Bengkel Fotofon KBBA 2018 Bersama Sony Dengan Kerjasama Matic & Cosmoderm
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Kak Ti ni memang dari dulu minat dengan dunia fotografi. Kalau ikutkan bulan kelahiran, kami ni memang tergolong dalam golongan pencinta seni. Jiwa kami halus walau nampak kasar pada dasarnya dan dalam fotografi itu sendiri banyak seninya kan.. Cheeewaaahh… Hahaha.. Tapi kekangan masa dan macam-macam kekangan lain buatkan minat kak Ti tu terkubur begitu sahaja.
PERANAN GAMBAR DALAM SESUATU ENTRY
Sebagai seorang blogger, gambar sesungguhnya amat memainkan peranan penting dalam memastikan blog entry kita menarik. Of coslah ada perkara-perkara lain untuk buat entry tu menarik tapi gambar merupakan salah satu faktor untuk membuatkan sesuatu entry tu menarik minat pembaca untuk membaca. Itu pada pandangan kak Ti lah kan.
‘A picture says a thousand words’.. Sekeping gambar dapat memberikan pelbagai tafsiran pada mata yang melihatnya. So bayangkanlah dengan susunan ayat yang cantik di tambah pulak dengan gambar-gambar yang mampu memukau pandangan… Sudah pastilah entry kita itu akan menjadi satu entry yang mampu untuk menarik pembaca terus membaca coretan kita.
BENGKEL FOTOFON BERSAMA SONY DENGAN KERJASAMA MATIC & COSMODERM
Syukur Alhamdulillah.. Sejak kak Ti bersama Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) banyak peluang dan kesempatan untuk belajar dan menerokai sesuatu yang baru dah kak Ti nikmati. Baru-baru ini kak Ti dan rakan-rakan blogger lain telah diberi kesempatan untuk belajar tentang asas fotografi dan macma mana nak gunakan phone (fotofon) untuk dapatkan kualiti gambar yang macam gambar-gambar profesional.
Untuk bengkel fotofon ni, kami amat bertuah sebab cikgu yang ajar kami bukan calang-calang photorapher tau. Beliau adalah Rahman Roslan, seorang photorapher yang sangat luas pengetahuan dan pengalamannya dalam dunia fotografi. Haa! Mau tak teruja. Tambahan pulak belajar tentang sesuatu yang kak ti memang minat. Dah la pulak tu selama ni dok ambek gambar main tala syok sendiri je.. Jadi bila ada peluang nak berguru macam ni takkan lah nak lepaskan peluang pulak ya dak.
KUASAI ASAS FOTOGRAFI UNTUK HASIL YANG MEMUKAU
Dalam bengkel fotofon yang diadakan secara santai tersebut telah banyak memberikan kak Ti ilmu dan pengetahuan baru tentang dunia fotografi terutamanya tentang fotofon atau fotografi dengan menggunakan smartphone. Jangan ingat nak dapat hasil gambar yang wow hanya boleh didapatkan dengan menggunakan kamera canggih je tau. Kalau pandai menggunakan teknik yang betul dan pandai mengaplikasikan prinsip-prinsip fotografi dalam fotofon, hasilnya pun pasti akan wow juga.
Jangan tak tau, ada dikalangan photographer terkenal dunia seperti Hanna Reyes dan John Stan Meyer mampu menghasilkan gambar-gambar yang memukau mata dunia hanya dengan menggunakan ‘mobile phone’. dan ada jugak hasil gambar yang ditangkap dengan menggunakan kamera smartphone berjaya menjadi cover majalah terkenal dunia seperti ‘Times’.
BELAJAR APA TU?
Mengikut Encik Rahman Roslan, untuk mendapatkan gambar yang cantik dan berkualiti, kita perlulah mengenal dan menguasai beberapa perkara asas dalam fotografi. Asas-asas tersebut adalah seperti:
Aperture
Aperture adalah lubang atau bukaan diafragma lensaa yang terdapat pada lensa kamera. Ukuran bukaan lensa tersebut akan menentukan jumlah cahaya yang akan masuk semasa gambar diambil. Lebih besar bukaannya maka lebih banyaklah cahaya yang akan masuk dan sebaliknya.
Shutter Speed
Sebelum bercerita tentang shutter speed meh kak Ti kenalkan dulu apa itu shutter. Shutter adalah satu tetingkap atau blade yang akan terbuka dan tertutup yang membenarkan cahaya masuk ke dalam sensor. Manakala shutter speed pula adalah kelajua blade itu ditutup sewaktu gambar diambil.
Kamera boleh mengawal jumlah cahaya yang masuk dengan mengawal kelajuan shutter speed. Shutter speed yang laju akan menghasilkan gambar yang sharp dan shutter speed yang perlahan akan menghasilkan gambar yang blur. Menurut kata Tuan Rahman, tak semua gambar memerlukan sharpness.. Ada sesetengah gambar tu sengaja diambil supaya blur untuk menunjukkan emosi dalam gambar tersebut..
ISO/ASA
Selain Aperture dan shutter speed, ISO (International Standard Organisation) yang terdapat pada kamera DSLR dan sesetengah smartphone dan ASA (American Standard Association) merupakan satu lagi fungsi yang sangat penting dalam dunia fotografi untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik dan menarik.
ISO yang ditandai dengan angka-angka seperti ISO 100, 200, 300, 400, 800, 1600 dan 3200 merupakan nilai-niai untuk menentukan tahap sensitivit terhadap cahaya. Semakin tinggi nilai ISO, semakin cerah gambar yang kita ambil. Oleh itu, ISO tinggi perlu digunakan di tempat yang gelap dan ISO rendah perlu digunakan di tempat yang cukup pencahayaannya. Walabagaimanapun, penggunaan ISO tinggi akan menjadikan imej mempunyai lebih banyak ‘noise’ dan menyebabkab gambar kelihatan tak cantik.
AMBIL GAMBAR APA TU?
Haaa.. Tiap kali korang klik kamera tak kiralah kamera ‘smartphone’, DSLR, compact camera atau apa apa sahaja jenis kamera yang korang pakai tu, pernah tak korang ambil kisah apa yang ada dalam gambar korang. Ke korang ni jenis macam kak Ti gak.. Main ambil je gambar aka gambar syok sendiri..
Sebenarnya kan, untuk menjadikan gambar korang tu menarik dan ada hala tuju, ada beberapa elemen yang perlu diperhatikan seperti light, frame, rule of third, foreground, reflection, perspective line dan motion. Dengan menitik beratkan elemen-elemen ni, pastinya gambar yang terhasil akan menarik, nampak profesional dan yang lebih utama, gambar itu mampu berbicara kepada mata yang melihatnya.. Cheewaaahh..
Kalau nak diikutkan, selama ni ada diantara elemen-elemen ni yang kita dah guna sebenarnya. Tapi kita tak sedar pun yang kita sebenarnya memasukkan elemen fotografi dalam gambar kita. Ialah kan.. Takda ilmulah katakan. Al kisahnya bila dah datang bengkel fotofon ni barulah kak Ti tau dan bila habis bengkel je, awareness tentang fotografi tu memang meningkat. Sekarang nikan bila nak hala kamera pada satu-satu subjek, dah pandai dah nak mempertimbangkan beberapa perkara. Takdelah main hentam kromo dan main klik je.
SESI PRAKTIKAL/OUTDOOR – COSMODERM FOTOFON CONTEST
Semasa bengkel fotofon tu, kami bukan belajar teori semata-mata tau. Kami juga diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang kami pelajari tu melalui sesi praktikal. Bukan je sesi praktikal ni memberi kami peluang untuk praktikkan apa yang dipelajari, tapai kami juga berpeluang untuk menang hadiah tajaan dari pihak Cosmoderm. Alhamdulillah, terima kasih Cosmoderm kerana sentiasa sudi bersama kami..
Sesi praktikal dijalankan secara outdoor sekitar perkarangan MATIC dan subjek kami adalah produk tajaan dari Cosmoderm. Pemenang akan dinilai berdasarkan kemampuan dan kebolehan mereka untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam bengkel.
Bila dah bagi peluang buat photoshoot outdoor, masing-masing pun apa lagi.. Masa ni lah nak luahkan segala ilmu yang baru dapat tu ke dalam gambar yang diambil. Macam-macam gaya, macam-macam cara yang masing-masing guna untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik.
Walaupun banyak-gambar-gambar menarik yang berjaya dirakamkan oleh rakan-rakan blogger KBBA9, namun ada beberapa gambar yang berjaya mencuri perhatian Encik Rahman dan menjadi finalis dalam pertandingan tersebut. Dan Akhirnya, gambar Nani Mama Kembar Tiga dan gambar Kak Nina telah dipilih sebagai pemenang dan menerima hamper tajaan Cosmoderm.
Satu lagi perkara yang kami belajar masa bengkel fotofon ni adalah bagaimana menggunakan bantuan apps untuk mencantikkan lagi gambar. Tapi perlu diingat, apps tersebut sepatutnya hanya membantu untuk ‘enhance’ dan mencantikkan lagi gambar kita tapi bukan mengubah gambar tersebut tau. So.. pastikan bila guna apps tu jangan over sampai gambar pun nampak lain.. Antara apps yang boleh digunakan adalah seperti Snapseed dan RNI Films.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DAUN KELADI
Sekalung tahniah kak Ti nak ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program bengkel fotofon ni terutamanya, Aben selaku founder KBBA9, pengarah dan AJK program Fotofon yang telah berjaya menganjurkan program ini dengan sangat jayanya dan juga rakan-rakan KBBA9 yang berjaya menghadirkan diri.
Terima kasih daun keladi kepada semua penaja yang sudi menaja program Bengkel Fotofon ini seperti, Sony Malaysia, Cosmoderm, Matic, Restoran Nelayan Gombak, Khaisya Delite, Cafe Cerita Kambing, Tasty_Bake, Irabakeri dan Brillpremiumcafe. Alhamdulillah atas kesudian menaja goodies bag, ruang, makanan dan minuman kami yang sedap dan lazat dari pagi samapai tengah hari.
salam sis tati..
bestnyer dpt timba ilmu fotofon
yaya pun suka amik gambar..(tp bukan selfie ye..hehe)
seni fotografi tu adela sikit..haha tp sbb kurang ilmu kan..kurang cntik la juga hasilnya.. >,<
Waalaikumussalam warahmatullah.. Memang best sangat sis.. Seronok dapat peluang timba ilmu.. Seni tu penting jgk sis.. Kalau ditambah pulak dengan ilmu, mesti gambar2 sis meletop….
bertuah nya dapat join bengkel fotofon ni. gambar bunga tu cantik sangat..