Beli Rumah Pasca Covid19 – Tips Elak Tanggung Kerugian Bertahun
BELI RUMAH PASCA COVID19 – LAYAK BELUM TENTU MAMPU
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Memiliki kediaman sendiri sudah semestinya jadi impian setiap orang kan. Sedangkan yang bujang pun berimpian untuk memiliki rumah sendiri, apatah lagi yang dah berkeluarga. Ada yang berimpian memiliki rumah yang besar serba serbi lengkap, tapi ada juga yang berimpian memiliki rumah yang sekadar cukup untuk mereka sekeluarga berteduh.
Elak Kerugian Dengan Ilmu Pengetahuan
Sebelum membeli rumah, mestilah kita akan survey merata tempat untuk mencari rumah yang bukan sahaja sesuai dengan keperluan kita tapi yang paling penting, sesuai dengan bajet kita. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian yang bersifat jangka panjang ini. Baik persediaan dari segi kewangang mahupun persediaan dari segi ilmu pengetahuan berkenaan pembelian rumah. Ini bagi mengelakkan kita dari melakukan kesilapan-kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan.
Memiliki serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan pembelian rumah sudah semestinya akan sangat membantu dalam membuat keputusan untuk membeli rumah apatah lagi untuk pembelian rumah pertama. Ramai diantara kita terutamanya golongan muda yang lebih memilih untuk membiayai gaya hidup berbanding dengan melaburkan sebahagian pendapatan dengan memiliki rumah sendiri. Ramai yang lebih selesa dengan menyewa kerana beranggapan ia lebih mudah dan tak perlu terikat dengan komitmen jangka masa panjang.
Covid19 Menjejaskan Ekonomi & Pasaran Hartanah
Saban tahun harga rumah jadi semakin meningkat. Kalau tengok harga rumah sekarang ni berbanding dengan masa kak Ti dan Tn Syed buat survey untuk pembelian rumah pertama kami, memang sangat-sangat berbeza. 15 tahun dahulu, rumah bertanah masih dapat dimiliki dengan harga di bawah 200 ribu manakala rumah apartment pula masih boleh dimiliki dengan harga di bawah 100 ribu. Tapi sekarang ni, cuba tengok sekeliling. Menyeramkan sungguh harga rumah-rumah sekarang ni.
Bila Covid 19 melanda, ramai diantara kita yang tentunya terjejas dari segi ekonomi. Mereka yang dah merancang untuk membeli rumah tak kiralah untuk kediaman sendiri atau untuk pelaburan terpaksa menagguhkan pembelian mereka kerana faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan buat masa ini. Pastinya ramai yang mengambil langkah berhati-hati dan mengambil sikap tunggu dan lihat akan perkembangan ekonomi semasa sebelum meneruskan hasrat membeli rumah tersebut.
Walaubagaimanapun juga penganalisis hartanah termasuk BNM yakin bahawa industri hartanah cukup berdaya tahan dan akan melonjak semula dan ini disokong oleh pergerakan harga, jumlah dan nilai semasa kemelesetan dan wabak virus yang pernah berlaku pada masa lalu. Inisiatif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) serta langkah untuk mengatasi masalah rumah tak terjual (overhang) yang banyak diperkenalkan dalam beberapa tahun ini akan turut membantu dalam melonjakkan jualan rumah-rumah kediaman.
Panduan Beli Rumah Pasca Covid19
Mengambil kira analisi di atas, persoalan yang pastinya sedang bermain dalam fikiran bakal pembeli adalah, bila masa yang sesuai untuk membeli rumah dan jika pembelian itu adalah pembelian rumah pertama, apakah yang perlu dilakukan? Ok, kalau mengikut PropertGuru, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli rumah untuk kegunaan sendiri. Ok, kak Ti kongsikan kat bawah ni panduan beli rumah pasca Covid 19 yang kak Ti dapat dari hasil bacaan kak Ti.
- Tetapkan Matlamat Pembelian
Tetapkan Matlamat Pembelian Rumah samaada untuk diduduki sendiri atau untuk pelaburan. Ini adalah langkah yang sangat penting dan membantu mengelakkan sakit kepala yang tak berkesudahan nantinya. Once kita dah beli dan baru sedar kita dan silap buat pembelian, bukan sesuatu yang mudah ya nak jual semula. silap-silap haribulan boleh rugi beribu-ribu akibat kesilapan ini.
- Semak Kelayakan dan Kemampuan Untuk Membuat Pembayaran Pinjaman Bank
Untuk semak kelayakan pinjaman ni tak perlu pening-pening kepala. Kita boleh minta bantuan dari pihak bank atau perunding hartanah untuk membantu kita membuat kiraan kelayakan pinjaman kita. Setelah menyemak kelayakan pinjaman, penting untuk kita membuat kira-kira akan kemampuan kita untuk membuat pembayaran balik pinjaman. Kelayakan pinjaman tak menjamin kemampuan kita untuk membuat pembayaran semula. Apa-apa pun juga jadilah pembeli yang bijak dan bukan mengikut nafsu. Walaupun kita layak dapat pinjaman 1 juta, tak bermakna kita mampu untuk bayar. Jangan sampai komitmen melebihi kemampuan
- Tinjau Lokasi Dan Buat Perbandingan
Macam yang kak Ti sebut kat atas tu, kita perlu jadi pembeli yang bijak dan tak membeli mengikut nafsu. Jangan bila dah tengok satu lokasi terus jatuh cinta dan terus buat keputusan untuk beli kat situ. Jangan! Jangan buat macam tu. Buat survey dulu. Survey banyak banyak lokasi pun tak apa. Lagi banyak pilihan lagi bagus sebab lebih banyak perbandingan yang kita dapat buat.
Senaraikan kelebihan dan kelemahan rumah di setiap lokasi atau kawasan perumahan yang kita lawati. Ambil kira faktor-faktor seperti, lokasi dari tempat bekerja, kualiti pemaju yang menguruskan projek perumahan tersebut, kawasan persekitaran, kemudahan dan infrastruktur yang disediakan dan lain-lain. Dengan membuat perbandingan, InsyaAllah pilihan yang dibuat pasti lebih tepat.
- Lantik Peguam Hartanah Yang Sesuai
Mungkin ramai yang kurang cakna berkenaan dengan lantikan peguma hartanah yang berkelayakan ni. Ramai yang beranggapan mana-mana peguan hartanah pun ok. Hmmm. Salah tu. Melantik Peguam Hartanah yang sesuai akan sangat membantu dalam proses pembelian rumah terutamanya dalam memahami proses, dokumen-dokumen yang terlibat serta terma-terma dalam perjanjian jual beli. Ia juga akan membantu kita agar tidak terlepas pandang poin-poin penting dalam perjanjian yang ditandatangani.
Apa yang kak Ti share kat atas ni sikit sangat. Kak Ti sangat sarankan untuk korang yang nak buat pembelian rumah terutamanya yang nak buat pembelian rumah pertama untuk banyak-banyakkan membaca dan cari info sebelum korang buat apa-apa keputusan untuk membeli. Buat persediaan untuk membeli tu dengan menimba ilmu dulu. Biar bersusah-susah dahulu daripada sesal yang tak berkesudahan. Kesilapan yang korang buat akan membuat korang terpaksa menanggung kesan dari kesilapan tu selama bertahun-tahun. Good luck and all the best untuk korang yang tengah buat survey untuk pembelian rumah pertama korang.
Read also: 10 Factors to consider when buying property for investment