Kelas Belajar Buat Blog WordPress Dan Pentingya SEO Dalam Blog
BELAJAR BUAT BLOG LEBIH BAIK BERGURU DARI MERABA-RABA SENDIRI
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
BLOG SYOK SENDIRI
Masa mula-mula kak Ti berblog ni kan kak Ti konon-kononya nak buat ala-ala personal diary je dan memang kak Ti tak pernah terfikirkan yang kita ni sebenarnya perlu belajar buat blog. Tapi bila lama-lama tu hati berubah dan rasa macam best jugak kalau dapat menyumbang sesutu kepada orang lain melalui penulisan sendiri. Walapun masa tu berblogging pun ada takde je kekdahnya. Permulaan untuk mengenali blogger-blogger lain masa tu adalah dengan join sesi Jom Kenali Blog Saya anjuran Aben blogger famous yang jadi idola ramai masa tu.
Hasil dari join sesi tu, blog kak Ti akhirnya ada juga follower walaupun masa tu dapatlah rasanya dalam dua atau tiga orang follower je. Oh ya, masa tu kak Ti guna blogspot sebagai platform blog kak Ti. Bila dah ada orang follow blog kak Ti masa tu, rasa berbunga-bunga la jugak dan harapan pun tinggi menggunung kononnya lepas tu mesti lagi ramai akan datang jenguk blog kak Ti dan follow. Hellooo! Jangan mimpilah kalau belajar buat blog dengan cara yang betul pun ko tak pernah buat.
To be honest, kak Ti sebenarnya tak taupun yang sebenarnya banyak lagi platform lain yang boleh digunakan untuk buat blog selain dari blogspot. Dari segi penulisan pulak tu, memang caca marba habis. Tak ada hala tuju langsung. Bila tak belajar buat blog dengan cara yang betul dengan cara berguru memang sesuai sangatlah panggil blog tu blog syok sendiri kan.
KEMBALI AKTIF BERBLOGGING
Kalau nak diikutkan, kak Ti mula berblog ni sejak tahun 2011 lagi. Phewwww.. Lama gila dah kan. Kalau korang tengok tahun mula berbogging tu mesti korang akan ingat yang blog ni dah gempak kan. Huhuhu.. Memang jauh panggang dari api. Hakikatnya kak Ti pernah terhenti berblogging dan sebelum tu pun blog kak Ti ni macam biskut chipsmore je kejap ada kejap takda.
Tapi Alhamdulillah, sejak pertengahan tahun 2017 yang lepas, kak Ti mula aktif semula berblogging iaitu sejak kak Ti jadi sebahagian dari keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) dan sebagai entry pertama kak Ti lepas jadi ahli KBBA9 adalah entry ‘My Blogging Story… Why Am I Blogging?’. Secara pribadi, kak Ti rasa inilah moment sebenar kak Ti bergelar seorang blogger sebab kak sinilah kak Ti belajar yang kita perlu belajar buat blog kalau nak pergi jauh dalam dunia blogging ni dan bukan main asal boleh je..
Kat sini jugaklah kak Ti merasa nikmat dan rezeki pertama dari hasil berblog. Ingat lagi job pertama kak Ti bersama KBBA9 iaitu review restoran steambot bersama rakan-rakan lain pada bulan Ramadhan yang lalu dan lepas tu satu demi satu rezeki Allah bagi melalui KBBA9 ni. Alhamdulillah… Syukur Allah izinkan kak Ti berada dalam kelompok mereka-mereka yang hebat ni.
DOMAIN SENDIRI DAN PENGHIJRAHAN KE WORDPRESS
Masa mula berblogging dulu bukan je kak Ti tak tau yang selain blogspot ada platform lain untuk berblog apatah lagi SEO bagai malahan kak Ti tak pernah terfikir pun yang kak Ti akan ada domain sendiri. Tapi bila dah join KBBA9 barulah mata kak Ti terbuka tentang pentingnya ada domain sendiri tak kiralah apa platform pun yang kita guna. Memang rasa rendah diri dalam tu tau. Rasa macam ya Allah ceteknya ilmu blogging kak Ti. Apatah lagi bila ada diantara rakan-rakan KBBA9 yang siap sanggup berguru untuk belajar buat blog sedangkan mereka dah pun ada viewer yang ramai. Terus semangat untuk perbaiki blog sendiri meningkat mencanak-canak.
Yang paling best bila kita berada dalam komuniti yang mempunyai minat yang sama apatah lagi bila mereka pulak jenis yang tak lokek ilmu, memang seronok sangat tau. Dari situlah sedikit demi sedikit kak Ti mula celik dan sedar yang untuk lebih maju dalam dunia blogging ni kak Ti perlu melakukan sesuatu iaitu hijarah blog dan belajar buat blog dengan cara berguru . Akhirnya, setelah melakukan pertimbangan dan berkat sokongan Tn SOSAB dan rakan-rakan KBBA9 maka lahirlah www.tatimansur.com dan dengan rasminya kak Ti berhijrah dari blogspot ke wordpress.
KELAS BELAJAR BUAT BLOG WORDPRESS DAN SEO
Sejujur-jujurnya kak Ti memang buta pasal wordpress dan SEO ni. Tapi untuk SEO at least kak Ti pernah la jugak dengar masa kak Ti rajin attend kelas-kelas online marketing tapi kalau wordpress ni memang zero knowledge la kekdahnya. Walaupun kak Ti dah berpindah dari blogspot ke wordpress, tapi yang kak Ti tau dan berani buat dalam blog kak Ti ni hanyalah update entry baru. Lain dari tu memang kak Ti tak berani nak buat. Takut blog jadi haru biru.. Aishhh.. Banyak sungguh ketakutan kak Ti ni kan.. Kena buang tu…
Hasrat untuk berguru dan belajar buat blog ni memang dah lama kak Ti simpan dan sebenarnya dah set pun dengan Bamhoque yang ada ajar kelas buat blog wordpress dan asas SEO di bawah anjuran Myscreative. Dah ramai rakan-rakan KBBA9 yang pernah attend kelas Bamhoque yang mengajar bersama-sama dengan Hafiz yang memang boleh dikata tempat kami di KBBA9 merujuk tentang wordpress. Beliau memang pakar bab-bab teknikal wordpress ni. Masa kelas tu pun ada beberapa setting dalam blog kak Ti yang beliau tolong perbetulkan.
Setelah beberapa kali tertangguh akibat masa yang tak kena, akhirnya pada hari Sabtu yang lepas tercapai jugak hasrat kak Ti berguru untuk belajar buat blog bagi memperbaiki blog kak Ti dan juga demi masa depan blog kak Ti. Kelas yang diadakan secara santai ni boleh di kata umpama kelas personal one to one je rasanya. Maunya tidak, dalam kelas tu ada kak Ti dan Lydya je, iaitu seorang lagi peserta kelas yang sama-sama belajar dengan kak Ti pada hari tersebut.
Mengikut Bamhoque dan Hafiz, kelas memang sengaja diadakan dengan bilangan peserta yang terbatas untuk memudahkan mereka assist kami dan bagi memudahkan mereka menjawab segala kemusykilan kami semasa kelas berlangsung. Bayangkan kalau kelas yang ramai.. Macam mana nak attend soalan dari setiap peserta kan.. Ya Allah memang berbaloi sungguh la dengan harga yang ditawarkan oleh Myscreative ni.
Dengan segala ilmu dan bantuan yang kami dapt pada hari tersebut, kak Ti yakin korang tak akan dapat jumpa kelas yang lebih baik dari ni. One to one kot.. Dah macam personal coaching tau. Yang paling best, lepas habis kelas kita boleh tanya apa sahaja dalam support group yang mereka create untuk student-student mereka. Jadi tidaklah maknanya dah habis kelas korang dibiarkan terkontang kanting sendirian.
WordPress
Walaupun kak Ti ni dah pun menggunakan wordpress tapi kalau korang nak tau, kak Ti tak pernah tau pun macam mana nak set up blog wordpress. Sungguh! Kak Ti tak tipu. Blog kak Ti berpindah dari blogspot ke wordpress pun semuanya kawan baik kak Ti si Khairie Rahim yang tolong buatkan. Dia jugaklah yang tolong belikan domain dengan hosting kak Ti. Yang kak Ti tau semuanya dah siap. Hahaha..
Nak lagi jujur, kak Ti tak taupun apa kelebihan atau kekurangan wordpress berbanding yang lain. Dah tu kenapa pindah? Sebab ramai yang kata wordpress bagus untuk blog.. Macam yang kak Ti cakap tadi, kat blog kak Ti ni, kak Ti memang update entry semata-mata. Pernah la jugak tengok apa yang ada kat panel sebelah kiri tu, tapi tengok je lah.. Nak godek lebih-lebih memang tak beranilah…
Bila dalam kelas ni barulah kak Ti tau serba sedikit tentang wordpress dan apa kelebihan-kelebihan yang kita akan dapat bila kita gunakan wordpress ni sebagai platform blog kita berbanding yang lain. Tapi kak Ti takdelah kata yang platform-platform lain tu tak bagus tau.. Idaklah sampai begitu sekali.. Senang ceritanya, dalam kelas ni kita akan didedahkan dan diajar tentang asas wordpress dan bahagian-bahagian yang perlu kita tahu untuk setup blog kita serta plug in-plug in apa yang dapat membantu memudahkan blog kita.
Memandangkan kak Ti memang dah pun guna wordpress, kak Ti rasa itu satu bonus jugak untuk kak TI masa attend kelas ni. Kak Ti lebih mudah nak faham apa yang diajar sebab kak Ti boleh terus relate dengan pengalaman kak Ti sendiri sebagai pengguna wordpress. Satu lagi kelebihannya adalah kak Ti boleh terus buat post mortem pada blog kak Ti dan juga entry-entry kak Ti yang lepas.
Kalau korang berhajat nak datang belajar, kak Ti sarankan ambiklah sedikit masa korang untuk kenal serba sedikit tentang wordpress dan jangan datang betul-betul kosong tak tau apa-apa. Ini untuk memudahkan preoses dan sesi pembelajaran sebenarnya. Korang akan lebih mudah faham dan korang mudah bertanyakan soalan berkenaan apa yang dipelajari.
SEO
SEO atau Search Engine Optimazation adalah sesuatu yang sangat penting demi memastikan kelangsungan hidup blog korang.. Cheewaaahh.. Kenapa SEO penting? Sebab inilah yang akan membantu untuk menaikkan nama blog dan juga trafik pada blog korang.
Dah lama kak Ti dengar pasal SEO ni dan memang dah lama kak Ti nak belajar iaitu sejak kak Ti mula-mula sekali belajar buat blog. SEO untuk blog ni secara bahasa mudahnya adalah satu teknik atau seni menulis entry mengikut apa yang Google nak. Bila kita tau apa yang Google nak barulah blog kita tak jadi blog syok sendiri.
Macam yang kak Ti cakap tadi, sebelum masuk kelas, ada kelebihan bila kita dah ada sedikit pengetahuan berkenaan apa yang kita belajar dan antara kelebihan yang boleh kita dapat adalah kita boleh belajar dengan mengaplikasikan teknik-teknik SEO yang kita belajar secara langsung. Pemahaman akan jadi lebih mudah dengan sesi praktikal macam tu.
KESAN MENGHADIRI KELAS
Lepas hadir kelas asas wordpress dan SEO ni kak Ti jadi lebih celik dan faham apa yang perlu dilakukan dalam berblogging. Bagi kak Ti, kelas yang dikatakan ‘asas’ sebenarya bukan hanya semata-mata kelas asas tapi dah macam kelas advance. Lebih menarik lagi, kami turut diajarkan tips-tips berkenaan penulisan berkesan dan apa yang perlu ada dalam entry kita yang mampu melonjakkan nama blog kita.
Contohnya macam gambar. Apa yang perlu dilakukan pada gambar yang kita nak masukkan atau gunakan dalam entry kita. Apa yang perlu dilakukan sebelum menggunakan gambar tersebut dan apa yang perlu diubah supaya ia dapat membantu Goggle untuk ‘crawl’ atau baca gambar kita. Macam mana Google baca gambar kita. Ini semualah yang kita belajar masa dalam kelas belajar buat blog tersebut.
Antara yang paling terkesan pada kak Ti adalah, blog kita perlu ada niche atau bahasa mudahnya jangan jadikan blog kita blog cacamarba. Perlu ada pengkhususan tertentu dan pengkhususan tu bukan semestinya satu pengkhususan je tapi yang penting, pembaca tau blog kita ni pasal apa. Satu lagi ilmu penting yang kak Ti belajar adalah, pada setiap penutup blog kita perlulah ada CTA atau call to action
Kalau kak Ti yang terlibat sebagai blogger separuh masa ni pun sanggup belajar buat blog secara berguru, apatah lagi jika korang memang berniat untuk bergiat secara aktif dan serius dalam dunia blogging. Bagi kak Ti memang wajiblah korang attend mana-mana kelas untuk belajar buat blog, Tapi kena ingat tau, nak attend kelas ni kenalah tau latar belakang yang mengajar kita. Ialah kan sekarang melambak sangat orang yang gelarkan diri mereka sifu ini sifu itu.
Based on pengalaman kak Ti menghadiri kelas yang kataya asas wordpress dan SEO (tapi sebenarnya dapat belajar sampai level advance) kak Ti sarankan sangat korang untuk join kelas anjuran MYSCreative. Untuk join kelas ni korang boleh contact:
Sohoque: 013-9997755
Atau korang boleh emel ke: sohoque@gmail.com
terimakasih kakti. Nak jugak tukar .. tunggu dl. Tapi kan,kelas ni mmg wajib attend ya.Kalo jauh? ada pjj ke
teringin nak pakai wp tapi ai xsggup nak tinggal bs, hahaha!
Ooo job makan steamboat tu job pertama ngan kbba yerr
Hehehe.. Itulah yang pertama kalinya..