Ambil Tahu Sebelum Terjadi – Jangan Sampai Termangu Sendiri
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
UJIAN KECIL DI PAGI JUMAAT
Alhamdulillah ‘Ala Kulli Hal….
Salam Jumaat yang penuh barakah kepada semua yang membaca tulisan kak Ti ni. Semoga di hari Jumaat, penghulu segala hari ini kita mendapatkan keredhaanNya dalam apa jua yang kita lakukan selagi ia tidak bertentangan dengan syarak.Hari ini Jumaat pertama di bulan pertama tahun 2018. Hmm.. mesti dah ramai yang tak sabar nak tunggu hari esok kan. Kak Ti pun macam tu jugak.. Apatah lagi esok kak Ti akan ke satu tempat yang InsyaAllah pasti sangat menarik bersama 7 orang lagi rakan-rakan blogger dari KBBA9 termasuklah Abam Sado to be again, founder KBBA9.
Memulai pagi ni, kak Ti menjadi antara hamba-hambaNya yang dikasihi yang terpilih untuk menerima ujian kecil. Allahuakbar.. Ujian kecil di pagi Jumaat tanda ingatan dan tanda kasih sayangNya pada hambaNya yang selalu leka dan lalai ni. Pagi tadi, masa kak Ti dalam perjalanan nak ke tempat kerja tayar kereta kak Ti bocor dan terpaksa di tukar dengan tayar spare. Alhamdulillah, mujurlah tayar ‘spare’ yang ada masih boleh digunakan.
SENDIRI CUAI SENDIRI TANGGUNG
Kalau nak cerita pasal penjagaan kereta ni, kak Ti memang boleh dikategorikan dalam kategori yang memang tak tahu apa-apa. Manakan tidak, jangankan benda-benda yang ada kat bawah bonet kereta, benda basic macam pam tayar pun kak Ti tak confident nak buat. Setiap kali nak pam tayar, kalau kebetulan masa tu kak Ti yang pakai kereta, kak Ti mesti akan call dulu Tn SOSAB untuk bertanya. Tapi kebiasaanya memang kak Ti tak ambil tahu pun… Semuanya memang kak Ti serahkan bulat-bulat pada TN SOSAB. Bertabahlah wahai Tn SOSAB dapat Mem yang macam kak Ti ni..
Hari bekerja biasanya Tn SOSAB akan hantar kak Ti ke ofis kecuali kak Ti perlu keluar dan juga hari Jumaat sebab setiap hari Jumaat lepas kerja Tn SOSAB akan ke satu tempat dan akan balik hanya selepas Maghrib. Jadi, seperti biasa hari ni kak Ti perlu memandu sendiri ke tempat kerja dan macam biasa jugak, keluar dari rumah, masuk ke tempat memandu, start enjin dan terus jalan.
Lebih kurang 5 minit perjalanan, kak Ti dengar bunyi yang pelik. Aduh mak! Seramnya.. Dalam hati kak Ti “dah kenapa pulak kereta ni.. Ada pintu yang tak rapat ke.. ada bunyi yang kuat pulak”. Dalam masa yang sama kak Ti perasan yang kereta rasa tak ‘smooth’ macam biasa. Tapi kak Ti buat tak tahu lagi. Tapi makin lama bunyi tu makin kuat dan tiba-tiba kak Ti terdetik untuk memeriksa tayar kereta kak Ti. Kak Ti pun ‘adjust’ cermin sisi sampai boleh nampak tayar bahagian belakang.
TAYAR PECAH APA NAK BUAT?
Dan tu dia.. Jelas kelihatan tayar yang dah leper seleper-lepernya. Aduh!! Berderau darah kak Ti. Mujurlah masa tu kak Ti berada lebih kurang hanya 100 meter dari stesyen minyak. Kak Ti hidupkan lampu kecemasan dan dengan perlahan-lahan kak Ti memandu ke tempat mengepam angin yang ada kat stesyen minyak tu. Bila dah sampai, benda pertama yang kak Ti buat apa tau.. Yang pastinya bukan ‘check’ tayarlah.. Hahahaha.. Benda pertama kak Ti buat, telefon dulu Tn SOSAB untuk mengadu, lepas tu baru turun tengok keadaan tayar.. Perangai sangat kan.
Berpandukan arahan dari Tn SOSAB , kak Ti pun cubalah pam angin ke dalam tayar tu.. Tapi bila pam tu macam ada angin keluar pulak. Bila kak Ti tengok, barulah kak Ti perasan yang tayar sebenarnya dah pecah. Maunya tak pecah, kak Ti rasa dari rumah lagi tayar tu dah ‘flat’. Bila tengok dah macam tu, mulalah risau tak tau nak buat apa. Yang pasti tayar mesti kena tukar dengan tayar ‘spare’ yang ada. Tapi macm mana nak tukar… Apa pun tak tau.. macam mana pulaklah kak Ti nak uruskan masalah ni..
So, kepada korang para ladies kot-kot terbaca entry kak Ti ni, silalah ambil tahu serba sedikit pasal penyelenggaraan kereta. kalau tak mampu nak ambil tahu banyak-banyak, ambil tahu yang asas pun jadilah. Tak perlu pun untuk jadi ‘supermama’/ ‘superwomen’. Contohnya macam periksa angin tayar, cara mengepam angin bila tayar pancit, tukar tayar bila terpaksa, periksa minyak hitam dan periksa air kat radiator. In case jadi apa yang terjadi pada kak Ti kat korang, korang tau apa nak buat dan tak jadi macam kak Ti yang sekejap-sekejap kena call suami untuk bertanya.
JOE KIM SI PENYELAMAT KEADAAN
Dalam pada kak Ti kebingungan tak tau nak buat apa dan sementara menunggu maklum balas dari TN SOSAB, tiba-tiba datang seorang lelaki muda yang turun dari lori yang dipandunya dan tanya kat Ti apa yang jadi. Kak Ti pun bagitaulah kat dia situasi kak Ti masa tu. Lepas kak Ti bagitau tu dia tawarkan bantuan pada kak Ti. kak Ti mulanya serba salah jugak nak terima bantuan dari orang tak dikenali ni, apatahlagi dia pun nampaknya tengah bekerja. Karang tak pasal-pasal sebabkan kak Ti dia pulak lambat.
Tapi kak Ti boleh nampak kesungguhan dia nak bantu kak Ti dan akhirnya kak Ti pun setuju untuk dibantu. Mujurlah segala peralatan untuk tukar tayar ada dalam kereta.. Itupun kak Ti terpaksa call Tn SOSAB untuk tanya kat mana ‘tools’ tu. Aduhai!! Apalah teruk sangat Mem Tn SOSAB ni. Bila semua yang diperlukan dan ada, maka bermula lah kerja-kerja menukar tayar. Dan Alhamdulillah setelah bermandi peluh dan disirami hujan rintik-rintik, akhirnya selesai juga sesi menukar tayar.
Ya Allah.. Kak Ti memang bersyukur sangat sebab Allah hantarkan Joe Kim untuk bantu Kak Ti. Walaupun berlainan bangsa dan agama tapi dia sudi jugak tolong kak Ti. Semoga kebaikannya itu Allah balas dengan sebaik-baik balasan. Moga satu hari nanti hidayah Allah akan sampai padanya. Ialah, dia pun ada bagitau kak Ti tadi yang ada sorang kakak dia yang dan kembali ke fitrah. Moga Allah pun berikan dia hidayah dan kembali ke Fitrah juga. Aaaminn..
Oh ya! Masa kami bersembang sementara Joe Kim tolong kak Ti tadi, dia ada bagitau yang dia sebenarnya tengah cari kerja. Dia berkelulusan Diploma Logistik, tapi terpaksa bekerja sebagai pemandu lori sementara dia belum dapat kerja yang sepatutnya. manalah tau ada yang baca perkongsian kak Ti yang kebetulan sedang cari pekerja bahagian logistik atau kenal sesiapa dari bahagian logistik bolehlah contact Joe Kim di talian: 017-579 9277. Kak Ti yakin InsyaAllah dia orang yang baik..
Memang kena ambil tahu juga pasal kereta. Dan kalau tak larat nak buat sendiri, kena cuba tanya orang berdekatan. Tapi kena memilih juga kan orangnya Kak Ti. Insha Allah ada ramai lagi orang baik macam Joe Kim