BERCANDA DENGAN ALAM – EKSPLORASI AIR TERJUN SUNGAI LEPOH…
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w…
Before you guys started reading this entry, let me remind you that I have problems writing short entry.. So just like the rest of my entries.. this entry will also be a long entry.. So please bear with me ya..
Sebelum bercerita lebih panjang lebar pasal eksplorasi air terjun sungai lepoh ni.. Meh nak introduce dulu pasal Sungai Lepoh ni… Sungai Lepoh atau dikenali jugak oleh masyarakat tempatan dengan panggilah Lopo dan Lepok terletak kat Hulu Langat, lebih kurang 40km dari KL dan perjalanan akan ambil masa hampir sejam bergantung pada keadaan trafik masa pegi tu… Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni.. tak risau dah pasal tak jumpa tempat.. Waze je “Asli Adventure Base Camp” InsyaAllah pasti akan sampai..
Eksplorasi kali ni masih lagi bersama dengan geng hiking gegadis sunti dan mak dara dan of coslah ku heret sekali my dearest partner @ incik suami tercinta. 22 April tarikh yang dipersetujui bersama untuk sesi ekplorasi air terjun Sungai Lepoh ni. Ramai jugak yang join eksplorasi kali ni tapi yang paling best.. dalam ramai ramai tu my dearest partner je lelaki dewasanya.. yang lain semua gegadis sunti, mak dara and anak anak dara & anak anak bujang.. Based on my reading on other blogs pasal air terjun Sungai Lepoh ni, mostly bagitau trek menuju air terjun mudah dan tak mencabar. Bila tengok gambar gambar yang dishare pun nampak macam senang jugak track dia.. So after a bit of discussion, we decided to bring along our 9 years old hero number 3 and our just turned 3 years old hero number 4. We knew how much they enjoyed playing with water thus the reason to take them on this exploration. Selain dari our sons other a few other boys and girls lagi yang di bawak oleh bonda masing masing.. They all did so well.. Tahniah anak anak semua..
Memandangkan dari malam sampai ke pagi hujan, kami agak berbelah bahagi jugak untuk meneruskan plan hari tu. Tapi memandangkan dah nak dekat sebulan grup kami plan eksplorasi ni , dengan penuh bersemangat kami teruskan jugak.. Alhamdulillah.. pagi tu hujan agak reda dan bila sampai sana, hujan pun dah berhenti. Masa on the way tu.. nampaklah air sungai yang macam kaler teh tarik.. Hmmm.. mulalah ada rasa rasa tak seronok.. Iyalah dibantainya sampai kat air terjun tu pun kaler dia macam tu.. tak ke naya… Tapi Alhamdulillah.. bila sampai je kat startig point tu..nampaklah air sungai yang mengalir jernih.. Maka semangat pun kembali berkobar.. cheewah..
Ahli rombogan yang sampai awal.. sesi bergambar sementara tunggu ahli lain sampai. Yang lambat tu tak lain dan tak bukan me and me familia la.. Huhuhu..
The starting point. Once you saw that big signboard, you’ll know that you have arrived at the right place. Sila sediakan duit parking RM5 ya. Ada orang yang akan datang kutip duit parking ni. Sebelum mula treking.. kena register and bayar RM1 sekepala tau.. Ok.. nak bagitau jugak.. bagi sesiapa yang tak berapa nak rajin masuk hutan, boleh je kalau nak bermandi manda kat bawah ni.. kat sini pun ada tempat mandi manda dan yang paling best, ada pondok pondok yang boleh di sewa dengan harga RM25 kalau tak silap. So.. kalau setakat nak bersantai dengan ahli keluarga.. bolehla sewa pondok kat situ.. Tempat pun bersih and terjaga… Macam biasa… group photo dulu sebelum mulakan perjalanan. Nampak tak semua muka excited tak sabar nak mula..
Tak jauh dari starting point, kena melintas satu anak sungai.. Memandangkan air sungai pagi tu agak tinggi jugak.. maka proses melintas kenalah buat dengan penuh kesabaran dan berhati hati.. kang tak pasal pasal terberendam kat situ pulak.. Alhamdulillah semuanya dapat melintas dengan jayanya. Tak jauh dari lintasan anak sungai ni, kena pulak melintas guna jembatan kayu yang dah berlobang sana sini. Walaupun ada antara papan jembatan tu yang dah jatuh ke sungai.. tapi jambatan tu still nampak kukuh. So no worries.. InsyaAllah masih selamat untuk digunakan.. (More picturs kat bawah ya..)
Ramai yang kata trek menuju air terjun sungai lepoh ni mudah. kalau dari segi arah menuju ke air terjun memang agak mudah.. Walaupun ada beberapa persimpangan yang perlu di lalui, As long as kita ikut laluaan sedia ada yang memang dah clear ataupun tengok je penanda penanda yang diikat kat pokok.. InsyaAllah potensi untuk sesat agak kecik. tapi janganlah pulak ada yang mulut tak insurans bila masuk hutan. Setiap tempat ada adabnya.. begitu jugak di hutan..
Itu dari segi arah.. kalau dari segi cabaran untuk sampai ke air terjun.. Personally, trek ni agak mencabar jugak especially bila bawak kanak-kanak. Boleh di kata all the way ke air terjun tu laluanya mendaki.. Adalah a few places yang landai.. tapi sikit sangat laluan yang landai tu.. Lebih mencabar lagi bila mendaki di laluan yang basah, dengan tanah liat yang licin, laluan berbatu, laluan yang banyak akar dan cik pacat yang sentiasa mencari peluang melekat.. Adalah 2 atau 3 kali berenti rehat and ada dua tiga orang yang menjadi mangsa cik pacat.. Nakal dia tau.. Main isap isap darah orang pulak…
Ditambah pulak bila bawak si kecik tu. bertambah tambah cabarannya.. Membawak si kecik ni tahap kegagahan dan kesabaran perlu lebih sikit.. Al maklumlah.. baru 3 tahun kan.. So sepanjang jalan pergi and balik tu memang kejap berjalan kejap berdukung la kerjenye.. Tapi yang best tu.. takde pulak dia merungut.. Kalau si abang nombor 3 tu.. stamina lain macam.. memandangkan kami agak slow sebab melayan si kecik tu.. makanya si abang tu kami amanahkanlah kat kawan kawan untuk tengokkan dia… Macam mana pun we are so proud of them.. Tak serik.. siap ajak pegi lagi..
The almost 2 hours journey is so worth it. Subhanallah.. Cantik, memukau, meyegarkan.. Hilang terbang segala kepenatan yang dialami bila sampai ke air terjun tu.. Alhamdulillah.. kami bernasib baik sebab masa kami sampi tu tak ramai sangat orang kat kawasan air terjun tu.. Mungkin sebab kami mulakan perjalanan tu agak awal jugak, jadi belum ramai lagi yang sampai ke situ.
Walaupun bunyi deruan air tu memanggil manggil untuk merendamkan diri.. tapi ada perkara lebih penting yang perlu diselesaikan dulu.. Apa lagi.. makan la.. Maka keluarlah segala bekal yang di bawak.. Nikmat sungguh makan dalam hutan dengan ditemani bunyi air yang mengalir.. Imagine pekena kopi panas dengan meggie panas dalam hutan.. Ya ampunnn.. nikmatnyaa.. kena apulak time tu ada chef of the day yang sudi melayan masakakan meggie and bancuhkan kopi untuk semua orang.. lagilah mantapp..
Dah kenyang.. apa lagi.. sesi mandi manda and bergambar la.. Sejuknya air dia.. sangat sangat menyegarkan.. Puas bermain air kat bahagian bawah.. kami ke atas sikit untuk ke air terjun yang lebih besar.. Kat situlah tempat ramai orang main gelongsor.. Aksi menggelongsor macam tu berisiko.. sape sape yang berani tu buatlah.. Untuk kami para ibu ni mampu tengok je lah..
Agak lama jugak kami kat air terjun tu.. berjam jam jugaklah.. Perjalanan balik bermula lebih kurang pukul 2 petang.. Sementara yang lain bersiap-siap untuk balik, my dear partner bergerak dulu dengan si kecik sebab tau dah memang akan jalan slow. Turns out memang pun.. Tambah slow sebab si kecik tu kepenatan and tertidur.. Terpaksalah abahnya mendukung.. Perjalanan balik pun tak kurang mencabarnya dengan perjalanan pergi.. Tapi Alhamdulillah semua berjaya sampai ke starting semula dengan selamat. Kami bertiga, me, my dearest partner and si kecik sampai agak lambat dari lain dan terpaksa berjalan dalam hujan. Hujan mula turun bila kami dah agak dekat dengan starting point..
Masa kami sampai di bawah.. semua dah ready untuk membawa haluan masing.. PENAT???? Memang penat yang amat.. Tapi kalau di tanya would we do it again? The answer is definitely a big fat YES.. Sedangkan si kecik 3 tahun dan abangnya yang 9 tahun tu pun tau betapa seronoknya kat sana sampaikan masuk dalam kereta je dah ajak lagi ke air terjun apatah lagi kami yang dewasa ni.. InsyaAllah kami pasti akan datang lagi.. Till next time Lopo/Lepoh/Lepok waterfall.. Jom layan gambar gambar kami kat sana…
Facebook Comments Box
errrr, pacat ke tu? tang pacat tu sy takuitttttt..
tapi solute kat kanak2 yg follow, sgt mencabar tp diorang still bertenaga..
Memang ada pacat sis.. Ramai gak yang kena love bite ngan pacat ni..
Dak kecik ni dia punya stamina dasyat..