Air On Park – Pusat Rekreasi Keluarga di AEON Shah Alam

AIR ON PARK AEON SHAH ALAM – PENGALAMAN BERMAIN VIRTUL REALITY (VR) GAME YANG MENGUJAKAN

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kalau dalam entry Rocky BaseCamp Indoor Wall Climbing Di AEON Shah Alam kak Ti kongsikan keseronokan mencuba wall climbing yang sememangnya sangat mencabar, kali ni kak Ti nak kongsi pulak pengalaman kak Ti kat Air On park yang juga terletak kat AEON Shah Alam. Aduhai! Untung betul orang Shah Alam kan.. Macam-macam pusat hiburan keluarga ada.

Air on Park ni sebebnarnya dikelolakan oleh syarikat yang sama mengelolakan Rocky Basecamp. Kira adik beradik la sebenarnya. Tapi walaupun adik beradik, apa yang ditawarkan kepada pengunjung memang sangat berbeza.  Air on Park ni  terletak atas satu tingkat je dari Rocky Basecamp. Kalau naik eskelator depan Rocky Basecamp tu terus akan nampak Air On park kat sebelah kanan.

Kak Ti dan anak-anak mencuba permainan-permainan yang ada kat Air On Park lepas kami mencuba wall climbing kat Rocky Basecamp. Tapi sebelum tu kak Ti bawak anak-anak untuk lunch dulu kat ‘food court’ yang terdapat kat dalam AEON. Selesai menjamu selera kami ke surau pulak. Yang bestnya kan, surau dekat sangat. Keluar je kat pintu ke arah parking kat Rocky Basecampt, belok kiri, dah jumpa surau. Bila dah selesai menunaikan kewajipan barulah seronok nak sambung berjimba ya dak.

Cantik pulak tempat rehat yang pihak AEON Shah Alam sediakan ni.. Rasa mcm kat taman pulak…

Lepas je solat, kak Ti dan anak-anak terus menuju ke Air On Park. Rupanya bila sampai kat sana, rakan-rakan kak Ti yang lain dah pun sampai. Sama macam kat Rocky Basecamp, sebelum kami dibenarkan masuk, kami perlu isi borang untuk kami dan anak-anak. Anak-anak jangan cakaplah.. Memang dah tak sabar nak masuk ke dalam Air On Park yang terbahagi kepada 3 zon iaitu Fun Zone, Edutainment Zone serta AR dan VR Zone Virtual Reality dan Augmented Reality).

Air On Park Fun  Zone

Fun Zone memang betul-betul zon penuh keseronokan dan kegembiraan untuk anak-anak. Fun Zone umpama sebuah taman permainan indoor yang unik dan luas. Permainan yang disediakan kat dalam fun zon ni awalaupun nampak seakan-akan taman permainan biasa dengan slide, buai dan sebagainya.. Tapi sebenarnya dia memang sangat berbeza dengan taman permainan biasa..

Menariknya kat Fun Zone ni, bukan setakat kanak-kanak seawal usia 3 tahun je yang boleh masuk dan bermain kat fun zone ni, orang dewasa pun boleh join sekali. Permainan yang disediakan dalam fun zone ni pun bukan permainan biasa-biasa tapi permainan berhalangan yang bertujuan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental anak-anak.

Antara yang korang wajib cuba bila masuk ke fun zone ni adalah junior slide dan 60 degrees “Devil Slide”. Nampak macam tak ada apa, tapi bila dah naik, cuak tau. Kat dalam fun zone ni kan, permainan yang dibina kat sini adalah dari tali berwarna warni. Memang nampak ceria dan menyeronokkan.

Untuk anak-anak yang berminat dengan permainan blocks pulak.. Satu sudut yang dipenuhi dengan giant blocks turut disediakan dalam fun zone ni. Hmmmm.. Boleh korang bayangkan tak betapa seksanya kak Ti terpaksa melayan drama si SAZSO No4 yang tak nak keluar dari fun zone tu.

Harga Fun Zone

  • Pass 2 jam : RM35.00
  • 2 jam x 4 kali masuk : RM110.00
  • Pas 3 jam untuk 2 zon (Edutainment dan Fun Zone) : Rm60.00

Pas Masuk

  • Penjaga (Guardian) : Rm5.00
  • Companion: Rm10.00

Air On Park Edutainment Zone

Haaa.. Ni satu lagi tempat yang susah bebenor nak ajak anak-anak keluar bila dah masuk. Dah nama pun edutainment zone (education & entertainment) mestilah permainan-permainan yang disedikan kat dalam ni bersifat menghibur dan juga mendidik dalam masa yang sama. Semua yang disediakan dalam zon ni berbentuk interaktif. Seronok tengok anak-anak mencuba pelbagai permainan yang ada kat dalam ni.

Edutainment Zone ni bersebelahan je dengan Fun Zone dan sebenarnya dari pintu masuk tu akan nampak Edutainment Zone dulu. Tapi masa kami datang tu, anak-anak terus serbu fun zone. Elok jugak sebenarnya.. Bolehlah kami para “parents” ni berehat sekejap lepas penat buat aktiviti wall climbing sebelum tu. Kat dalam Edutainment Zone dan Fun Zone akan sentiasa ada staff-staff yang akan melayani anak-anak kita. Tapi biasalah anak-anak kan.. Nak jugak mak paknya ada dekat dengan diorang.

Harga Edutainment Zone

  • Pas 1 jam : RM35.00
  • Pass 2 jam : Rm45.00
  • 2 jam x 4 kali masuk : RM140.00
  • Pas 3 jam untuk 2 zon (Edutainment dan Fun Zone) : Rm60.00

Pas Masuk

  • Penjaga (Guardian) : Rm5.00
  • Companion: Rm10.00

Air On Park Augmented Reality & Virtual Reality

Korang nak rasa tak macam mana perasaan bila kita dalam medan perang atau pertahankan diri dari serangan zombie, terbang, terjunam dan melayang tinggi bagai. Real sangat perasaan tu tau. Selama ni bila tengok kat youtube orang dok terjerit-jerit bila main AR atau VR kak Ti ingatkan diorang over reacting je. Sekali bila dah merasa sendiri baru tau.

Kak Ti sempat cuba beberapa permainan antaranya pertarungan melawan zombie yang perlu dimainkan oleh 4 orang dalam satu-satu masa. Dia punya debaran tu.. Tak tau nak kata.. Wal hal dalam masa yang sama tu kita tau yang sebenarnya kita ni berada dalam satu ruangan yang selamat tapi tetap jugak rasa teruja dan berdebar dalam masa yang sama. Adrenalin rush uolls..

Lepas tu, kak Ti cuba pulak permain AR/VR sling shot ke apa ntah nama dia. Yang ni lagi kelakar. Padahal dah tau dah tempat kita duduk tu bergerak setempat je sebenarnya… Tapi dia punya perasaan gayat tu real sangat.. terjerit-jerit kak Ti bila menjunam ke bawah dengan lajunya.. Siap ada berpusing 360 darjah.. Serious rasa macam nak jatuh sungguh-sungguh.. Mau tak menjerit..

Terus teringat pengalaman main permainan yang agak serupa dengan ni kat Dunia Fantasi Jakarta awal tahun lepas. Kak Ti rasa kan, ianya akan jadi sangat real untuk orang-orang yang dah pernah ada pengalaman sebenar bermain permainan ni. Jadi bila main yang AR/VR ni, semua rasa tu datang balik. Lepas je main, terus rasa pening kepala.. Hahahaha…

Satu kekurangan AR/VR zone ni adalah permainan yang disediakan ada yang tak sesuai untuk anak-anak yang kecik sangat. Sebabnya alat VR yang perlu dipakai tu tak muat nak bagi diorang pakai. Tapi itu tak bermakna tak ada yang sesuai untuk diorang. Sementara mak bapak ber AR/VR anak-anak boleh main permainan ala-ala game kat hand phone tapi yang ni kita yang kena bergerak sendiri.

Salah satu yang buat kak Ti happy sangat bila datang kat sini adalah sikap staff-staff kat sini yang melayan je kerenah anak-anak kami yang macam-macam tu. Dengan drama merajuk bagai sebab tak dapat try certain game, nak main game yang diorang belum boleh mainlah.. Macam-macam.. Mujurlah tahap kesabaran diorang ni tinggi.. At last, dapat jugak anak-anak kami yang masih kecik-kecik tu merasa permainan AR/VR.

 

Harga AR/VR Zone

  • Pass single – 5 permainan : RM55.00
  • Pass Bundle – 10 permainan : Rm95.00
  • Permainan Taktikal – 1 Entry : RM55.00
  • Permainan Taktikal – Bundle 4 games : RM190.00
  • Pass Bundle – 10 perlawanan : RM95.00

Pas Masuk

  • Penjaga : Rm5.00
  • Peneman (Companion) : RM10
  • Topeng mata : RM1.00 sekeping

Maklumat Lanjut Air On Park AEON Shah Alam

Untuk korang yang tau lebih lanjut korang boleh klik link-link oyang kak Ti ‘share ‘ kat bawah ni:

Website: http://aironpark.com/

Facebook: https://www.facebook.com/AirOnPark.SA/

Instagram: https://www.instagram.com/aironpark.sa/

 

 

 

 

Facebook Comments Box

3 thoughts on “Air On Park – Pusat Rekreasi Keluarga di AEON Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published.