Alpha Blue 420 – William Educate Tentang Kualiti Kanta

KANTA ALPHA BLUE 420 –  BUKAN SEKADAR KANTA BIASA

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Sape mata empat angkat tangan! Korang tau ke mata empat tu apa. Mata empat ni adalah gelaran untuk orang-orang yang pakai cermin mata. Haaaa.. Kak Ti lah salah seorang si mata empat tu. Dah lebih 20 tahun rasanya kak Ti bercermin mata dan soalan paling kerap kak Ti tanyakan adalah “ada nampak cermin mata saya tak?” Walhal, kadang cermin mata tu ada kat sebelah kak Ti je. Tapi tu lah.. Bila rabun teruk ni.. Yang dekat pun tak nampak.

Disebabkan masalah rabun kak Ti ni, hampir tiap tahun kak Ti akan tukar cermin mata. Sebab utama tukar cermin mata, biasanya sebab power dah naik. Bila power naik, mata akan jadi tak selesa pakai cermin mata sedia ada. Sampai satu tahap tu, kepala kak Ti akan rasa sakit disebabkan oleh cermin mata yang tak lagi sesuai dengan mata kak Ti. Tapi kan, awal tahun hari tu lain pulak kisahnya.. Kak Ti kerap sangat sakit kepala bila pakai cermin mata yang sedia ada.

Kak Ti memang dah agak dah, mesti sebab power naik lagi. Bila kak Ti check mata, rupanya memang power mata kak Ti dah berubah tapi bukan naik, sebaliknya power mata akak Ti turun. Nak tak nak terpaksalah kak Ti buat cermin mata baru. Masa buat cermin mata tu, kak Ti rasa macam dah murah sangat dah. Kak Ti cuma perlu bayar lebih kurang RM300 untuk bingkai dan juga cermin yang agak berkualiti juga. Biasanya, untuk bingkai dan cermin yang berkualiti mesti kak Ti kena bayar lebih dari RM300 tu. Bila dah siap, memang puas hati sangat.

Kedai Cermin Mata Viral Sungai Wang – Pro Vision

Baru-baru ni, kak Ti ternampak posting kawan-kawan kak Ti pasal satu kedai cermin mata kat Sungai Wang. Kerap pulak keluar kat wall kak Ti samaada kat IG atau Facebook. Kerap pulak ada sharing pasal kedai cermin mata kat Sungai Wang ni. Murah sangat kata diorang yang dah pernah pergi. Sebagai si mata empat yang dah ada lebih 20 tahun pengalaman dan entah berapa puluh kali tukar cermin mata, korang ingat kak Ti percaya macam tu je ke. Mesti ada hidden cost lain yang akan diorang kenakan bila buat nanti.

Tapi kan, sebab tak tahan dengan godaan dan bila tengok makin hari makin viral pulak kedai cermin mata tu yang katanya harga kat sana, bingkai dan cermin yang berkualiti harga bawah RM125 untuk power 400 dan ke bawah. Untuk yang power lebih dari 400 tapi bawah 700 pulak RM250 je dan power lebih dari 700 RM320 je.. Isssshhhh.. Mustahil… Takkanlah macam tu harganya kan. Kanta yang dibagi pulak tu bukannya cikai-cikai.. Akhirnya.. Sebab tak tahan sangat dengan godaan, cuti Krismas ni kak Ti pun terjah kedai tu.

Alpha Blue 420 – Multicoated Lens with UV & Blue Ray Protection

Punyalah semangat, masa kak Ti sampai kedai pun baru je buka. Punyalah banyak pilihan bingkai rambang mata kak Ti dibuatnya. Mananya tidak ada lebih 2000 jenis bingkai ada kat kedai ni. Korang cakap je nak yang macam mana. Yang tengah hot dan trending kat sosial media pun ada kat sini tau. Kalau korang peminat kpop, kat sinilah tempatnya korang nak buat cermin mata dengan bingkai ala-ala kpop. William, owner kedai cermin mata ni pun dah macam muka kpop. Jangan tak tau.. William ni pelakon tau dan  digelar Jae Suk Malaysia… Hehehehe

Tapi seronok bila datang awal ni.. Kak Ti bebas memilih dan boleh tanya macam-macam berkenaan dengan kanta yang tengah diorang promosikan iaitu kanta  ALPHA BLUE 420. Yang layan kak Ti pulak tu, bukan calang-calang orang tau. William yang tinggi lampai, owner sendiri yang layan segala pertanyaan kak Ti berkenaan dengan kanta ALPHA BLUE 420 tu. William siap buat demo lagi tentang perbezaan antara kanta ALPHA BLUE 420 dan kanta biasa. Memang jelas ketara bezanya. ALPHA BLUE 420 mampu menahan dan manapis sinaran laser yang dipancarkan melaluinya manakala sinaran laser nampak tembus bila dihalakan ke kanta biasa.

Antara kelebihan lain cermin ALPHA BLUE 420 adalah ia tak mudah calar dan tahan lasak. Ia juga dapat membantu orang-orang yang ada masalah silau tinggi dan masalah memandu diwaktu malam. Selain dari tu, cermin ALPHA BLUE 420 juga mampu untuk membantu mengurangkan keletihan mata akibat terlalu lama pandang handphone ataupun terlalu lama bekerja depan komputer. Wahhh! Semua masalah yang disebutkan tu adalah masalah yang kak Ti hadapi selama ni.

Bila dah selesai William explain pasal kelebihan kanta ALPHA BLUE 420, kini tiba masa untuk pilih bingkai pulak. Aduhh! Lemah betul nak pilih bingkai ni. Selalu ada je yang tak kena dengan bingkai yang kak Ti pilih. Tapi mujurlah kat kedai cermin mata ni banyak pilihan bingkai. Pilih punya pilih.. Kak Ti akhirnya berkenan dengan satu bingkai yang katanya antara bingkai yang jadi pilihan ramai.

 

Harga Yang Melampau & Tak Masuk Akal

Bila dah selesai pilih bingkai dan dah buat ‘eye test’ bagai tu.. Tibalah masa untuk mengetahui kebenarannya. Kebenaran apa lagi.. Hargalah. Masa ni kak Ti agak cuak jugak sebenarnya. Ialah dah beria bertanya, dah berjela boss kedai cermin mata bagi penerangan tiba-tiba tak jadi beli sebab mahal sangat. Pengalaman kak Ti sebelum-sebelum ni, memanglah kat luar kedai diorang tulis harga promosi yang memang murah.. Tapi at the end, kak Ti terpaksa bayar jauh lebih mahal. Antara sebab yang biasa diorang bagi adalah kanta yang kak Ti minta multi coated dan power kak Ti pulak tu tinggi. Huhuhuhu… Itulah yang selama ni terjadi.

So, korang taulah kenapa kak Ti cuak kan. Tambah pulak cermin ALPHA BLUE 420 yang kak Ti request tu kelebihan dia memang biasanya sama lebihnya dengan harga yang kena bayar. Bila kak Ti tanya berapa total untuk cermin mata kak Ti pada William, dia kata harga untuk kak Ti punya cermin mata mahal sebab power dah atas 400. Dalam hati “Ahhhh sudah! Aku dah agak dah.. Memang indah khabar dari rupa je kedai ni”.

Pastu kak Ti tanyalah.. Berapa harganya. Bila William kata Rm250.. Kak Ti rasa macam.. Aisshhh.. Harga lens je kot.. Belum masuk bingkai lagi tu. Kak Ti tanya lagi.. Termasuk bingkai berapa RM. William kata.. Itu dah all in dah tu. I was like.. What?? Phewwwww! Lega weiii… Lagi macam tak masuk akal bila dia kata siap dalam masa setengah jam sebab kak Ti datang awal dan pelanggan belum ramai. Lagi sekali What? Bio betul.. Tak pernah lagi weii dalam sejarah kak Ti buat cermin mata siap dalam masa setengah jam. koman-koman pun 2 atau 3 hari siap tu kira cepat sangatlah tu.

Mengikut kata William harga sepasang cermin mata sebenarnya hanya RM65 sahaja tapi kalau nak guna kanta Alpha Blue 420 ada tambahan RM60. Jadi total bagi sepasang cermin mata dengan kanta yang sangat berkualiti hanya RM125 sahaja. Melampau sangat kan. Macam ni punya harga, yang tak rabun pun boleh jadi rabun sebab rasa tergoda nak buat cermin mata. Tak pernah lagi kak Ti tengok mana-mana kedai cermin mata bagi harga semurah ni.

Daaannn.. Selepas satu jam (Kak Ti gi merayap dulu kat Sungai Wang sebab dah lama gila tak datang Sungai Wang) kak Ti datang balik ke kedai, tuu dia.. Cermin mata ku dah siap menanti.. Wahh.. seronoknya rasa.. Tanpa buang masa, kak Ti terus pakai. Ok.. Serius kak Ti rasa pandanganku berbeza. Hahahaha.. Kak Ti ingatkan selama ni cermin mata yang kak Ti pakai tu dah cukup baik dah. Sekali bila pakai cermin mata yang guna kanta ALPHA BLUE 420 ni memang pandangan terus jadi HD. Betulllll! Kak Ti tak tipu.. First time kata buat cermin mata baru yang terus serasi dan selesa pakai.

Eye Pro Vision Nama Kedainya, William Nama Tokeynya

Korang perasan tak tadi kak Ti ada sebut yang kak Ti yang William ni pelakon. Itu serius tau.. Dia memang pelakon dan muka dia memang macam Jae Suk. So kalau korang nak buat cermin mata sambil dilayan oleh ‘Jae Suk’ korang kena datang ke Eye Pro Vision Sungai Wang ni. Untuk pengetahuan korang, Eye Pro Vision ni merupakan cawangan ke 7. Itu bermakna mereka ni memang dah pakar dalam bidang optometris ni. OK.. Untuk korang yang nak datang boeh tengok alamat yang kak Ti share ni ya:

EYE PRO VISION SUNGAI WANG

Ground Floor G111, Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi 11:00 am – 9:00 pm

 

 

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Alpha Blue 420 – William Educate Tentang Kualiti Kanta

Leave a Reply

Your email address will not be published.