Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Apa khabar semua? Macam mana sesi beraya uolls? Mesti last week semua busy dengan jemputan open house kan. Tak kiralah kat KL ke, kat JB ke atau kat mana-mana je, open house ni dah jadi macam satu tradisi kan. Iyalah, bila dah kembali ke rutin harian.. Weekend je lah masa yang sesuai untuk beraya. Untuk tuan rumah yang nak jimatkan masa, apa lagi.. Open house la jawapanya. Senang.. panggil semua kawan-kawan untuk datang beraya dalam hari yang sama. Selain dari menjimatkan masa, masa nilah boleh berjejak kasih aka bermini reunion.
Alhamdulillah.. Hari Sabtu & Ahad yang lepas ni kami berjaya menghadiri semua jemputan yang diterima. Menjadi prinsip kak Ti untuk cuba sedaya mungkin hadir setiap jemputan yang kak Ti terima sebagai menghormati dan menghargai tuan rumah yang sudi menjemput kami.
Hari ni sebenarnya kak Ti nak share resepi ayam masak merah tomato yang kak Ti janjikan masa entry nasi tomato hari tu. Bagi yang tak berkesempatan lagi tengok resepi nasi tomato tu.. Boleh tengok kat
sini ek. Untuk resepi ayam masak merah tomato ni pun kak Ti masih lagi guna resepi yang kak Ti dapat dari
blog kak Ummi Zaihadi.
Ok.. Jom tengok resepi yang kak Ti C&P dari blog kak Ummi dengan sedikit tambahan bahan mengikut citarasa kak Ti. kak Ti janji uolls takkan menyesal bila cuba resepi ni.
1 ekor ayam – dipotong 12/14 – bersihkan
2 biji tomato – didadu kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar pes tomato
2 sudu besar sos tiram (*kak Ti tambah)
2 sudu besar cuka makan (*kak Ti guna cuka apple @ Appel Cider Vinegar)
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula (*kak Ti suka gunakan gula perang )
1/4 cawan air (*atau ikutlah banyak mana air yang uolls nak tambah. )
Garam secukup rasa
Sedikit Secukup Rasa Meggie
Minyak untuk menggoreng ayam secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia
BAHAN-BAHAN TUMIS
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
CARA MEMASAK
Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separu
masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (kak Ti guna minyak untuk goreng ayam tadi untuk menumis) dan
tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau
sekejap.
Masukkan semua sos, cuka dan air. Biarkan mendidih sekejap.
Masukkan ayam dan gaul balik sampai sos rata pada ayam.
Masukkan garam, gula dan Meggie cukup rasa sesedap rasa.
Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak atau apa
sahaja yang sesuai dengan citarasa.
Selamat Menjamu Selera….
Ehh lupa pulak.. Nasi tomato rasa tak lengkap kalau takde acar kan.. Kak Ti tau uolls mesti dah
pandai buat acar kan.. Tapi kot ada yang belum tau.. Jom tengok resepinya kat bawah ni..
ACAR MENTAH
BAHAN-BAHAN
Bawang merah kecil
Timun
Nenas
Lobak merah
Cili Merah
Garam
Gula
Cuka / Cuka Apple
CARA-CARA
Potong kecil-kecil semua bahan (Ikutlah uolls nak potong gaya mana pun)
Masukkan kedalam satu bekas yang agak besar untuk memudahkan proses menggaul
Tambahkan garam, gula dan cuka hingga uolls dapat rasa yang uolls suka.
Siap dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa goreng papedom tau.
pandainya tati masak..nampak sedap sangat ayam masak merah tue
tq Rdhia..tak pandai masak sebenarnya.. Alhamdulillah sekarang banyak sumber2 rujukan utk carik resepi.. jadinya bolehlah masak sikit2.. hehehe
duk telan air liur je ni. hehehe
Mudah je ni IQ.. ada masa nnt bolehlah buat.. 🙂
menyelerakan ..tapi itula.. saya tak makan ayam kecuali ayam kampungg
Ketemu dari google, setelah dibaca menarik sekali artikelnya, bisa jadi bahan referensi, Keren Sob.