ASAM PEDAS TERBAIK DI MELAKA & FREE PORT A ‘FAMOSA OUTLET
Tanpa dirancang, pagi Ahad (22/7/17) kak Ti berlima dengan Tn SOSAB, mak mertua dan jugak SAZSO no 3 & no 4 ber ‘short vacation’ ke Alor Gajah, Melaka. Sehari sebelum tu kak Ti dan Tn SOSAB memang ada bincang pasal nak melawat pakcik Tn SOSAB samaada yang kat PD atau yang kat Tanjung Malim. Malam tu, balik dari beraya kat Bentong dan Batang Kali, kami singgah sekejap kat rumah mak. Iyalah, sejak mak balik dari bercuti kat Singapore minggu lepas, kami tak sempat lagi nak jumpa mak. Jadi malam tu, kami decide la nak singgah sekejap jumpa mak.
Tapi, bila sampai tu anak-anak semua dah tido, jadilah kak Ti dok dalam kerete je sementara tunggu Tn SOSAB jumpa mak sekejap. Alih-alih bila Tn SOSAB keluar, mak pun ada sekali. Rupanya, bila Tn. SOSAB bagitau mak pasal plan kami tu, mak terus ajak lajak ke Alor Gajah untuk ziarah salah seorang kawan baik mak yang dah pindah ke Alor Gajah. Kami ni, kalau bab diajak berjalan.. InsyaAllah ok sesaje..😄😄… Makanya, pagi tu ke Alor Gajahlah kami berlima..
Masa on the way tu mak bagitau mak dah lapar dan ajak singgah lunch. Iyalah, pagi tu mak sarapan roti dengan kopi je.. mana tak lapar kan. Memandangkan masa mak bagitau tu dah dekat dengan Alor Gajah, jadi Tn SOSAB cadangkan kami lunch kat area Alor Gajah je. Bila mak kata ok je, dengan cargasnya Tn SOSAB mintak kak Ti Google kat mana tempat makan yang best kat area Alor Gajah.
Google punya Google terjumpa la nama Restoran Ikan Bakar Simpang Ampat kat Tripadvisor dan ada satu review dalam tu yang terus buat kak Ti tertarik sangat-sangat. Menurut reviewer tu, asam pedas kat restoran ni memang terbaik. Kak Ti dahlah memang suka sangat makan asam pedas kat Melaka ni tambah pulak bila tengok waktu operasi restoran tu start pukul 11 pagi sampai 8.30 malam, memang seronok sangatlah jadinya. Nak pegi restoran ni memang mudah sangat. Waze je RESTORAN IKAN BAKAR SIMPANG AMPAT mesti sampai. Lokasi restoran ni pun tak jauh dari exit tol Alor Gajah. Yang penting follow je incik Waze tu.
kami sampai ke restoran tu lagi 5 minit pukul 12. Ingatkan timing dah cantik sangat dah. Iyalah, kalau ikut info dari Tripadvisor, restoran buka dari pukul 11, kami sampai dah nak pukul 12. So memang cunlah timingnya kan. Tapi.. bila kami sampai dan tanya pekerja restoran tu, rupanya diorang buka start pukul 12.30. Kira ok jugaklah sebenarnya. Kami takdelah menunggu lama pun. Sempatlah kami melepaskan apa yang perlu dilepaskan kat tandas Petronas yang betul-betul kat sebelah restoran tu. Lagipun, depan restoran tu ada banyak gerai-gerai yang jual kudap-kudapan dan goreng-gorengan. Jadi sementara menunggu tu, kami pun belilah apa yang patut untuk alas perut dulu.
Deretan gerai yang jual pelbagai kudapan |
Dodol panas.. nyumm nyumm |
Awalnya kami menunggu dalam kereta je. Tak lama lepas tu, kami decide untuk tunggu kat dalam restoran. Sambil tunggu tu bolehlah oder air dulu kan. Tak lama lepas tu, kak Ti nampak satu-satu tray dibawak keluar. Kak Ti budget mestilah ada macam-macam lauk, iyalah macam restorn nasi campur yang lain. Takdelah teruja sangat nak tengok sebab awal-awal lagi Tn SOSAB dah oder ikan bakar yang tengah bakar masa tu. Kak Ti macam biasalah, mintak Tn SOSAB je pilih lauk untuk kami semua.
Sementara menunggu tu kak Ti saja-sajalah pegi tengok lauk-lauk yang ada. Masa tu lauk belum sepenuhnya keluar lagi. Pekerja restoran tu baru bawak satu-satu tray keluar. Orang pun takde lagi. Kami je pelanggan yang ada masa tu. Bila kak Ti tengok apa yang ada dalam tray-tray yang diorang bawak tu, tuuu diaa.. asam pedas dengan pilihan perlbagai jenis ikan. Mak aihh.. rasanya ada dalam 8 dulang pelbagai jenis ikan masak asam pedas sahaja. Apa lagi, terus ambek phone, snap-snap snap sinilah jawabnya.
Asam pedas Alor Gajah |
Asam pedas Alor Gajah |
Ikan bakar yang terpaksa di cancel sebab dah jatuh cinta dengan asam pedas |
Mula-mula tu Tn SOSAB ambek seketul je ikan siakap dengan kuah asam pedas sebab dah order 2 ekor ikan bakar. Sekali bila dah rasa asam pedas tu, terus kami cancel ikan bakar tukar dengan seketul lagi ikan siakap asam pedas. Memang sedap sangat asam pedas kat restoran ni. Semua rasa yang sepatutnya ada kat asam pedas memang terasa. Yang paling best ikan siakap yang diguna masih terasa manis ikan tu. Kalau compare dengan asam pedas yang pernah kami cuba kat bandar hilir sebelum ni, asam pedas Restoran Ikan Bakar Simpang Ampat ni masih champion lagi. Ingat tak kak Ti tadi bagitau yang masa kami sampai tu belum ada pelanggan lain lagi, hah.. tak lama lepas tu memang penuh restoran dengan pelanggan.
Tangok tu.. Liciinn… |
Selesai urusan makan, kami ingat nak terus ke rumah kawan mak. Tapi bila mak call kawan mak tu, rupanya mak cik tu dan suaminya belum sampai rumah lagi. Daripada menunggu saja, kami decide nak jalan-jalan kat Alor Gajah ni sementara menunggu. Lagipun masa lepas tol tadi kami ternampak ada sign board Free Port A’Famosa Outlet. Ini rasanya salah satu latest attraction kat Alor Gajah ni.
Freeport A’Famosa Outlet |
Apa yang ada kat sini? Hmmm.. Macam-macam ada.. Tapi jangan bayangkan macam JPO kat Jb tu tau.. Kat sini lebih kepada barang-barang yang kita biasa nampak kat mana-mana shopping centre. In terms of harga pulak.. Bagi kak Ti ada sesetengah barangan tu lebih murah lagi kat luar dan designya kat luar pun lebih up to date berbanding dengan apa yang ada. But again.. Itu personal opinion kak Ti tau.. Kalau nak tau korang kenalah pegi sendiri..
Sumber: http://freeportafamosa.com/ |
Sumber: http://freeportafamosa.com/
|
Puas melayan mata kat dalam Freeport tu (Yesss!! berjaya tak beli apa-apa kat dalam ni kecuali mainan si kecik tu dengan abang dia) kami pun bergerak ke lokasi rumah kawan mak yang terletak tak jauh dari Freeport tu. Lebih kurang sejam lepas tu kami mintak diri untuk ke Port Dickson pulak.. Tapi sebelum tu, kami dibawak untuk tengok rumah baru kawan mak tu yang dah hampir siap. Sempat lagi kawan mak tu jemput kami ke kenduri kesyukuran masuk rumah baru minggu depannya. Maaflah mak cik.. kami tak dapat nak datang. Terima kasih atas jemputan.
Lebih kurang pukul 5 petang kami pun bergerak menuju ke Port Dickson. Kami berada kat Port Dickson agak lama jugak. Kebetulan ada kerja yang TnSOSAB bantu kat kedai pak cik kami tu. Selesai segala kerja malam tu, kami ingat nak terus balik dah.. Tapi kami di ajak pulak untuk makan malam dulu sebelum balik.. Alhamdulillah. Rezeki jangan di tolak ya dak.. Akhirnya kami bergerak balik ke KL agak lewat jugak malam tu dan sampai KL pun memang dah lewat sangat. Sampai Kl, kami hantar mak balik ke UK dulu, lepas tu barulah kami balik ke rumah kami. Maka berakhirlah short vacation kami untuk hari tu. Dan keesokannya kami pergi kerja dengan mata yang rabak.. Hehehehe..
seronok jalan jalan dan makan makan dekat melaka, tapi bila IQ balik melaka, mesti IQ tak tahu nak berjalan ke mana….grrrr
Hahaha.. Biasanya macam tu lah kan… Dulu kak Ti pun macam tu jugak.. Kat Jb tu banyak tempat mkn best.. Tapi bila balik JB mcm blur nak mkn kat mana..
Sedapnya kak Ti. Biasa org ke Ayer Keroh. Tak lalu Alor Gajah.Kebetulan esok nak ke Melaka.Kalau ahli majlis berjalan setuju boleh singgah ni.
Cakap ngan ahli majlis.. alang-alang ke Melaka detour sikit masuk alor gajah.. pastu boleh jalan-jalan kat Freeport tu..
Lama tak jalan2 kat Melaka. Bestnya. Tak pernah lagi try asam pedas kat sana, hope one day dapat merasa. Sebab sana feymes dengan asam pedas kan. So Must rasa one day
Betul tu, Melaka memang terkenal dengan asam pedasnya..Ina kena rasa tu.. rugi kalau tak pernah rasa..
Tak leh tahan SA tgok Asam Peda tu ha..sodap eh…
Sodap sangat sis.. Mesti kena try kalau pegi Melaka.. Tq sudi singgah blog kak Ti…
Alahai kite g melaka ari tu smp x tau nk cr kat mana tpt mkn sedap. Sabor je la . Hehe
Laaa ya ka. alamak sayangnya.. Takpa sis.. next time pg Melaka lagi bolehlah cuba asam pedas kat sini.. Tq sudi singgah blog kak Ti..
bestnye jalan2 sekali dengan cari makan jugak…asa pedas tue..terliur nengoknye
Rugi sangat hari tu g melaka tapi xtry asam pedas huwaaa
Juju pernah pi freeport tu tahun lepas rasa…hanya beli perfume 2 botol sbb ada promosi…best!