RAMADHAN DAY 4 .. IDEA JUADAH BERBUKA

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w…

Ya Allah! cepatnya masa berlalu.. hari ni dah masuk hari keempat Ramadhan.. Macam mana puasa hari ni? Kak Ti, Alhamdulillah masih lagi mampu bertahan. Tetap bersemangat menjalani ibadah puasa ni… InsyaAllah akan tetap bersemangat hingga ke penghujung Ramadhan. Semoga Allah mengurniakan kita semua kesehatan yang baik sepanjang Ramadhan ini. Kalau ada pun  yang tak sehat.. Bersyulurlah.. Itu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita.. DihantarNya penyakit pada kita supaya kita tau mensyukuri sehat yang dah kita nikmati selama ni. Lagipun, bukankah dengan hadirnya penyakit maka akan gugurlah dosa-dosa kecil kita. 
Antara hadis-hadis yang menerangkan tentang sakita dan hikmahnya: 
مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
“Tidak ada satupun musibah (cobaan) yg menimpa seorang muslim berupa duri atau yg semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat derajatnya atau menghapus kesalahannya.” [HR.Muslim]

 مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ إِلَّا حَطَّ اللَّهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Dah ada plan nak buka apa atau buka kat mana petang ni? Bila berpuasa ni nafsu memang membuak buak. Tapi.. jangan diikutkan sagat nafsu tu ya.. Maksud kak Ti.. nafsu selera makan… Haippp.. Jangan nak fikir yang bukan-bukan sangat kay.. Biasa dia tu… Bulan puasa ni bulan untuk perut kita berehat.. Setelah 11 bulan bekerja keras, bagilah peluang untuk dia berehat and detox pulak.. 

Bagi yang plan nak masak juadah berbuka kat rumah petang ni.. Juadah-juadah ni mungking boleh bantu bagi idea. Memandangkan kak Ti pun belum berkesempatan lagi untuk bersilat kat daputr bulan puasa ni.. Juadah-juadah ni secara tak langsung jadi juadah yang masuk dalam “To Cook Juadah Wish List” kak Ti (ada ke wish list mcm ni.. hahaha).. Nampak naa jarang masak kan… Ok.. resepi-resepi and gambar-gambar ni bukan kak Ti punya.. Kak Ti pinjam dari blog Kak Jee aka Kak Fauziah Samad. Nak belajar macam-macam resepi pegi tau jengah blog kak Jee.. Macam-macam ada… Salah satu blog rujukan kak Ti bila mood rajin nak memasak datang. Tq Kak Jee for all the wonderful recipes. 
1. Onde-Onde @ Buah Melaka.
Resepi sila jenguk ke sini Onde-Onde @ Buah Melaka
Simple je nak membuatnya. Antara rajin dengan tidak je kan. Tapi bila dah ada depan mata.. sebijik-sebijik masuk dalam mulut. Tapi..hati-hati ya.. especially bila makan time baru masak.. Pegang memang tak rsa panas sangat.. Tapi bila dah masuk mulut and meletup gula dia dalam mulut.. Boleh buat mulut melecur kak Non!
2. Thai Oxtail Soup @ Sup Ekor Thai
Resepi sila rajinkan diri ke sini Sup Ekor Thai
Ini kalau makan dengan nasik panas-panas tambah pulak cili potong.. Ya ampunnn!! mak mertua lalu belakng confirm tak nampak.. hahaha.. Dah lalu belakang memanglah tak nampak kan….
Cukuplah tu dua resepi untuk hari kan..  Selamat mencuba…
Facebook Comments Box

3 thoughts on “RAMADHAN DAY 4 .. IDEA JUADAH BERBUKA

Leave a Reply

Your email address will not be published.