukan kak Ti je yang minat dua hobi ni kan.. Korang pun mesti ada yang sama hobi ngan kak Ti.. Ehhh! Jap.. Kalau berjalan atau travel tu kak Ti tau memanglah masuk dalam kategori hobi. Tapi belanja tu pun masuk kategori hobi ke ek.. hahahaha.. Hobi jugak lah rasanya kan.. kan.. kan..

Sebenarnya kak Ti nak share ngan korang semua cerita percutian kak Ti sekeluarga ke salah satu destinasi terkenal kat negara kita ni yang juga terkenal dengan dua hobi yang kak Ti bagitau tadi tu. Korang boleh agak tak kat mana destinasi percutian kak Ti sekeluarga ni. Haaaaa.. Pandai.. Betulla tu.. Langkawi.. Baru -baru ni kami sekeluarga bercuti ke Langkawi selama 3 hari 2 malam dan bagi kak Ti, Langkawi memang tak pernah membosankan. Kalau korang bosan tak taulah pulak kak Ti kan..

Kalau nak ikutkan, ini kali ke 3 kak Ti menjejakkan kaki ke Langkawi dan keputusan untuk bercuti ke Langkawi kali ni disebabkan bujang kak Ti Si SAZSO no 1 belum pernah lagi ke Langkawi lagi. Kesian la pulak sebab adik-adik dia semua dah sampai. Kebetulan pulak dua orang anak sedara kak Ti yang sama tempat belajar dengan SAZSO no1 dan no 2 pun ada jugak. Maka kami pun hangkutlah dua-dua sekali bercuti ke Langkawi ni sebab lepas dari Langkawi, kami akan terus ke Kelantan untuk hantar diorang balik asrama.

Dari KL kami bergerak ke Perlis malam dan Alhamdulillah kami selamat sampai ke Perlis lebih kurang sejam lebih sebelum masuk waktu subuh. Dapatlah kami berehat sekejap dan tunaikan kewajipan kat masjid yang berdekatan dengan jeti Kuala Perlis. Selesai semua urusan, kami pun duduk-duduk menikmati angin pagi sementara menunggu kaunter tiket buka.

SELAMAT SAMPAI KE LANGKAWI

Selesai semua urusan parking kereta, sewa kereta kat Langkawi (Iya, kami tak book awal-awal..  dah sampai jeti baru kami sewa kereta) dan juga urusan pembelian tiket, maka berlayarlah kami di atas lautan biru menuju ke langkawi menaiki feri ke 2. Alhamdulillah dalam 45 minit perjalanan, kami pun selamat sampai ke Langkawi. Kalau nak ikutkan, untuk sesi bercuti ke Langkawi kali ni, kak Ti memang tak ‘prepare itinerary’ pun.. semuanya main redah je..

keluar saja dari jeti, kereta yang kami sewa dah pun ada. apa lagi tanpa buang masa kak Ti pun ajaklah Tn SOSAB ke destinasi pertama kami. Cer korang teka kat mana destinasi pertama yang kak Ti tuju.. Hahahaha.. HIG la.. Siapa yang biasa ke langkawi mesti tau HIG tu tempat apa. Sebelum sesi menerjah HIG mall, sempatlah kami bersarapan sekejap kat salah satu kedai makan yang ada kat depan HIG mall tu.

Hmmm.. Bila dah dapat masuk ke HIG mall ni, memang boleh lupa diri sekejap. Kak Ti dan Tn SOSAB sama naik kat bahagian barangan kelengkapan dapur, anak-anak pulak bukan main seronok lagi dok memilih coklat. Ialah, masing-masing ada duit raya kan, apa lagi, diorang pulunlah membeli coklat. Si bujang-bujang kak Ti ni siap saling sponsor mensponsor coklat lagi sesama sendiri.

Rambang mata kat HIG ni.. Ini belum bahagian coklat lagi..

Tapi yang paling tak pernah berkira bab membelanja adik beradik ni, bujang kak Ti yang no 2 tu. Dia memang pantang ada duit, laju je offer nak belanja. Alhamdulillah.. Semoga sikap rajin bersedekah ni berterusan dalam diri mereka semua.. Belumpun setegah hari kami kat Langkawi kereta dah penuh dengan macam-macam hasil tangkapan kat HIG.. Ini  belum lagi hasil tangkapan kat Chenang Mall nanti.. Nasiblah anak-anak jenis yang tak suka merungut.. Redha dan pasrah je berhimpit-himpit dengan barang-barang mama diorang.. Hahahaha..

Muka-muka pasrah kena bersesak dalam kereta…

BEREHAT KAT HOTEL JE

Selesai sesi shopping kat HIG, kami pun bergerak menuju ke hotel yang dah di booking awal-awal. Salah satu sebab kenapa kak Ti shopping kat HIG awal-awal sebab konon-kononya sebelum balik nanti tak payahlah datang lagi ke sini memandangkan hotel kami terletak agak jauh dari jeti dan kami pun nak keluar dari Langkawi ni awal. Hmmmm.. Tak singgahlah sangat kan..

Bercuti ke Langkawi kali ni kami berpeluang untuk menginap kat salah satu hotel yang berbintang-bintang kat Langkawi ni. Alhamdulillah kebetulan ada kawan yang offer untuk beli voucher penginapan yang dia dapat masa cabutan bertuah ofis dia dengan harga yang sangat-sangat berbaloi. Kalau nak ikutkan kemampuan sendiri, memang kita tengok dari kejauhan je lah hotel tu ya anak-anak..

Kak Ti dapat beli 2 voucher yang sepatutnya untuk penginapan 3 hari 2 malam.. Tapi memandangkan kami ramai, maka voucher tu kami jadikan dua bilik untuk dua hari 1 malam je.. Besoknya kami berpindah pulak ke hotel biasa.. Alhamdulillah, walaupun hotel biasa-biasa tapi bagi kak Ti memang berbaloi duduk kat hotel ni bila datang ke Langkawi.. Kak Ti sharekan pasal hotel ni kat entry Day 2 ya..

Jadinya, untuk hari pertama ni, kami memang plan nak berehat kat bilik dan petangnya barulah kami akan turun untuk bermandi manda kat kolam renang hotel ni yang memang best. View dari kolam yang menghadap laut di satu sudut dan menghadap gunung di sudut yang lain memang menyeronokkan.

Oh ya! sebelum tu, sempat  jugaklah kami menikmati minum petang kat gerai Hafiz rojak yang terkenal dengan laksa dia yang bagi kak Ti memang terbaik. Bayangkanlah.. Kak Ti yang bukan peminat laksa ni pun boleh jatuh cinta dengan laksa dia. Patutlah laksa Hafiz rojak ni pernah memenangi tempat ke dua laksa terbaik di Langkawi. Sapelah agaknya yang pertama tu kan.. Next time pegi Langkawi boleh la kita selidik dan cari siapakah yang dapat tempat pertama tu (alasan untuk datang ke Lnagkawi lagi lah ni.. hahahaha).. Gerai Hafiz rojak ni betul-betul bersebelahan dengan hotel kami menginap.

Sesekali fefeeling romantik.. hahaha

MAKAN MALAM DAN JALAN-JALAN PANTAI CHENANG

Selesai sesi bermandi-manda, kami balik kebilik untuk berehat sekejap sebelum keluar ke area pantai Chenang untuk makan malam dan jalan-jalan.. salah satu kelebihan bila kita bercuti ke Langkawi ni atau mana-mana saja destinasi percutian terkenal bukan di musim ‘public holiday ‘ atau musim cuti sekolah adalah tempat yang kita pergi tu tak ‘crowded’ dan kita dapat berjalan dengan tenang dan santai.

Tapi memandangkan semua dah agak kepenatan lepas sakan mandi kolam petang tu, kami tak lama pun kat area pantai Chenang tu. Nak cerita apa yang ada kat pantai Chenang tu, rasanya ramai yang dah cerita kan.. Macam biasalah, kalau nak cari souvenir, tempat makan ala-ala hipster cafe atau just nak lepak-lepak menikmati suasana malam yang agak sibuk kat Langkawi ni, kat sinilah tempatnya. Kebanyakan area lain bila malam sunyi sepi je.

Untuk korang yang nak survey-survey pakej untuk island hoping atau apa-apa aktiviti kat Langkawi ni, kat pantai Chenang ni jugaklah lah tempatnya. Tapi kalau korang nak yang best dan dipercayai, kak Ti suggestkan korang cari Honey Zone Travel. Kat sini korang boleh dapatkan macam-macam pakej ‘untuk ‘explore’ Langkawi.. kalau nak diorang ‘arrange’ penginapan, aktiviti dan ‘special request’ pun boleh tau.. Sebarang info atau pertanyaan lanjut korang tengok kat bawah tu ya..

Bersama Izzaty salah sorang staff Honey Zone Travel

Masa kat Chenang ni jugaklah anak-anak nampak Underwater World yang terletak bersebelahan dengan Chenang Mall.. Terus diorang request nak datang sini besoknya. Oklah.. Memandangkan memang niat datang Langkawi ni pun nak ‘entertain’ anak-anak sebelum diorang balik asrama dan ‘start’ belajar balik, jadi besok kita ‘explore’ lah apa yang ada kat Langkawi Underwater World ni ya. Apa yang ada kat sini ek.. Best ke kat sini.. Tunggu kak Ti cerita kat next entry ya..

INFO HONEY ZONE TRAVEL

Fb: https://www.facebook.com/honeyzone/

Instagram: https://www.instagram.com/honeyzone_langkawi

Whatsapp: www.wasap.my/+60125907732/haisayanaktanyapakej

Facebook Comments Box

4 thoughts on “Bercuti ke Langkawi 2018 Day 1 – 3 Hari 2 Malam di Langkawi

  1. Tahun terakhir akak ke Langkawi pada tahun 2004. Sangat cantik pemandangan di sana. Sekarang Langkawi makin cantik dan sangat terkenal kapa pelancong.

Leave a Reply

Your email address will not be published.