Air Mata Tumpah di Lembaga Zakat Selangor Klang Sentral

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Bangunan LZS Klang Sentral

Sebelum-sebelum ni kan, bila sebut je Lembaga Zakat tak kiralah pusat zakat negeri mana, mesti tanggapan pertama kak Ti adalah tanggapan negatif. Ditambah pulak dengan timbulnya pelbagai berita kurang enak tentang isu-isu zakat yang kemudiannya diviralkan oleh netizen-netizen yang “sangat prihatin”.

“Alah..pusat zakat tu.. susah sangat nak luluskan permohonan orang miskin yang mohon bantuan, yang kaya senang pulak dapat.. Saja lah tu menyusahkan orang miskin yang memang dah susah”.. “Dengar cerita kan.. Si Polan tu permohonan zakat dia tak diluluskan walaupun dah banyak kali mohon sebab dia sokong parti P tu”…

Mesti korang pun biasa nampak atau dengar statement-statement macam kat atas ni kan.. Tambah pulak dengan adanya sosial media, memang senang sangat sebarkan dakyah-dakyah macam ni. Dan sebagai netizen yang kurang bijak macam kak Ti dulu, memang dengan mudah kita akan mengambil kesimpulan bahawa Pusat zakat tak telus dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh Umat Islam untuk menguruskan zakat yang telah ditunaikan oleh mereka.

Namun, Alhamdulillah, sejak kak Ti join Kelab Blogger Ben Ashaari(KBBA), sedikit demi sedikit tanggapan kak Ti tentang pusat zakat semakin berubah. Tambahan lagi Kelab Blogger Ben Ashaari adalah media rasmi bagi Lembaga Zakat Selangor (LZS) maka banyaklah ilmu dan pengetahuan baru tentang zakat yang kak Ti perolehi. Sebagai media rasmi juga, kami turut berperanan untuk membantu pihak LZS untuk menyebarkan dan berkongsi maklumat kepada orang ramai tentang zakat dan secara tidak langsung ini juga dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Bantu-membantu pada perkara kebaikan itukan amalan yang mulia.

LZS telah mewujudkan satu program yang dipanggil ‘mysterious shopper’. Hah?? kat LZS tu boleh bershoping ke? Apa bende ‘mysterious shopper’ ni? Haa.. Meh sini nak kabo.. Yang sebenarnya kami dari KBBA kena pergi ke cawangan-cawangan LZS dan berlakon jadi pelanggan tanpa sepengetahuan staff LZS kat cawangan tu. Ada beberapa orang blogger yang terlibat termasuklah kak Ti dan semalam kak Ti dimaklumkan yang kak Ti perlu ke cawangan LZS Klang Sentral hari ni.

Sejujurnya kan sampai pagi tadi, kak Ti masih blur lagi tentang kes yang kak Ti nak bawak ke pusat zakat ni walaupun basic ideanya dah ada sebab  sebelum tu kak Ti ada mintak pandangan Aben tentang kes yang nak di bawak ni. Cuak jugak sebenarnya nak jalankan amanah untuk berlakon jadi orang yang memerlukan bantuan ni. Bila sampai je kat parking, kak Ti pun call Lynda rakan blogger yang turut menjalankan task hari ni untuk bertanya apa kes yang dia bawak. Lepas bercakap sekejap dengan Lynda, kak Ti pun terus menuju ke bangunan LZS, tapi tak masuk lagi.. Duduk sekejap kat kerusi yang ada kat luar tu untuk mengumpul kekuatan dan keberanian.. Hahahaha.. Iyalah.. Kak Ti bukan pelakon.. Dahlah memang jenis “You get what you see type”… Harap-harapnya performance kak Ti meyakinkan…

Dan akhirnya kak Ti pun melangkah masuk dengan raut muka orang susah hati. Bila diminta untuk ambil nombor, kak Ti pun ke tempat untuk ambil nombor dan bila ditanya nak ambil nombor atas urusan apa.. Kak Ti pun jawab dengan suara perlahan, yang kak Ti nak mohon bantuan segera. Baik pak cik guard yang kerja jaga nombor tu. Nampak keprihatinannya pada pelanggan yang datang. Kak Ti tak menunggu lama, dalam 10 minit menunggu nombor giliran kak Ti terpampang..

Alamak… Sekali pegawai yang akan attend kak Ti tu adalah pegawai yang mengaturkan ‘mysterious shopper’ ni la pulak.. Memang macam yang kak Ti jangka, awal-awal lagi dah kantoi.. baru beberapa patah perkataan beliau dah dapat detect yang kak Ti ni dari KBBA.. Hahahaha… Hebat beliau dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabDari bahasa tubuh  dan penampilan dah boleh tau kak Ti siapa.

Tapi beliau kata takpe, teruskan jugak dengan kes yang kak Ti bawak tu dan beliau  akan pas kes kak Ti ni pada seorang lagi pegawai. Maka berpindahlah kak Ti ke sana.. Bila sampai je depan pegawai tersebut, kak Ti pun di tanya tujuan datang ke LZS.. Maka kak Ti pun ceritalah kononnya yang kak Ti perlukan bantuan segera untuk bayar yuran sekolah dua orang anak yang bersekolah di sebuah sekolah bukan aliran akademik yang dah bertangguh beberapa bulan sebab duit setiap bulan memang sentiasa tak cukup.

Hmmm.. Mesti akan ada yang kata.. Apalah.. Dah sah-sah la permohonan untuk kes macam tu tak akan diluluskan.. Kalau si pemohon tu boleh hantar anaknya ke sekolah yang perlu di bayar setiap bulan, takkan lah baru tiga bulan tak boleh bayar terus nak mintak bantuan zakat. Haaa.. Memanglah kes ni tak ada asas yang kukuh untuk buat permohonan bantuan zakat sebab tujuannya bukan untuk memohon bantuan tapi untuk melihat macam mana reaksi pegawai yang harus menangani kes-kes macam ni. Adakah bila dah tau kes ni memang tak ada asas yang kukuh untuk dapatkan bantuan maka pemohon akan di layan acuh tak acuh…. ke macam mana..

Ok.. Meh baca lebih lanjut lagi… Untuk pengetahuan korang, walaupun dari awal lagi beliau dah tau yang permohonan kak Ti ni takde asas yang kukuh dan dengan beberapa situsi dan informasi yang mencurigakan namun beliau tetap melayan dengan sabar setiap pertanyaan kak ti yang lebih kepada mendesak sebenarnya. Beberapa kali beliau menerangkan bahawa kalau ikut alamat tempat tinggal kak Ti ni, kak ti tak sepatutnya datang kat cawangan LZS Klang Sentral ni.. Kak ti patutnya ke cawangan lain. Adakah bila dah tau kak Ti sepatutnya mengajukan sebarang permohonan kat cawangan lain maka kak Ti tak lagi dilayan? Jawapannya tidak ya korang… Kak ti tetap dilayan dengan penuh perhatian dan’empathy’. Beliau tetap juga cuba membantu kak ti dengan penuh sabar.

Hinggalah sampai ke satu tahap, kak Ti rasa seolah-olah situasi yang kak Ti alami ni betul-betul sedang berlaku dan kak Ti memang betul-betul seorang pemohon yang sedang buntu dengan pelbagai masalah hidup yang bukan hanya masalah kewangan semata-mata tapi juga sarat dengan masalah-masalah lain. Datang ke LZS Klang Sentral dengan penuh harapan walhal sepatutnya ke cawangan lain. Dilayan pulak dengan amat baik dan penuh simpati oleh pegawai yang menangani kes ni.. Kak Ti jadi sangat emotional dan tanpa kak Ti sedar airmata mengalir dipipi.

Selama ni macam-macam cerita yang kak Ti baca tentang layanan buruk yang diterima oleh pemohon-pemohon yang datang ke Lembaga Zakat. Namun Alhamdulillah, task hari ini memberikan satu pengalaman baru untuk kak Ti. Kak Ti tak kata bahawa apa yang dipaparkan, ditularkan di media-media sosial tentang layanan yang diterima oleh pemohon tu semuanya tak betul.. Tapi berdasarkan apa yang kak Ti sendiri saksikan dan alami kak Ti yakin, pegawai-pegawai LZS adalah pegwai-pegawai yang memang seboleh-bolehnya mahu membantu pemohon yang datang memohon.

Sebagai pemohon pulak, pastikan anda betul-betul layak untuk memohon dan betul-betul memerlukan bantuan barulah datang membuat permohonan ke Lembaga Zakat. Janganlah sampai kita tergolong dalam golongan yang mengambil kesempatan dan naik lemak sampai malas untuk berusaha. Buat yang betul-betul memerlukan, ajukan permohonan, penuhi segala persyaratan, InsyaAllah pasti anda akan menerima bantuan.

Janganlah bila sekali permohonan bantuan ditolak anda terus melatah dan viralkan ke seantero Malaya. Muhasabah diri.. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan. Bersabarlah, ajukan permohonan lagi dan lagi… Jika anda memang layak dibantu, pasti Allah akan gerakkan hati mereka untuk meluluskan permohonan anda.. Provided semua prasyarat telah dipenuhi.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut layari:

Website LZS: http://www.zakatselangor.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor/

Facebook Comments Box

21 thoughts on “Air Mata Tumpah di Lembaga Zakat Selangor Klang Sentral

    1. Betul tu.. memang banyak sangat kes2 yang dah dibantu dan semoga dengan usaha kami di KBBA9 untuk bantu kongsikan maklumat yg betul akan dapat ubah persepsi masyarakat.

  1. setiap permohonan memerlukan masa untuk diluluskan. kita patut berterima kasih kepada mereka kerana membantu golongan yang betul-betul memerlukan bantuan. kita sebagai umat Islam yang mampu dari segi kewangan, jangan lupa kewajipan berzakat.

  2. Bila kita dah alami sendiri baru kita tahu kepentingan dan tanggungjawab LZS ni kan? Macam Mas dululah suka jugak fikir negatif tapi bila dah ikuti program Zikra Asnaf tu baru celik mata dan hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.